Tukar skin/template facebook korang...
western union...
tadi pergi western union... punyalah la diri ini bersabar. kalau ikutkan hati muda aku yg suci ni, nak je aku lemparkan kata2 maki. tapi aku x macam tu. aku ni penyabar sangat.
kenapa?hmmm... punyalah duduk indun ni menguji tahap kesabaran wallet aku... eh, wallet org len gak... bukan ape.. kat malaysia xde la camni... kat malaysia len sikit..
kalau kat malaysia, nak hantar duit gne western union, charge die cuma rm 11 je... kat indon ni, mak aii, charge rp 112 000... seriously... what were they thinkin?!! kalau lah ekonomi kat indon ni sangat la kurang enak, xpayah la nak amek kesempatan...
aku bengang
tapi kesabaran aku dapat mengatasi kebengangan aku...
Best+Gilak=Bandung
Percutian kali ini telah membuatkan aku berlima terjerumus di dalam kancah kegilaan apabila aku sedar dengan sepenuh kesadaran, aku berjaya menakluki daerah Bandung. Dengan bermodalkan wang minimum rp 1juta, plan yang ala kadar, jadual yang longgar dan pakaian 1 beg sekolah, aku berjaya mencapai kePUASan yang maksima disamping kebahagiaan yang tak terhingga.
Aku nak terlebih dahulu minx sorry sebab aku tak dapat lah nak tulis semua kePUASan yang kitorang rasakan sepanjang 3 hari 2 malam kat Bandung ni.Terima kasih banyak2 lah kamu ucapkan kepada semua member2 ukrida kami, mahupun pakcik gorengan atau makcik pecel lele, sebab tak menghalang kitorang daripada pergi bercuti ke Bandung.
Dalam blog ini, cuma nak sampaikan kat korang beberapa perkara yang mungkin dapat membantu korang melebarkan bibir korang dengan senyuman, tak kira lah best ke tidak citer ni, tapi bagi aku, ianya teramat cool cam lepak kat kedai mamak tengok bola sambil orang belanja teh tarik...
Kegilaan >>>>>>
- "Bandung? Dingin tuh, Sejuk." Wallawey... aku yang baik camni pun boleh kne tipu. kat bandar die x la sejuk. xpasal2 kitorang nyanyi lagu makian ramai2...
- Punya la nak cari hotel murah. Ada 1 hotel ni. Mmg murah gaban r. Tapi... hahaha... House of Wax... seram nak mampush.
- Aku makan NASI GORENG BUNTUT!
- N.K.B. (Naseb Kurang Baek)... terjumpa sorang mamat ni jalan2 kat tepi jalan raya, x pakai baju langsung. dalam hati aku respek gak kat mamat ni sebab ada keberanian nk wat camtu, tapi kat mulut cakap, "Orang Gilak!!!"
- lepak kedai baju berjam2, cuba baju sampai 9-10 helai, beli juz sehelai je... alasan?... x cukup masa nak pilih lg... hahaha...
Kisah kesesatan kawan-kawan kita...
Penulis : Basikal korang parking kat mane? Bawah ke? Or korang bawak masuk CEY ELL tuh?
Bill : Kitorang parking kat tempat letak motor. Nak taw sumting tak?
Penulis : Hmm...
Bill : Ko nak taw tak?!!! Ni lawak giler ni!!!
Penulis : Hmm...Nak...
Bill : Kitorang masuk ikut pintu masuk yang kat depan tu. Then nak balik, kitorang keluar ikut pintu masuk yang kat depan tu. Pintu masuk tu pintu depan doe. Hahahahahahahaha.
Bill pun ketawa sendirian dengan terbahak-bahak atau dengan erti kata lain, ketawa termehek-mehek. Boleh dikatakan adegan ketawa oleh Bill tu agak lama, kurang lebih 45 saat. Selepas itu, suasana menjadi sunyi sepi, senyap, tiada bunyi, even artis-artis sinetron kat tv (seperti Nia Ramadhani) pun men"join" budak-budak umah stroberi tu jadi senyap. Senyap giler. Tak terkata. Selepas beberapa ketika yang teramat sangatlah sepi, Bill pun dengan berani membuka mulut, dengan harapan ke"malu"an nya terhadap lawak gilernya dia tadi (yang tak dapat perhatian) dapat ditutup, sekaligus mengembalikan maruahnya sebagai seorang lelaki yang hensem dan macho.
Raosyam : Aku nak bancuh teh.
Lepak jer
Ni gambar cik putih yang aku amek mase malam minggu lepas... Punyalah stylo cara die lepak , sampaikan kaki lepak tegar cam aku sendiri tergugat ngan cara lepak die... Port lepak yang die carik pun agak strategik sebab kat situ lah tempatnya manusia2 umah strawberi lalu lalang amek air la, SPNB la, g bilik si Shafiq la, menonggeng2 sebab cari baju la... Sambil menyepetkan mata, dan memanjangkan badannya, cik putih pun merelakan matanya, usha manusia2 umah strawberi yang teramatlah sibuk dengan kerja2 diorang kat umah tu (mostly is lepak2 around)...
Citer pasal lepak ni, aku pn teringat mase aku lepak pas makan, sambil tengok citer "bukan sinetron", n rokok ditangan, aku ada terfikir jap... Mane perginya mbak tuti ni? Lame seyh aku x nampak die... Or mungkin die memang sengaja biarkan dirinya menjadi ilusi sebab takut aku soh die kemas bilik aku?... Oh, seriusly, aku memang nak suruh mbak tu kemas bilik aku yang hensem ni... Kalau nak dimetaforakan kehenseman bilik aku, ibarat Rosyam Nor yang bela janggut cam Osama...
Oh, lagi satu... Aku penah nampak satu dorongan ni, minggu lepas kot, die tulis, 'Roti cane, murtabak malaysia, kari ayam', lalu kat jln way seputeh ni... Mula2 tu aku langsung xmempercayai mata aku ni, sebab mungkin mata aku ni suka main trick kat aku, tapi tadi, tepat kat simpang antara jln way seputeh 1 ngan jln way seputeh 3, Yoll mengkompemkan kewujudan dorongan tu... Bukan nak berkata apa, juz aku dapat idea la... Kalau la brader dorongan roti cane tu lepak kat sebelah pakcik dorongan nasi goreng yang teramat feymes ngan tarian gorengnya, amatlah "syok+best+tek terkata+makan je" yang aku rase... Lepak kat situ, then kita sponsor la meja2 kecik ngan kerusi... Letak kanvas xnak kasi kena hujan... Then letak papan tanda "Warung ini ditaja oleh budak2 umah stroberi batch 2009 untuk semua"... Hahahaha... Jauh la shiyal aku punya angan2 ni...
Otak kanan berkata : Peh... Masyuk la seyh... Kekreatifan tahap gaban yang aku ada ni pn, x terfikir nak mengarut pasal brader n pakcik dorongan tu...
Indahnya dunia kita...
Lagi satu, pasal UNITY... Aku rela blajo kat mane2 asalkan tempat tu memang syok r bila tido time kelas. Aku highlight unity college sebab kat situ, time2 kelas, syok gler tido ah. Kalau korang x caye, ley tanya kat 'otai' kte yang teramat lah profesional dalam bab tido kat kelas ni. Hahaha.
Otak kanan : Kalau kat Jakarta ni, bukak pintu jek, nampak dah jalan raye. Kalau pagi2 tu, ada r bunyi2 orang ketuk tiang. Punyalah pelik perangai orang kat sni. And yang paling x boleh blah tu, ada bunyi "Roti...Roti..." hahaha...
Otak kanan : Kalaulah orang2 Indon ni amat berbangga ngan warkop diorang, cbe diorang fkir, kita semua dak unity g lepak kat situ pada waktu n hari yang sama. X ke meletup warkop tu nanti...hahaha...
Ku Menanti Sebuah Jawapan
Jurnal Hari Raya (jakarta 2009)
Kronologi berdasarkan waktu di Malaysia
6.30 a.m. - Bangun tido, gosok2 mate, gosok gigi sambil mandi, solat...
7.00 a.m. - Pakai baju, betul2kan rambut, minum KUKU BIMA, lepak2 wat bising kat ruang tamu umah...
7.30 a.m. - Bertolaklah ke KEDUBES (Kedutaan Besar) Malaysia, naik teksi Blue Bird, (kete VIOS beb)
8.00 a.m. Sampai2 je, trus g dewan besar. Dok lepak lagi. Sambil2 jmpe akak jage katering tu sebab nak rase lemang.
(Selepas tu, aku x ingat sgt sembahyang raye kul berapa. So, sembahyang je la kat dewan 2. Habis je sembahyang raye, trus serang makanan.)
10.00 a.m. - Habis makan, jumpa bini, tangkap2 gambar. Sume dah terjebak tgkap gambar.
(Mula lah adegan2 hot tgkap gmbar kat KEDUBES tu...)
12.30 p.m. - Balik rumah, bukak facebook, then tido...
Actually raya kat sini meriah la jgak bagi aku... Time malam2 raya tu... Diorang punye takbir siap ada remix, lagu disko... Peh, xbley blah beb... Then ngan mercun2 die... Xnak bnyk plak kan...
Time on da way g kedubes tu, ada la nampak senario sembahyang raya (versi indon)... Ada kat court tenis, n ada gak yang kat atas jalan raya... Kalau tengok btol2,n korang feeling2 sket, mesti korang rase yang korang ni kat satu negara yang tgh perang... Ada pak polisi yang g jaga kat tepi2 jalan 2... Hahahaha... Agak sayu... Agak pelik...
Anyway, dalam banyak2 perasaan yang aku rasa, xmungkin diri aku ni dipisahkan dengan arti kesedihan... Sekalipun ditiupkan seribu keseronokan ngan awek n member2 kat jakarta ni, x mungkin dapat menutup rasa sedih yang mencucuk hati... Ibarat selapis minyak di permukaan air, x mungkin dapat dihilangkan dengan hanya menambah air...
Dihargai seorang tokoh blog
"Mengertilah kamu wahai sahabat, sesungguhnya seseorang sahabat itu tidak akan merasa disakiti hatinya oleh sahabatnya yang lain, jika dia memahami erti kata hati sahabat yang bersih suci... Allah itu Maha Mengetahui, dalam segala apa yang kamu kerjakan, mahupun yang kamu rasakan... Dari dalam hati kamu, dalam fikiran kamu, dalam diri kamu... Wahai sahabat, sekalian susah dan senang..."
Raya 1st... Aku start tulis balik post2 kat blog nie... Kalau dulu aku dok sebok post mende2 yang wat budak2 unity kalut, sekarang nie mebi ada len kot... Aku mix2 kan je dalam nie... Kalau aku rase posting tu ley wat aku hepi, aku post...