RSS

Sedikit luahan hati boleh? (part 2)

Aku nak curhat sikit kat blog kesayangan aku ni, dengan harapan aku dapat enjoy raya kali ini dengan bahagianya. Ini bukanlah sambungan secara langsung dari posting yang lalu, tapi ianya lebih kepada luahan sang pencinta bersama hatinya yang lara.

Sekarang ni aku terperangkap dalam hati aku yang meracau tak menentu, barangkali hati aku mahukan semuanya yang terlalu mustahil untuk dimiliki. Iyalah, hati, kadang kita sendiri tak boleh nak kawal. Macam2 keinginannya. Diberi satu, nak dua. Diberi yang baik, nakkan yg jahat. Diberi peluang, tak nak.

Wahai dikau sang hati, tidakkah engkau bersyukur dengan insan yang engkau miliki sekarang? Tidakkah engkau tahu bahawa engkau telah diambil oleh seseorang yg amat mencintaimu? Tidakkah engkau puas dengan seorang yg terlalu baik untuk dirimu? Segala2nya diberi jawapan 'YA', kalau hati ini tidak dijaga dengan sempurna.

Oh memori, aku sangat mengharap dikau dapat jalankan tugasmu dengan hanya menjadi sebuah memori, baik atau tidak, itu bukan masalah. Masalahnya, sekarang ini engkau sedikit berubah dari sebuah memori kepada segunung harapan. Aku langsng tidak mengerti. Even hati sudah setuju akan perananmu, tetapi engkau masih menyuntik harapan kepada sang hati.

Wahai insan yang bernama Zaim Syazwan, tolonglah sedar. Asyik melayan si memori xhabis2. Sudah2 la tu. Biarkan ia berlalu. Sekarang kau ada Cik Siti Halimah, anak dara lagi, still single, bergetah, n baik pulak tu. Bersyukurlah... 

"Oh, betul la. Aku kalau boleh, nak je klik kanan, tekan shift, n delete sume memori aku yang melalaikan tu. Aku tak tahan. Tetapi, Memori tu akan jadi kenangan, n kenangan tu aku patut jadikan sebagai satu anugerah yang tak ternilai harganya, bukan sebagai harapan yang tiada sebarang erti."

Ok, sekarang aku sudah mengerti. Mengerti dalam kefahaman aku sendiri. Tanpa dipengaruhi oleh apa2 unsur2 bangsat yang merosakkan aku. Get thru the life, and my heart will go on. Salam sayang aku kat hati aku, memori indah aku, dan jiwa aku yang sekarang ini dilindungi oleh bayang2 si dia, Cik Siti Halimah. Terima kasih Tuhan, kerana engkau masih memberi cahaya kebenaran kepada hambamu ini untuk sedar dari lamunan hatinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anonymous said...

argh zaim.
jga la apa yg ko ad baik2....
adoiii..

Zaim Van Java said...

adakah kau bernada menyampah? atau perli aku???huhu//

Post a Comment