RSS

Futsal yang BASAH!

Tadi aku main bola, bersama2 teman yang lain, of kos, teman biasa yang main bola lah. Kitorang gerak dalam kul 9, berhujan dan basah, tapi aku ape kisah, pasal futsal, hati kering beb.

Dalam main2 tu, ada la satu peraturan - disebabkan oleh karena hujan, kitorang x dibenarkan lari. Chet, what da heck? Shoot boleh, lari jangan.

So, macam2 gaya lari pun muncul. Lari cam kuda sembelit, macam katak, macam ayam berak kapur, macam cipan, dah macam2 lagi. Then, kat depan gol pulak, aku respek semua sebab beribu2 skill keluar. Jauh tapi gol, dekat tapi x gol, jauh tapi gol perut, gol buntut, dan lain2.

Aku ape lagi lenjan jela kat depan gol. Ada orang kate aku curik ayam, tapi aku fikir, mane ada ayam kat court futsal tu. Ape kejadahnya?

Overall, aku puas hati even aku main x pakai 'overall'. Kasut, stokin, baju, seluar dan basikal basah kuyup, tapi berbaloi-baloi beb!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

E 1316, Palm Spring Damansara, Malaysia

(Posting kali ni, agak panjang dan agak bergambar)

Ku lihat dia
Pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman liriknya

Ku ingin dia
Saat pertama
Berjumpa dengannya
Membuat ku gelisah

Waktu berlalu
Hari demi hari
Hatiku dambakannya
Untuk bercinta lagi

Sambil2 dengar lagu Ternyata, wat aku feeling, tambah nafsu aku untuk menge-blog. Then aku teringat plak pasal Palm Spring nih (Kepada yang xtaw Palm Spring (pamping) ni mende: pamping ni sebenarnya unit hostel dak2 mara yg study kat Unity College International, Pj).







Nak citer sikit pasal dak2 serumah ngan aku, rumah kondominium beralamat E1316, tingkat 13, blok e, pamping, damansara.

Roomate aku
Dipanggil Naim, berbadan sasa, pencinta game, dan seorang yang penyabar.
Syok sebab: suka mende2 yang boleh tingkatkan kadar ke-macho-an. = Suka masak untuk kitorang.
Unik sebab: Hmm... aku je taw...

Mamat Jiwang
Dipanggil Awok. Percaya dirinya ada 'six pack'. Hijau.
Syok sebab: kata2nya agak bertapis, katanya ada prinsip hidup.
Unik sebab: suka capub depan kelas sebab datang lambat. tidak menjadikan kesakitan perut pada pagi hari sebagai kelemahan diri.

Confidence is my SPECIALITY
Adib. Semasa sesi ice-breaking, penah cakap "saya boleh memberi keyakinan pada orang lain". Orangnya ramah, kiutt ngan agresif.
Syok sebab: perfume ferrari ngan mont blanc. generousity. komik.
Unik sebab: mampu bertahan meniarap atas katil dengan laptop depan kepala.

Budak melaka
Emi, emy, helmi, MHH. Man utd, bola, futsal, fm.
Syok sebab: hehe... syok la... sebab kaki tgk bola kat mamak NKS.
Unik sebab: kalau die study, x bagi aku bace ape yg die tgh bace. haha.

Budak melaka lagi!
Paan. Haish, susah btol nak dapatkan gambo mamat ni sorang2. Dulu rambut plkn, skg rambut dah jiwang.
Syok sebab: sempoi, panjang, tinggi, lampai.
Unik sebab: kalau makan, air kosong mesti 2-3 gelas penuh. x suka pasang kipas dalam bilik.


Tu je la housemate aku. Kalau nak citer peristiwa yang pernah berlaku kat umah tu, memang banyak. Masak2, lepak2, ada kasus 'tolak-menolak', ternak lipas, pakai boxer beramai2, main futsal dalam umah dan semacamnya.

Aku saje wat posting ni, gara2 aku dengar lagu Ternyata lah. Cis. Remed praktikum lum bace lagi. Haish. Rileks2. Peace. Nanti aku citer pasal dak lain plak.

Mood : Musiq + Study

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Extended Dream

Malam tadi tido awal (12.00a.m WIB), bangun lambat... Kenapakah?
Aku mimpi mama. Ye mimpi mak aku la, n dalam mimpi tu.... hmm... bia aku citer sikit.

Lokasi aku xtaw katne. Tapi ada satu meja makan kat depan aku. Mak aku tengah jahit baju kurung. Then, yang xbestnye, dak2 umah stroberi pun ada. Dalam hati aku, camne la diorang boleh sesat kat umah aku ni. Time tu kitorang tengah main dota beramai2, gangbang. Then mak aku mencelah la, "sudah2 la tu Zaim, asyik dota je, bukan masuk exam pun...".

Peh... Then hitam... Gelap... Aku xtaw ape jadi... Pastu, macam kat citer Harry Potter, aku masuk kat dalam Pensieve, dunia berputar kebiruan, n aku sampai kai umah stroberi ni. Main dota lagi. Yang menambah peliknya, mak aku pun ada. Tengah lepak kat depan tv, tgk sinetron indon, sambil berkata, "sudah2 la tu Zaim, asyik dota je, bukan masuk exam pun...".

 Peh... Xboleh belah. Dalam malam yg same, aku mimpi benda same, orang same, cuma lokasi je beda. Nape mak aku, boleh masuk dalam mimpi aku (yang tengah main dota), n nasihatkan aku. Adakah :


  • Mak aku rindu sangat nak tengok aku study macam mase SMA (SPM) dulu...
  • Mak aku ada ilmu masuk dalam mimpi aku, n nasihatkn aku...
  • Mak aku betul2 ada ilmu bagi pesanan dalam mimpi! Xbley belah...
  • Poin keempat ni terpaksa aku rahsiakan sebab aku belum cukup umo...




Datin Ramlah, adakah betul, kamu ada ilmu yang membolehkan kamu masuk mimpi orang? Kalau ada, nape dulu tak ajar kat anakmu ini?

Oh Tidak!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mas, mau GILA!!!

Ada lah kisah sket... Time gua lepak2 kat indomaret ni... ngan membe2 selamba gua, diorang makan2, gua ikut join, xmakan, minum saja.

 Kat bawah ni ada perbualan membe gua ngan mamat gorengan...

Membe gua: Isy, ni kueytiaw biasa, mane ada gila.
Membelek kueytiaw tadi sambil mencari2 gila kat celah2 kueytiaw tu...

Membe gua: Mas, ni gak ada GILA, mau tambah GILA ya... gila taw...
Mas gorengan: Oh, mau GILA ya... Nanti saya kasi GILA...
Membe gua: Haha, iya mas, mau GILA...

Membe gua sorang ni order kueytiaw gila... ya... kueytiaw gila... tah macam mane boleh mamat gorengan ni pekak macam badak, die g buat kueytiaw biasa je... Ha... ni la membe gua ni... Hahaha... ilek dabell... saje capub guna gambo ko... hahahha...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setelah - ACAB

Aku nak kongsi sikit lagu best... Xde la lagu baru, tapi syok r... 

Setelah, by ACAB...









Aku Menjerit… Memanggil…
Berjuta Kali..
Aku Bermimpi… Mencari…
Kau Tak Aku Temui,
Hingga Ku Tertanya… Entah Di Mana…
Salah Silapnya..
Apakah Kau Hanya… Bersandiwara…
Membiarku Sengsara..

Engkau Dan… Aku Nyata…
Dah Tak Dapat… Menahannya
Engkau Dan… Aku Bila…
Kan Bahagia…

Setelah… Setelah…
Sekian Lama…Berdua,
Mengapa Seakan Tak Bermakna
Setelah (Setelah)…
Setelah (Setelah)
Sekian Lama… Berdua
Mengapa Seakan Tak Bermakna..
Bercinta..

Setelah… Setelah
Sekian Lama..Berdua…








Mood : Indie


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jason Statham...

Habis dah exam aku... Hahaha... Ape lagi, lepak r... Membina otat2 polos aku... Wat mase skg, otot badan aku x la sekental david beckham... Tapi cukuplah sekarang macam Jason Statham... Peace...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa untuk diri sendiri...

Dulu gua bukan main la citer pasal orang, citer pasal mende2 sekeliling gua... Tapi sekarang, gua nak citer sket pasal diri gua ni... Ape gua rase sekarang...

Gua tengah2 exam, x dapat lari la dari tensi2 ni...standard beb, adat orang exam... Tapi gua rase, tensi tu bila campur ngan rasa rindu gua ni, memang la parah...

Gua rindu sape? Of kos la famili gua yang kat batu pahat tu beb... Gua bukan ape, gua ni anak last kan, so, terasa lama lak x lepak bawah ketiak mak gua... Dah lame x isap rokok same2 ngan abg ngan babah gua... Peh... bila fikir2 balik, gua ni agak ganas r dengan mereka2 yang gua panggil family... Nape???



  1. Dulu gua dengan selamba katak isap rokok depan mama gua... Mula2 tu segan r... Takot pun ade... Tapi ape kisah, kita kena jujur ngan mama kita... Then, lame2, mama gua terima diri gua ni yang selamba mengepulkan asap setinggi 1-2 meter depan die...
  2. Dulu gua penah gak desak babah gua beli RAM utk komputer kat umah tu, semata2 nak wat men Grand Theft Auto... Penat kepala otak babah gua pusing cari wit lebih nak beli RAM tu (sebab babah gua keje cikgu je beb)... Bila fkir balik, kesian pulak... Ape boleh buat, mende dah jadi...
  3. Dulu gua penah cilok duit kat laci jahit mak gua, semata2 nak g cc, main counter strike... Peh, time tu gua x pikir lagi mase depan, xtaw balasan mencuri, bukan macam skg, skg gua dah insaf... 2-3 hari pas gua cilok tu, mama gua perasan la beb... Gua ape lagi, secara jujurnye, gua bitaw, "hari tu zaim ada amek duit mama, zaim dah sangap nak pegi cc...". Mama aku pun selamba je jawap, "Kalau nak g cc, mintak duit kat mama...". Peh, menyesal gua x minx... Pas hari tu, kalau gua nak pegi cc, gua minx mak gua, tapi die juz bagi rm4, ckup utk 2 jam... Syukur~~.

Kena hormat orang tua!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Sempurna



Aku nak kongsikan bersama lagu feveret aku, yang boleh wat aku terjatuh, yang meruntun hati aku, yang membuatkan hati ini merasa jauh... Harap korang pun suka lagu ni...





Cinta Sempurna - Yuna


Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta
Kau berikan aku


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terjebak Giler...

Time gawat darurat nak exam ni, aku tertengok citer HOUSE yang aku beli kat lorong2 tikus dekat2 ngan CL tu. Aku memang minat HOUSE giler2. Tapi aku x gay, tapi house tu hensem kot. Ahh... Tu aku x kesah. Yang penting, n yang aku nak sampaikan ni, perihal hidup kita, espcially diri aku ni, yang aku mahukan, secebis perubahan.

Image and video hosting by TinyPic

Aku tengok kat HOUSE musim 6 ni, banyak giler changes. Dari jalan citer, isi yang nak disampaikan, ngan watak baru dalam citer tu. Yang macam aku taw, aku ni concentrate gler2 gaban la kalau tengok HOUSE ni.
Sampai minor detail tu aku perasan, tapi aku xingat dah nak citer kat korang, sebab aku ada short term memory loss.

Ahh, bukan concentration tu yang aku nak citer. Yang aku nak citer, macam mane HOUSE yang giler bagak anti-sosial ngan sempoi ditambah keras kepala die n personaliti die yang cam cipan, boleh berubah jadi seorang yang mula memahami erti persahabatan camne, erti jadi chef camne, erti x makan vicodin camne, erti buat baik ngan membe camne... hmm... camtu la... Aku nak jadi cam die... Aku kat Jakarta ni pun sebab die...

Hopefully nanti aku ada member yang peganga satu hospital besar yang mewah, yang member aku tu aku penah sakat2 die mase kat ukrida n unity ni, supaya aku dapat kerja ngan die, n jadi cam house. Muahaha.

ZAIM = HOUSE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Guiness World Record : Shortest...






Jakarta, 14 Jan - Universitas Kristen Krida Wacana (Ukrida) berjaya menempa nama di dalam buku rekod dunia dalam kategori, "World shortest Anatomy exam exists". Pihak Guiness World Record sedang berusaha untuk menemui koordinator Fakultas Kedokteran kat Ukrida ni, tetapi mereka tidak dapat ketemu dengan orang itu kerana masalah dalaman.


Tetapi, mereka berjaya mendapatkan testimonial dari mahasiswa universiti berkenaan yang menulis perihal peperiksaan tercepat itu. Antara testimoni dan feedback dari mahasiswa Ukrida yang berjaya ditemui pihak World Record ni.

"...nk study amek mse punya la berhari2..
tup2 examnye 10mnit soalan die 10 je..
xsmpt rse nk calm down n tarik nafas dlm2..
xsmpt nk ingt btul2 bnde yg aku da bce..."
--dyanabila.blogspot.com--






"...exam..10 MINIT JE??
bace doa je da dekat 5 minit..."
--are-teeqah.blogspot.com--






"blaja anatomy lame2.
exam 10 minit je.


apekahh???"
--aqilaslildiary.blogspot.com--


Daripada apa ditunjukkan di atas, ternyata, ukrida ni jangan dipandang sebelah mata. Haha. Wat mase ni, diorang je sempat tulis blog time2 antara exam ni. Haha. Gud luck la korang nnt ye. Peace.








Mood : PIJIK!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Reblogged Picture


Aku saje jek nak test sistem ni. cuba klik kat 'menu' (terletak kat hujung bawah kiri gambar).


Korang boleh zoom gambar tu, print, email kat member len, or letak kat blog korang balik.

Gambar ni mase tunggu bas Dataran Pintar nak mari. Peace. 


Ni aku pun xtaw bile. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Where Did All The Love Go?


Mase aku study depan laptop, aku sambil2 la surf website Kasabian, terjumpa tajuk lagu ni. Where Did All The Love Go?





Aku pun dengar balik lagu tu, dengan bukak peti simpanan mp3 aku dan klik folder diberi nama Kasabian, aku dengar balik lagu tu. Berminat sungguh aku bila dapat taw, yang lirik die menceritakan pasal sosial zaman sekarang.


Peh, aku ingat si Kasabian ni wat lagu untuk sedap2 didengar je, tapi diorang ni ada gak la kesadaran untuk bagi nasihat kat orang len. Terharu.

Lagi terharu, aku study anatomi dari tadi, dapat masuk part hepar je. Perh, amat terharu giler.

Mood : Study dengan rasa TERHARU!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips hilangkan ngantuk semasa kelas

Kali ni aku nak bagi tips percuma kat korang, cara-cara nak hilangkan ngantuk dalam kelas. Memandangkan kes-kes tido dalam kelas semakit serius, termasuk diri ini yang saban hari mengantuk je kat kelas, lagi2 kelas embriologi. Aku juz senaraikan beberapa teori yang mebi korang boleh guna untuk kehidupan sehari-harian korang kat kolej/universitas, supaya diri korang tak dimalukan apabila tido dalam kelas.





  1. Tido semasa kelas - Ye, cara paling efektif untuk hilangkan ngantuk dalam kelas adalah tido, dalam kelas korang. Cara ni mungkin akan menyebabkan kesengalan pada bahagian tengkuk n pinggang, tetapi siapa kisah,??? Janji pas tu 28 jam tak ngantuk. Dijamin Halal.
  2. Tenung muka pensyarah/tutor/cikgu dengan tajam - Mase belajar, kalau tiba2 je rase mengantuk, korang cepat2 bulatkan mata, tenung muka pensyarah/tutor/cikgu korang. Wat muka serius. Kalau boleh, jangan cakap sepatah. Tapi, cara ni hanya sesuai jika pensyarah/tutor/cikgu korang adalah seorang yang hensem, macho, cantik, ayu ataupun seksi.
  3. Picit puting buah dada - Aku tidak bermaksud untuk mengeluarkan artikel yang lucah, juz nak kongsi idea aku. Cara ni dah banyak kali digunakan kat Jepun, terutama sekali pelajar2 lelaki Jepun, yang kalau korang tengok, susah nak mengantuk dalam kelas, sebab diorang guna cara ni. Kalau nak efek lebih dramatik dan instant, korang boleh suruh member korang kat sebelah picitkan puting korang laju2.
  4. Konsumsi kafein - Adoi, cara ni macam dah biasa jek. Tapi xpe, masih boleh dipraktiskan. Keluar kelas kejap, pergi ke kantin, order kopi setengah cawan, then minum laju2. Kenapa laju2? Sebab ia boleh memberi stimulus kat otak korang, yang korang bersungguh-sungguh xmau ngantuk dalam kelas.
  5. Tido kat luar kelas - Korang keluar kelas dalam 5 minit, cakap nak g berak, then korang tido. Kalau x boleh tido pun, at least korang ngantuk kat luaar kelas, bukannya ngantuk dalam kelas!
Aku rase cukup sampai sini je. Sebab aku nak solat subuh. Then aku mau study. Selamat mencuba. Pesanan aku, baca la doa sebelum korang blaja. Bace yang simple je, yang macam korang bace ramai2 mase kat sekolah rendah dulu. Lepas tu, korang tetapkan hati n keimanan korang, yang korang nak bertahan 3-4 jam belajar dalam kelas korang tu, even kelas korang tu panas cam sauna.

Peace, no cheese...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anugerah Juara Lagu 24 : 4 Artis Indie : 1 Menang




Pasal AJL ni, bertemakan Origami, yang langsung aku kurang nak minat. Musim ni aku xdapat agak sape yang akan menang, tapi pendapat peribadi aku, dah semestinya la aku nak kelompok indie aku menang. X minat r kalau dak2 AF ni menang. Kurang masyuk. Aku juz nak komen sikit pasal persembahan keempat2 artis indie yang wat show tadi.




HUJAN-Aku Skandal
Show diorang agak gempak, dengan susunan muzik yang kelas habis, lagi2 ada tambahan trumpet+saxofon+trombon sket, yang wat lagu tu mantap. Noh dah mengurangkan kadar sumbangnya dengan baik, rambut Noh mmg smart seyh (aku suka bangat rambut camtu!). Kostum yang nampak smart, penampilan kemas n overall punya performance, wat aku puas giler.






YUNA-Dan Sebenarnya
Peh, x boleh belah la yuna tadi. Nampak cantik seyh, ngan tudung camtu, mekap yang tebal, n lagu yang best. Aku memang pasti n sepastinya ramai yang kagum ngan bakat minah indie ni. Suara die teramat lah unik, n personaliti die cambest. Show die menepati citarasa aku. Muahaha. Yuna, kamu sungguh ayu.





BUNKFACE-Situasi
First impression aku kat show diorang, 'pehhh'. Tu je. Sebab kelainan kat show ni, jauh beza ngan show diorang kat gig2 diorang sebelum ni. Tadi siap ada 2 orang budak kecik, laki2 n perempuan, yang aku kurang nak kenal, follow nyanyi last2. Bikin gempak la seyh. Aku ramai dak2 ukrida yang kurang nak berminat ngan Bunkface, tapi ape aku kesah? Dah diorang bagus, lagu yang banyak maksud terpendam, n popular lak tu, memang patut la dapat masuk AJL kali ni.





ESTRANGED-Aurora
Hmm, lagu aurora. Tadi indoEmi kate, kurang nak best lagu tu. Tapi lain lak bagi aku. Lagu ni mantap. Lirik die memang betul2 tepat ngan genre lagu yang diorang bawak. Show diorang memang best. Biasa la, dah 3 musim berturut2 dapat masuk final AJL ni. Mesej yang nak disampaikan Estranged tadi tu amat berat, sampai aku pun malas nak fahamkan, tapi aku minat doe lagu nie, seriously.


Huish~~
Ni result AJL 24.


Vocal Terbaik: Black
Persembahan Terbaik: Aizat - Kau Aku
 No 3: Faizal Tahir - Bencinta
No 2: Yuna - Dan Sebenarnya
Juara: Aizat - Pergi


Wlaupun x puas hati ngan keputusan ni, aku still bersyukur sebab yuna ada tempat nak menang...




Support All Malaysian Indie Band

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu untuk aku - Last Minute, Bunkface

Lagu ni memang sesuai untuk aku, korang, dan semua dak2 Malaysia yang studi kat ukrida nih. Haha.




Acting stupid through the night





I am a victim of the light
We get along so why cant they
Having fun ouh everday



We hit the road to where we flow
Turn up the music till it blows
Stay up late for one more show
Playing till we hit the floor


This is how it goes!


(C/O)
FREE TO SEE
FREE TO BE WHAT I BELIEVE
AMBITIONING IS JUST SOMETHING I DONT NEED
AND ITS UP TO ME! UP TO ME! TO BE THE ME
IN THIS LAST CALL OUT FOR HELP!!
SO.......


Send the parents out of town
Chuck a big party just for fun
Play our songs for everyone
Just dont care if there all gone


Conversation out off hand
When old folks dont understand
This not the 80`S !!
Nothing`s gonna CHANGE US!!


If i carry on this way
Will you get the picture
To the life i wanna lead
Not for TRAGEDY !!
This is how it goes!
(C/O)


I SWEAR
ITS NOT THE ANSWER
I`LL NEVER GET IT BUT I WILL TRY


AND I KNOW
I`LL NEVER GET BY
TO ANOTHER WAY OF LIFE 


AND THIS IS ONE THING I WONT DENY!!!!!! 


Memang sesuai lah lagu ni untuk aku, kita n semua. Sebab lirik die yang cukup mendalam, melebihi maksud yang ada, membuatkan kita terfikir pasal hidup ni. Pelik gak, dak2 bunkface ni bukanlah seorang student dari fakultas kedokteran, or seorang profesor yang bijak pandai, tapi diorang boleh buat lirik yang sebegini canggih.


Lirik tu ada sebahagian yang aku bold n highlight biru, kan? Haa, frasa2 tu memberi banyak makna dalam kehidupan aku ni, yang serba canggih n yang terjebak dengan kemalasan tahap dewa, yang membuatkan aku lambat giler nak wat makalah, prepare slide (belum start lagi), studi anatomi, embriologi, fizik, n ape2 lagi yang berkaitan. Hope aku akan lebih semangat, tidak lebih dari aku wat blog... Peace.



"Life is not about reading books"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Klon Noh Hujan ada kat Jakarta?

Untuk disampaikan kepada sesiapa umat manusia yang kenal akan Encik Noh Hujan (nama glamer). Dah lama aku nak wat artikel pasal mamat ni (noh yang real n klon die), tapi dulu aku takde gamba 'mereka'. Of course, dalam minggu ni, yang agak 'memanaskan' kepala otak aku dengan embriologi n anatomi, aku sempat snap gambar si mamat klon 'noh' ni.

Mase nak amek gambar si klon ni, aku ada la wat beberapa taktik yang agung, antaranya, dengan berpura2 taip sms, tapi hanset ditinggikan sikit sampai separas dengan mata, wat2 macam xnampak tulisan kat hanset tu. Then, dengan sepantas halilintar, aku snap 2-3 gambar si klon noh ni cepat2, sebab mase tu, jarak aku ngan die cuma x lebih dari 5 meter. Kat bawah ni aku ada letak gambar mamat klon tu, dengan mamat yang ori.
















Klon
Nama : Misteri
Pekerjaan : Penjaga Trafik






Original
Nama : Noh
Pekerjaan : Penyanyi


So, konklusi aku, korang support la Band Hujan mase AJL nanti. Hujan rawks! N jangan la lupa nak study Buku Modul kita ye.




Don't be cheated by pirated stuff

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesalahan Terbesar Hari Ini.

Hari ni memang menjadi sejarah hitam aku. Sambil aku minum KUKUBIMA, ngan dengar lagu feveret terkini, aku ronda2 la kat blog aku. Aku tekan dashboard, then main2 ngan tetikus hitam aku, tiba2  mata aku pun jadi semakin gelap. Tapi, tangan masih gatal. Klik sane, klik sini. Hmm. Rase terlelap, tapi telinga still dengar lagu.

Apabila KESADARAN aku datang balik, sebab perut rase cam nak meletup, aku tengok skrin laptop aku, then bukak blog aku. Sedihnya, kat skrin tu tulis, 'Blog tidak ditemukan'. Oh sheet, ape dah jadi plak ni. Dalam hati aku, terfikir something, yang berbunyi, 'kompem2 ada dak2 umah ni delete blog aku'.




Waduh2. Blog sudah terdelete. Eh, bukan. Time aku tulis posting ni, baru aku ingat. Aku yang delete sendiri, mase aku tengah ngantuk2 mase tunggu nak g masjid. Cis. Xpasal2. Pas balik masjid je, aku terus edit, edit, import, scripting, main bola, mandi, makan, edit lagi.

Tepat jam 11 malam waktu indonesia barat, siap dah blog baru aku. Selamat mase tu aku sempat export sume posting2 aku. Hohoho.

Kepada teman-teman, follow la balik blog ni, kalau dulu korang penah follow. Sebab rase sayu bila tengok blog ni xde follower.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My New Toy

It is the right time for me to introduce to all my friends, my new toy. Since in this 'blok 3' study, my brain caught me to be a boring guy, comparing to my past, where there is/are more joy.

Here are my new toy to play, my hobby to stick, and my pleasure to share :



1. Reading a UTF-8 scipting. As I read this 'thing', it makes me concentrate a lot (I really-really mean it), I'm totally sured it can helped me with my study in 'Blok 3'. Hopefully.



2. Posting blogs with English letters. I know la. My english isnt that great. Just good enough. Easy words. But it makes me really-really-really happy, because most of my collegue friends at Ukrida doesnt know a single word of English. Are'nt they shameless? Haha. I just noticed that my english is an image of my Malay accent, which that all already know, I translated 'them' round-round (bulat-bulat).

Still, reading 'Blok 3' module isnt my hobby yet. But, yeah, who knows, later, I'll be in love with that 'Buku 3' module. Who knows, huh?



aku-suka-study.blogspot says,
"I Love My New Layout"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Franz Ferdinand : Take Me Out



It was long long time ago, I wrote about a band, in my Tumblr, but today, I have this mood, this feeling, to write about Franz Ferdinand.

At first, I thought that Franz Ferdinand is a solo artists from UK, but hell no,actually this is a band. Introduced by my british-britpop-music-maniac friend, Oma Sami- that cant be stopped mumbling bout it, weeks ago (1 month 29 days actually).

The only song I've crushed into was Take Me Out, which most Indonesians know this song by its highly rated reality show, called Take Me Out and Take Him Out.



I love their work, their song, and their name. Haa, Franz Ferdinand shows a sleek and handsome personality of a band, although their singer not-so handsome if compared to Kasabian's singer, Tom with his short hair after West Ryder Pauper Lunatic Assylum.



No, I just want to say, this song is good. And Tom (kasabian) is good too. Hee~~ Thats all.


I say don't you know 

You say you don't go 
I say... take me out! 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Paradigm : Amazon Associates



Hari ni aku monetize blog aku, dengan Amazon Associates, yang aku taw, ni untuk bersahaja, seperti melepak di kedai2 mamak. Kat dalam posting ni, aku senaraikan beberapa benda yang aku dah ada, n aku cari mende yang same, kat Amazon, untuk tatapan semua, bukan untuk berpoyo ngan semua, tapi saje nak hilangkan kegatalan tangan aku post sumting kat blog aku ni.



Hahaha. Ni antara barang2 yang aku dah ada, yang sempat aku search kat dalam Amazon. By the way, posting ni sebenarnya saje je dibuat, untuk menghabiskan masa2 petang aku depan laptop ni.

Nak study? Nanti2 la. Malam sikit, baru la stim, syok. To all my friends :


Don't study until you die!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat Duit Online, hanya perlu main game kat Facebook

Aku ada la survey2 kat internet ni, pasal program Buat Duit Online (Make Money Online), berjam2, bersengkang mata, berpenat lelah, n lastly, aku terjumpa 1 website ni yang tawarkan DUIT, dengan cara yang sah di sisi undang2 dunia n bangsa.


CashCrate ni, menerima pengguna dari seluruh pelusuk dunia, tj duren, tj rambutan, lorong haji taib or mane2 saje tempat yang terjangkau koneksi internet. Aku yang rajin surfing kat internet ni, nak sebar2 kan la kat kawan2, ibu2, bapak2 n yang ada kat luar sane, supaya try CashCrate ni. Simple je. Asalkan korang ada akaun kat facebook, korang boleh join. Ni bukan la program MLM or ape2 je yang bersangkut paut ngan program haram jadah tu. This web is juz for fun, but making real money.

Kalau lah korang berminat nak join, or berminat nak usha2, or juz nak gelakkan aku, korang boleh la klik kat gambar bawah ni untuk pergi ke web tersebut.




Pesanan aku:


Money is Everything to Life,
but Nothing if compared to LOVE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips cari awek cantik+comel=cun

Kat sini aku ada senaraikan beberapa tips untuk cari (mostly tempat yg hot) awek2 yang cantik+comel=cun. Awek cun ni impian bagi setiap jejaka di muka bumi ini yang masih bernyawa.


"Wanita biasanya dinikahi kerana empat hal: kerena hartanya, kerana kedudukannya, kerana paras rupanya dan kerana agamanya"









(Gambo ni aku amek secara random kat Myspace, bukan aku yang pilih!)
Aku nak highlight part 'paras rupa', n nak bagi tips kat korang, kat mane nak jumpa gadis2/janda3/janda berhias yang mempunyai paras rupa dan ke-cun-an pada tahap tertinggi.






     Myspace, Friendster, Facebook, Adult Friend Finder (untuk yg kurang beriman).






     Kat laman2 web sosial ni, banyak sungguh awek2 cun yang meng-iklankan diri mereka untuk tatapan semua. Korang cuma perlu daftar (teramat percuma) kat web sosial tersebut, n cari awek yang diingini. Contoh untuk laman myspace.com, korang tekan Friends > Browse People, then juz masukkan kriteria awek2 idaman yang korang perlukan. Cara ni mungkin memerlukan sedikit masa dan kesabaran yang optimum sebab kadang2 korang kena add as friend, baru boleh tgk gambar diorang (kne tengok gambar la baru boleh taw cun ke x).






   Ruang permainan DOTA Allstars.






     Kajian kat U.S. mendapati, ada kes yang dilaporkan beberapa pasang suami isteri yang telah berkahwin (of kos la dah kawin jadi suami/isteri), mula berkenalan dengan pasangan diorang mase main DOTA Allstars online game ni. Pesanan dari aku, kalau korang nak mencari awek kat sini, risiko amat tinggi dan memerlukan latihan DOTA yang mantap selain keteguhan hati korang dengan ragam2 semasa bermain game ni. Pastikan korang praktis game ni betul2!







  Taman-taman bunga.






     Cara ni paling mudah. Korang juz kena sediakan tempat untuk melepak, air mineral 1 botol besar, sedikit jajan, dan rokok (kalau perlu). Korang cari la port2 kat taman bunga berdekatan dengan rumah mak korang tu (pastikan kawasan perumahan tu di-diami oleh keluarga yang ada anak gadis), then lepak lame2 kat situ. Pesanan aku, time korang lepak tu, bia lame, tapi korang jangan sekali2 lupa nak solat!







 Disko, Pub atau Bar






     Aku tak galakkan la korang gi disko, sebab tempat ni memang berbahaya untuk kanak2 bawah umur mahupun orang remaja n dewasa yang punyai masalah dengan keyakinan diri. Tapi, kebanyakkan awek2 yg lepak kat sini, diorang biasanya sama ada lepak untuk cari teman (lelaki/less), or diorang lepak sebab frust (kalah main dota/kalah judi), or diorang ni awek kepada si bouncer2 muantapp yang keje kat tempat tu. Pesanan aku, korang kena la sediakan duit yang mencukupi bagi menampung kos2 yang tinggi semasa berada kat 'pengkalan awek' tu. Pastikan korang menjauhi minuman keran n korang kena dapat bezakan pelacur ngan awek2 cun!




  Majlis perkahwinan





   Kat majlis2 kawen ni, awek2 cun memang bersepah. X sah kalau mase hari bersanding si pengantin, xde awek2 cun yg pakai baju kebaya or kebarung or mengkarung. Diorang akan memakai baju2 tradisional yang menawan, tak kira lah, ketat atau tidak, but still, diorang ni awek2 cun. Pesanan aku, time korang pergi hadiri majlis perkahwinan, tak kira la sepupu ke, kawan ke, abang ke, or nenek korang ke, korang kena la pakai cantik2 n smart2. Awek kat situ agak demand sket, pakai paling minimun untuk dipakai adalah baju melayu dengan bersongkok hitam, n kasut capal!



OK la, setakat ni jela tips yang rajin aku nak taip. Posting ni lame dah aku delay atas sebab2 n alasan yang langsung xboleh dielakkan. Mungkin ada lagi tempat2 yg strategik untuk cari awek cun ni, cam kat universiti, sekolah, shoooping compleks, or tandas awam. Tapi, dengan berbesar hati aku nak ingatkan, lebih baih korang cermin sikit diri korang dulu. Cukupkan semayang, berak orang xcebokkan dah, hidung dah xkuar hingus lagi, or ape2 je yg membuktikan korang ni seorang teruna yang cantik sejati. Pesanan untuk si awek suci kat luar sane yang terbace posting aku ni :






"Sorry, I'm not single."





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS