RSS

Executive Musolla...

Baru balik dari Senayan City Mall. grand. ramai orang. amat sesak. xpe. aku xkesah. janji rock.

Nak citer sikit, pasal musolla a.k.a. surau yg kat mall ni la. Kalau tgk kat sainboard, musolla kat sni namenye Executive Musolla. Sebab ape name die jd exekutif ni, Wallahualam aku pun x taw. Mebi suasana kat musolla ni kowt. Cam biase la, waktu2 kuar jalan2 ngan Cik Limah, akan terjangkau at least 1 waktu solat. Xsah kalau x camtu. Almaklumlah, aku ni jenis yang suka mengunjungi tempat2 yang syok lame2, tambahan pula, habit aku suka mengimarahkan surau or masjid yang ada kat mall2 sekitar jakarta ni.

Kebiasaannya, setelah usai mengerjakan ibadah ni, aku kena la tunggu cik limah. bukannya aku tunggu die sebab aku semayang laju cam roket, yang korang semua taw, semayang roket ni biase dipraktiskan zaman2 sekolah dulu. aku siap cepat sebab aku x perlu la lipat telekung, adjust tudung n makeup tebal2 bia tutup jerawat ni, aku lelaki, teramat simple. terus g capai kasut, n tunggu...

Time2 tunggu cik limah ni, ada la beberapa fenomena alam yang boleh dikatakan agak kurang menjangkau kesadaran umum umat manusia la...


  1. "Kalau masa solat itu, di ikutin, diam2 aja, gak perlu goyang2. mau jadi setan ka apa? solat kena khusyuk!!"- nasihat si bapa  kepada anaknya yang x khusyuk...  yang menarik perhatian mata hati aku, juz gaya bapak kepada budak kecik tu. tshirt hitam ala2 black metal, seluar jeans ada koyak kat lutut, cincin besar tahap cipan kat jari hantu tgn kanan, n rambut ala2 edgar davids!
  2. Sorang cewek bertudung biru yang tutup dada, jubah panjang bersulamkan bunga, berstokin n berkasut tutup. cara jalan ada ala2 wardina sikit, suara selembut amy mastura.... yang menarik perhatian mata hati aku, balak die ni... -yang aku kompem sangat sebab diorang ada bergesel2 telapak tangan, n ada gak terdengar diorang memanggil kalimat 'sayang'- balak kepada 'minah sopan sangat' ni,  simple. tshirt putih kosong, tanpa lengan, seluar pendek bawah lutut, ngan tatoo sebesar anak ikan yu, kat tangan kiri die!
By the way, aku respek r kat mamat tatoo tu, sebab die boleh cairkan hati si 'minah sopan sangat' ni. tapi bagi aku, x sesuai aku gelarkan minah tu, 'minah sopan sangat'... lagi sesuai aku gelarkan 'minah tudung' je...

Pesanan aku untuk semua, jangan buta mata, jangan jugak buta hati!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment