RSS

Ku Menanti Sebuah Jawapan



Kat bawah ni ada beberapa soalan yang belum terjawab... Bagi aku, soalan2 ni melibatkan semua pihak... Dan ada gak soalan yang agak 'pelik' la... Anyway, xsemua soalan perlu dijawab, kerana jawapan yang terbaik ialah biar semua ini menjadi misteri... Peace... 1Malaysia perlukan keadilan semua...



Benarkah hati kita rela dalam melanjutkan pengajian di Indonesia, especially Ukrida ni, ataupun kita mengamalkan konsep "Dah diorang soh pegi sini, ikut jela. Kan diorang nak sponsor kita.." ?


Kemanakah arah tuju kita sebagai rakyat Malaysia yang sama2 menyambung pengajian di Indonesia?


Adakah ini adalah salah satu kesan daripada kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia? Ataupun melibatkan birokrasi dalaman mahupun diplomasi peringkat tertinggi?


Tidakkah korang rasa kita ni dijadikan boneka dari Malaysia yang digunakan untuk memancing Indonesia supaya mengubah persepsi mereka terhadap negara kita Malaysia?


Benarkah apa yang kita akan dapat di sini boleh membuatkan kita punyai lebih daripada apa yang kita dapat di Malaysia?


Apakah sebab paling utama dan sebab2 picisan lain, pihak 'yang bertanggungjawab' menghantar kita ke Indonesia?





+=


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment