RSS

Kisah kesesatan kawan-kawan kita...

"Cerita ini adalah bukan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan makhluk yang sudah hidup atau pun mati..."

Dikisahkan dari seorang teman yang hanya mahu dikenali sebagai Bill (bukan nama sebenar), seorang jejaka yang teramat kacak dan macho, berasal dari utara KL  kepada penulis (yang memang hensem), untuk kebahagiaan teman-temannya, Yeos, jejaka juga, tetapi romantik orangnya sebab suka menonton drama-drama Korea, Raosyam, seorang mahasiswa Fak Kedokteran yang punya badan yang berketak-ketak dan otot "six pack" yang teramat sempurna, dan juga Pinpin, seorang lelaki, kurus, tinggi, dan amat meminati mawi sehinggakan punyai gaya rambut yang sama dengan artis pujaan hatinya itu. Ceritanya bermula ketika penulis sedang asyik masyuk melayan sinetron Angel's Diary di stesen televisyen tempatan.

Penulis : Peh, kacaknya pemuda yang berlakon di dalam sinetron ini. Sudah pasti BM terkesima melihatnya dan amat tergila-gilakan kekacakan dan ketampanan wajah pemuda itu.

Bill : Ko pehal ni? Teramatlah syahdu bahasa yang ko guna. Boleh retak doe dinding umah stroberi ni. Hahaha.

Raosyam : Biarlah dengan si Penulis tu, otak die dah memang telebih skru kot. (Raosyam pun beredar dari situ dengan tangannya kanannya menggosok-gosok six pack di perut)

Penulis : Aku bukan apa, ni lah kesannya kalau makan pecel lele secara berlebihan. Haha.

Bill pun tergelak sedikit je. Selang 25 saat pas tu, si Yeos ngan Pinpin keluar dari bilik mereka secara serentak dan terus menuju ke parkir sepeda sambil memberi isyarat tangan (yang teramat kompleks), juga secara serentak kepada Bill dan Raosyam supaya follow diorang kuar.

Penulis : Weh, korang ni nak gi mane ni ramai2? Gi taklim ke?

Yeos : Dok ah. Kitorang nak gi makan ni. Ko nak follow tak?

Penulis : Malas doe nak gerak punggung. Pas ni ada bola la, nak nengok.

Yeos, Bill, Pinpin, Raosyam : Ok!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau tak silap penulis lah, dalam sejam selepas itu, pulanglah keempat-empat teruna tadi, dikepalai oleh Bill. Dengan keadaan fizikal mereka yang agak berpeluh, juga ada tompok-tompok kebasahan di ketiak mereka, Penulis pun menjadi bingung yang teramat. Maka, Penulis dengan pantas dan tuntas ingin mengetahui sebab musabab keempat-empat temannya jadi sedimikian basah.

Penulis : Pesal berpeluh? Korang g makan katne?

Bill : Hahaha. Makan kat Playtinum CEY ELL. Syok doe.

Penulis : Pelik la shyial, aku ingat korang g makan kat pakcik dorongan nasi goreng "menari" tu.

Bill : X ar. Sebenarnya kitorang takde niat pun nak makan kat situ. Ko nak taw tak camne boleh sampai kat CEY ELL?

Penulis : Haa. Camne?

Bill : Begini ceritanya...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, budak-budak empat orang tu nak pergi makan kat dorongan Sate Amir. Tempat tu adalah cadangan Bill. Dikatakan sate kat situ punyai rasa yang amat lazat dan berkhasiat, lagi-lagi die punya ketupat. Penulis sendiri telah merasakan sendiri kelazatan sate Amir tu sehingga dia sanggup melabur untuk makan sate Amir itu. Tambahan pula, sate Amir dibuat menggunakan teknologi yang terkini yakni teknologi dari German, dan ditambah dengan aroma Sampoerna Hijau "Nggak ada loe nggak rame..." yang sungguh merdu dan berkrim tinggi. Dikatakan, Pemilik dorongan sate Amir memang mantap dalam bidang IPTEK semasa di sekolah dulu.


Bukti kukuh bahawa sate Amir tu wujud!


Kecanggihan dorongan sate Amir

Mereka pun kayuh basikal mereka bersungguh-sungguh dengan harapan dapat ketemu dengan dorongan sate Amir yang diidamkan oleh perut mereka. Akan tetapi, selepas dalam 3 minit setengah mengayuh, mereka tidak ketemu dengan dorongan sate Amir. Yoes yang mempunyai tembolok perut yang amat besar, merasakan bahawa dorongan sate Amir itu hanyalah ilusi Bill sahaja (hobi Bill adalah berangan-angan sambil meniarap depan laptop). Dengan kata carutan tersemat di dada, dan kelajuan basikalnya diperlahankan, Yeos pun mengeluarkan kata-kata yang sopan lagi santun kepada Pinpin. (Sopan dulu, pastu ada niat nak mencarut).

Yeos : Mane dorongan tu... Dah lame dah kayuh beskal ni, tak jumpa-jumpa pon dorongan tu. Shyial laa. (kan dah mencarut).

Pinpin : Tah ler. Aku mane la nak taw kat mane dorongan tu.

Bill : Weh, aku rase, kita kayuh beskal ni laju sangat kot, n mebi kita dah terlepas dorongan tu. Tu lah ko, aku ada cakap dulu, kelajuan maksima kat sini cuma 60 km/j jer. Yang ko speed habis watpe? Kan dah terlepas sate Amir pujaan hatiku.

Yeos : Hek eleh. Tak pasal-pasal aku yang kena. So, kita nak makan katne ni?

Pinpin : Haah la, nak makan katne?

Raosyam : Mane-mane je. Asalkan halal la.

Bill : Kita g pasar malam yang dekat-dekat ngan CEY ELL nak?

Pinpin : Ok gak tu.

Yeos : Aku ikut je. Lagipun perut aku ni dah nyanyi lagu Geisha dah.

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka mencari makanan. Lokasi seterusnya adalah pasar malam CEY ELL. (Sori la, Penulis langsung tak tau kewujudan pasar malam ni, so, tak ley describe lebih-lebih).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mereka pun... (Blogspot had to delete this section of the story because it was really-really boring)...dan makan di CEY ELL.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Balik kepada situasi dan kondisi di rumah stroberi...

Penulis : Laa, korang ni memang dah tak de keje doe. Pelik-pelik jer.

Bill : Tu lah pasal. Rancang-rancang nak makan sate Amir je, terlepas, then ada niat nak gi pasar malam. Boleh pulak kitorang sesat tak jumpa pasar malam tu. Yang kitorang jumpa tu cuma CEY ELL jer. Tersergam indah kat depan kitorang tadi.

Penulis : Basikal korang parking kat mane? Bawah ke? Or korang bawak masuk CEY ELL tuh?

Bill : Kitorang parking kat tempat letak motor. Nak taw sumting tak?

Penulis : Hmm...

Bill : Ko nak taw tak?!!! Ni lawak giler ni!!!

Penulis : Hmm...Nak...

Bill : Kitorang masuk ikut pintu masuk yang kat depan tu. Then nak balik, kitorang keluar ikut pintu masuk yang kat depan tu. Pintu masuk tu pintu depan doe. Hahahahahahahaha.

Bill pun ketawa sendirian dengan terbahak-bahak atau dengan erti kata lain, ketawa termehek-mehek. Boleh dikatakan adegan ketawa oleh Bill tu agak lama, kurang lebih 45 saat. Selepas itu, suasana menjadi sunyi sepi, senyap, tiada bunyi, even artis-artis sinetron kat tv (seperti Nia Ramadhani) pun men"join" budak-budak umah stroberi tu jadi senyap. Senyap giler. Tak terkata. Selepas beberapa ketika yang teramat sangatlah sepi, Bill pun dengan berani membuka mulut, dengan harapan ke"malu"an nya terhadap lawak gilernya dia tadi (yang tak dapat perhatian) dapat ditutup, sekaligus mengembalikan maruahnya sebagai seorang lelaki yang hensem dan macho.

Bill : Konklusinya, kitorang makan kat Playtinum.

Penulis : Tak habis-habis Platinum.

Pinpin : Syok doe. (Dengan harapan dapat mendapan popilariti akibat kesenyapan tadi)

Raosyam : Aku nak bancuh teh.

Perbualan mereka terhenti di situ kerana Raosyam berlalu dari situ dengan uncang teh Saostro berada erat di genggamannya. Yeos dengan Pinpin terus masuk ke dalam bilik masing-masing dan Bill pula kepenatan. Akibat daripada badan keempat-empat pemuda tadi yang basah lencun dengan peluh mereka, aroma udara ruang bioskop umah stroberi tu sudah berubah, menjadi semakin kurang menyenangkan dan mungkin, aroma itu dapat membunuh 1.5 ekor lipas yang lalu lalang kat depan tv tu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis dah citer sesat diorang ni. Tu jer yang Penulis nak bitaw kat korang. Hahaha. Penulis ada la gak tambah-tambah sikit citer tu supaya citer tu kelihatan hensem, menawan, dan juga seksi. Hahaha. Untuk pengetahuan teman-teman, si Raosyam ni seorang yang pendiam la, suka wat sit up pagi-pagi kot, tu pasal dia tak banyak berbicara dalam citer ni. Penulis nak ucapkan banyak2 trima kasih kat Bill sebab sudi citer kat Penulis tentang kisah diorang sesat n makan kat Playtinum CEY ELL sebab Penulis rasa, citer ni teramatlah sesuai dijadikan cerpen, ataupun paling teruk pun, dijadikan sinetron yang sampai 300 episod. Hahaha. Sori ye A, Y, F, R. Aku tak de niat nakhensemkan or popularkan or malukan korang. Salam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lepak jer

"Sesungguhnya, setiap manusia punyai hak yang sama rata untuk merasai apa artinya itu lepak..."- untitled person.



Ni gambar cik putih yang aku amek mase malam minggu lepas... Punyalah stylo cara die lepak , sampaikan kaki lepak tegar cam aku sendiri tergugat ngan cara lepak die... Port lepak yang die carik pun agak strategik sebab kat situ lah tempatnya manusia2 umah strawberi lalu lalang amek air la, SPNB la, g bilik si Shafiq la, menonggeng2 sebab cari baju la... Sambil menyepetkan mata, dan memanjangkan badannya, cik putih pun merelakan matanya, usha manusia2 umah strawberi yang teramatlah sibuk dengan kerja2 diorang kat umah tu (mostly is lepak2 around)...

Citer pasal lepak ni, aku pn teringat mase aku lepak pas makan, sambil tengok citer "bukan sinetron", n rokok ditangan, aku ada terfikir jap... Mane perginya mbak tuti ni? Lame seyh aku x nampak die... Or mungkin die memang sengaja biarkan dirinya menjadi ilusi sebab takut aku soh die kemas bilik aku?... Oh, seriusly, aku memang nak suruh mbak tu kemas bilik aku yang hensem ni... Kalau nak dimetaforakan kehenseman bilik aku, ibarat Rosyam Nor yang bela janggut cam Osama...

Oh, lagi satu... Aku penah nampak satu dorongan ni, minggu lepas kot, die tulis, 'Roti cane, murtabak malaysia, kari ayam', lalu kat jln way seputeh ni... Mula2 tu aku langsung xmempercayai mata aku ni, sebab mungkin mata aku ni suka main trick kat aku, tapi tadi, tepat kat simpang antara jln way seputeh 1 ngan jln way seputeh 3, Yoll mengkompemkan kewujudan dorongan tu... Bukan nak berkata apa, juz aku dapat idea la... Kalau la brader dorongan roti cane tu lepak kat sebelah pakcik dorongan nasi goreng yang teramat feymes ngan tarian gorengnya, amatlah "syok+best+tek terkata+makan je" yang aku rase... Lepak kat situ, then kita sponsor la meja2 kecik ngan kerusi... Letak kanvas xnak kasi kena hujan... Then letak papan tanda "Warung ini ditaja oleh budak2 umah stroberi batch 2009 untuk semua"... Hahahaha... Jauh la shiyal aku punya angan2 ni...

Otak kanan berkata : Peh... Masyuk la seyh... Kekreatifan tahap gaban yang aku ada ni pn, x terfikir nak mengarut pasal brader n pakcik dorongan tu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indahnya dunia kita...

"Andai dapat ku undur masa, akan ku pulang ke dunia yang aku merasa, membawa seribu makna kepada diriku..."



Sebenarnya, post ni aku wat sebab aku rasa, dah lame aku tinggalkan life aku kat Palm Spring ni. Kalau ikut aku punya hati, memang aku rindu sangat kehidupan kat Palm Spring dulu. Even member2 lain ada yang kurang setuju ngan pendapat aku ni, aku akan cakap, life kat Palm Spring xde la seteruk macam kat Jakarta nie.

Lagi satu, pasal UNITY... Aku rela blajo kat mane2 asalkan tempat tu memang syok r bila tido time kelas. Aku highlight unity college sebab kat situ, time2 kelas, syok gler tido ah. Kalau korang x caye, ley tanya kat 'otai' kte yang teramat lah profesional dalam bab tido kat kelas ni. Hahaha.


Seriously, aku tak tipu. Wat ape la aku nak tipu kat korang. Maksud aku, life kat Palm Spring ni sempoi beb. Tak macam kat Tj Duren. Hahaha. Kat post ni aku ada senaraikan beberapa mende yang wat aku rase sangat2 nak balik 'zaman kegemilangan' kat Palm Spring n Unity dulu, pas x sampai 4 bulan aku dok Jakarta.




Bird's View




Peh... syok weh kalau time2 study, dok umah tinggi2 ni. Bagi aku, rase cam dunia ni aku yang punya. Hahaha. Actually, mase exam kan tensen giler bapak kan, (even aku x study pown), so, pergi kat beranda rumah, tengok pemandangan yang ada. Bird's view beb. Sepatutnya kalau ada binocular lagi syok. Dapat release tensen sambil men'skodeng' sorang. Hahaha.


Dunia ni nampak luas. Mata n otak jadi aman. (Telinga bingit sebab kotoran bunyi yang dibuat kat highway sebelah palm spring).


Otak kanan : Kalau kat Jakarta ni, bukak pintu jek, nampak dah jalan raye. Kalau pagi2 tu, ada r bunyi2 orang ketuk tiang. Punyalah pelik perangai orang kat sni. And yang paling x boleh blah tu, ada bunyi "Roti...Roti..." hahaha...




Lepak kat Nasi Kandar Spring (NKS), or (anney)





Hahaha... Kalau korang boleh cari tempat lepak cam nks ni kat Tj Duren, aku memang respek habis doe. Korang boleh cakap lepak warkop time2 bosan, tapi ape je ade kat warkop nie?? Hahaha... Megi xhabis2. Cuba korang tengok dua orang mamat kat atas nie (sekadar gambar hiasan), punyalah hepi dapat minum same2, gelas besaw pulak tu n punyalah manja!. Hahaha....


Otak kanan : Kalaulah orang2 Indon ni amat berbangga ngan warkop diorang, cbe diorang fkir, kita semua dak unity g lepak kat situ pada waktu n hari yang sama. X ke meletup warkop tu nanti...hahaha...




Kawasan rumah ibarat Oasis





Ni memang kebanggaan Palm Spring r. Name pon Palm Spring (walaupun popular ngan pnggilan PS atau Pamping). Fasiliti amat cukup, ada tempat mandi manda, ada gym, ada nks, ada warden yang teramat la penyibuk...(sampai skg aku xtaw name warden yang besar tu). Pokok (cam pokok pinang tu) amatlah syok. Aman. Xde nak kalut2. Yang penting, ada awek. hahaha..(gambar dua orang tu sekadar hiasan je)


Otak kanan : Kalaulah kat tj duren  ada tempat camni, aku tabik spring r...hahaha...




Ruang tidur yang selesa




Ni sume adalah bukti2 yang kukuh bahawa, unity college menyediakan fasiliti utk tido yang lengkap. Hahaha. Syok beb. Sebelum masuk zuhur, pas makan, tggu azan, lepak tido kat dalam "tempat tido" yang dikenali sebagai surau bawah. Hahaha. Mamat baju hitam atas tu hanya mahu dikenali sebagai awok, berkata "peh, syok doe tido sni...ada orang kejut soh balik pamping pn kadang aku susah nak sedar." (dua2 gambar di atas telah diambil tanpa persetujuan tuan punya badan, so, sori ye. nak cakap gak gambar ni hanyalah sekadar hiasan)...Hahaha...

Otak kanan : Tak boleh blah la weyh...wadefish...kalau kat ukrida, nak tido, gila sakit badan doe. Bising, kadang teramat panas. Tapi, mungkin kalau ditanya otai tido (kat gambar kiri, yang paling kiri), die pn xde nafsu kot nak wat maraton tido...hahaha...




Aku rase, cukup setakat ni kot. N subjek ni akan bersambung x lama lagi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS