salam.
lame tak update. bukan malas tapi busy.
so esok ada seminar ye.haha.sebuah paksaan yg tak macho pun.
Saya suka itu. Any problem???
Friday, May 27, 2011 |
Labels:
Article
Read User's Comments(1)
Itu, Itu, Dia Gadis Bertudung Merah
Saturday, May 21, 2011 |
Labels:
Article
Salam,
Selamat siang, selamat buat semua bakal2 cikgu diluar sana. Hak hak.
Inilah aku mase... er... mase tahun 2000... kutttt...
Yang itu mak aku, yang sebelah tu adik aku, dan yg tu pun adik aku. Btw ni tgh saparan pagi mase kat mersing kalau tak silap aku mase tu follow bapak aku, dia jadi judge for pertandingan lagu asli *
Dalam beramah mesra dengan hari sabtu yang agak mendung2 ayam ni, ada bagusnya jugak layan lagu buat release tensen. huahuahuahua.
"dia gadis bertudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha
Dia gadis bertudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya"
Perbedaan itu Indah
Thursday, May 19, 2011 |
Labels:
Article
Salam,
Selamat petang,
wahai ibu2, bapak2, teman2, ikan2, pohon2, dan semua makhluk Tuhan...
Tuhan menciptakan manusia itu berbeda-beda sebab ada alasannya. Agar kita bersatu dalam perbedaan itu, dan menerima kekurangan orang lain. perbedaan-perbedaan yang ada di sekitar kitalah yang buat hari-hari kita menjadi indah. Yang tinggal hanyalah bagaimana kita mengadaptasi dengan perbedaan itu?. Kalau kita boleh memahami perbedaan-perbedaan tersebut dengan baik, automatik hubungan kita dengan masyarakat, dengan alam sekeliling, dengan semuanya akan jadi indah. InshaAllah.
Dan kenapa aku masih sms kau??? Sebab kau berbeda dengan aku. Oh. Alasan kurang bagus, erm, sebab kalau bukan diri kau, aku tak sms kau. Eh, setidak2nya aku jujur. LOL. Xde kena mengena dengan post.
Alangkah indahnya bila dapat cepat2 habiskan study kat sini nih, bukan nak merungut tak tahan hidup sini, tapi ada sesuatu yang ingin aku kejarkan sebenarnya. Bukan kemewahan, bukan nama, tapi sesuatu yang lebih bernilai dan tak terbandingkan harganya.
"Ya Allah jika aku masih belum bertemu cintaku..janganlah Engkau membuka hatiku utk mencintai seseorang..kerana aku tidak mmpu memberikan yg terbaik untuk dia... Dan jika ada seseorang yg ingin mendekati hatiku, jgn lah Engkau mmbiarkan dia melupakanMu setelah dia memiliki cintaku nanti.... Amin Rabbal Alamin..."
Hari Ini dan Semalam [2]
Friday, May 13, 2011 |
Labels:
My Perspectives
Yesterday is history,
tomorrow is a mystery,
but today is a gift.
That is why it is called the 'present'
Salam.
Selamat pagi semua, selamat pagi dunia.
Moga2 hari ini akan lebih baik dari semalam, dan sentiasa mendapat keberkatan dariNya. InshaAllah. =)
Dua tiga hari sebelum semalam punya semalam, punyalah rajin teramat pergi dinner kat shangri-la hotel tuh. Dengan beberapa kerat teman yg pergi, actually not so ramai yg ada, since dinner hall u kecik ciput jek. Makan pun biasa2 jek except dia punya egg tart, pehhhh, sedap menjilat pipi duh... Lepas2 dah hampir2 nak balik, semua orang pun sedang amek gambar. Waktu tu, tak ada benda yg menarik perhatian aku sangat nk amek2 gambar, kecuali satu benda ni...
Erm... sushi, not sushi, sushi, not sushi, sushi, not sushi.... ok, not sushi. |
Ok, hal makan2 tu dah jadi sejarah. Lepas solat jumaat semalam, pergi bank, sorang2, sampai ter'korban'kan kelas2 ipd. Apa boleh buat, hidup orang bujang. haha. Actually jalan kaki g bank tu teramatlah ujian, aku rasa agak2 macam aku jalan kaki dari pudu smpai lrt masjid jamek tu. Fuh. Dugaan beb. Apa2 pun, harus diteruskan jua perjuangan untuk sampai ke~~~~~~~~bank. lulz. =.=" Nak dipendekkan cerita sejarah semalam, aku simpulkan dengan beberapa perkara yg menarek. =)
Keratan akhbar *teeeet*. Front page. Baca sampai habis, then tersenyum simpul. =) |
ORANG DEPRESI BISA BUAT KEPUUSAN LEBIH BAIK. Erm. tak tahu betul or tidak, aku bace dan bace dan bace lagi. Sambil pun aku bace, ada lah aku tahu orang ni buat experiment dengan menggunakan 50 orang sebagai sample. Majoritinya, yg mcm tajuk tu, depresi, and mereka wat keputusan lebihhhhhhh baik dari orang normal. Oh ya, katanya, yg 'dah pernah' depresi then dia jadi normal balik, itu dikira cam orang normal gak (buat keputusan kurang baik). Erm. Kalau rasa2 nak cuba, nanti time exam jangan segan silu depresikan diri anda, dan jawap lah kau soalan2 yg seratus tu. Adakah keputusan akan lebih baik or sebaliknya, itu aku tak dapat nak sure-kan. haha.
Mendung. Kerja. Usaha. |
Menarik bukan, gambar ni? huhu. Entah dari mana aku dapat inspirasi yg cakap gambar atas ni menarik. Actually aku snap masa tengah melintas jalan, dengan angkot biru tu asek2 pun kasi horn kat aku. huahuahua. Pengajarannya, bekerja dengan ikhlas itu adalah suatu ibadah, serupa jugak dengan belajar. Erm, jangan fikir yg tak datang kelas tu pemalas, haha, sure2 ada alasan yang baik kenapa tak datang kelas. LOL.
Akhir ayat, tidak semua yg terpinggir itu tidak menarik atau tidak bagus or etc. Ia berkaitan dengan peluang. Selagi ada kesabaran di hati, janganlah pernah berhenti untuk berusaha lebih. Peluang itu sentiasa ada, percayalah. Oh ya, sebelum terlupa, kepada adik2 aku yg kat bp n kl tu, janganlah berputus asa ya, belajar, belajar dan terus belajar. Anda adalah harapan keluarga! hehe.
Alang2 entri ni panjang, apa kata korang dengar lagu ni. Dengar betul2 liriknya. Cantik bukan? =)
Penyeri Sinar Harapan Hati
Tuesday, May 10, 2011 |
Labels:
My Heart No One Know
Salam.
Today is just another normal day. Malam tadi berwebcam with my dad, also my mom, and also my sister, and my another sister, and erm, sape lagi ek. I dont know. Actually kami ber webcam satu hala. Its just unfair to me as they can see me, but me, cannot see them ... =.="
This picture was taken without me. Yep. WITHOUT ME!!! |
Truthfully, i enjoyed every moment with them, either hangout kat bp walk, or lepak at mamak, erm, haa lepak mamak. Memandangkan aku suka lepak mamak pagi2 buta, pernah la aku ajak bapak aku lepak sekali. Yang best nya, bila ada student dia yg dok lepak same tgk chelsea vs man utd. Mula2 tu diorg malu2 kucing la bila tgk cikgu diorg pun tgk bola pagi2, lepak2 minum kopi secawan dua. Ha ha. Dah segan2 kucing segala macam, then bapak aku tegur diorg dengan selamba, "Imran eh, mane adik awak?" sampai diorang terkejut, "erm, saya bukan imran, cikgu, saya amir, imran tu jiran saya". Then mereka salam2 kami , salam cium tangan aku sekali beb (muka innocent gler... =.="). Ha ha. Cuak kau.
Bila cuti balik malaysia, aku akan pastikan aku tak tido lame2, so kalau tgh hari aku hantar bapak n adik aku g sekolah, kadang petangnya aku kuar ngan mak aku. Erm, pergi mana lagi, pergi kedai baju, ha ha, nagoya lah, first lady la, apa lagi la kan, then part paling aku suka, tiap kali jumpa member2 mak aku, mereka sure2 cakap, "eh zaim, kau makin kurus la makcik tengok." he he. (senyum2 simpul).
Oh orang2 kat batu pahat, jangan lah rindu saya, (ehem2). InshaAllah raya nanti balik. He he. Ok, nak g kelas, zaim rindu korang semua. Huhu. =.=".
Selamat Hari Mama
Saturday, May 07, 2011 |
Labels:
My Heart No One Know
Selamat pagi. Selamat hari ibu. Memandangkan aku biasa panggil mak aku dengan panggilan 'mama', so aku dedicate-kan Selamat Hari Mama to my beloved mama, ehem2, Puan Ramlah...
Sori mama, zaim takde kredit nak call mama... kredit zaim habis buat sms org "selamat pagi"... huhu... (mende aku ngarut ni...) Nanti kalau ada rezeki zaim call mama berjam2 sampai terbakar henfon tu... muahaha... Mama ingat lagi tak mase pagi2 ahad, kita bertiga ngan babah, lepas g pasar, carik sarapan pusing satu batu pahat berjam2 tapi tak jumpa yg berkenan??? ingat tak????? huhuhu... at last kita sarapan kat kfc... sungguhlah keanak-anakkan.... miss that moment... (and also other moment). (T.T) Love u ma...
Gambar kat atas tu... mase kat airport senai kan? huhu. ok2.. zaim dah ngantuk ni... dengar lah lagu ni... hehe... Selamat Hari Mama!!! =)
"Oh man... Bila lah ek aku boleh jumpa mak aku??? Bila ek boleh jumpa family yg len??? Erm... moga2 Tuhan perpanjangkan umur aku dan mereka2 supaya kami boleh bersama lagi... Hope so... Sangat rindu mereka... Sungguh!"
Itu dan Ini
Selamat malam,
Ini kali haa, entry tergesa-gesa sebab perut pun meresahkan diri ulang alik ke jamban idaman hati. Erm. Itu aku dalam alam realiti, suatu alam dimana mulut dengan selamba memakan sambal yang tidak kurang hebat pedasnya, sehingga perut pun merajuk tak terhingga.
Erm bukan itu yang aku nak sampaikan. Ni haa, kes manusia lah, takkan kes2 kayu yang nak dijadikan tiang pulak kan. Disini nak di kasi tahu, "people does change", bukan macam yang si House tu cakap, dia suka mengarut.Oh... oh... oh... Eh tetiba tak ada idea nak cakap apa. Ha Ha Ha. Um. Sekarang kau dah tahu kan? Tahu keadaannya kan?... Haa... sekarang aku nak tanya sikit, tak salah kalau tak jawap pun... Serius! Jangan gelak2 k!... Aku nak tanya, betulkah engkau tu adalah diri kau???
Uuuuuuu... Seram sejuk bila keluar masuk bilik air ni then berjemur tepi kipas... fuh3... Nak tahu jugak apa yang akan jadi lepas ni. Apa yang dia, engkau dan dia nak buat kan... Erm biasalah manusia... Curioussssss... Ah eh, pernah makan buah JIN tak??? Haaaaa, agak kesedapan buah tu ah. Sedap2. Macam2 flavour ada kat buah tu... Yum3...
Oh lautan. Oh gelora.
Tuesday, May 03, 2011 |
Labels:
My Perspectives
Laut...
Damaikan gelora ombak
Ajarkan aku
Menyimpan resah
Ke dalam tenang
Semoga esok...
Aku tabah
Menghimpun segenap duka
Hey. hey semua. Baca ini, baca yang di atas ini. Ringkas bukan? Memang mudah menyulam kata, tetapi belum tentu juga mudah untuk berenang dilautan rasa.
Aku masih ingat sewaktu aku berbicara dengan mak aku,
"Orang ni ada macam2 Im, depan nampak baik, nampak alim, tapi ada jugak yang belakang2 ni suka tikam orang, suka cakap macam2. Kau hati2 jela. Jangan terlalu dengar cakap orang selagi benda tu kau sendiri tak tahu betul atau tak"
Haish... begitulah ceritanya. Oh iya, cakap pasal benda ni, erm, tak salah kan kalau kita ucapkan selamat dekat orang lain??? kan3??? Haa... Selamat siang ^^^^^ =)...
Ini adalah Central Park. Takde kena mengena dengan posting ni. |
You are an Apple!
Sunday, May 01, 2011 |
Labels:
Article
Selamat Pagi.
Ehem, syukur Alhamdulillah aku tengok pokok orkid kt tepi tingkap aku ni dah besar, gebu, comel, dan bergetah. Yang buat aku rasa sejuk hati ni bukan sahaja orkid tu warna ungu, tapi daun dia warna hijau. See, do you get it? Syukur lah banyak-banyak sebab kita ni masih bernyawa, boleh menikmati satu lagi hari yang indah. Alhamdulillah. Eh kau, erm, engkau lah, yang tgh duduk kat kerusi tu, dapat tak? Dapat yang saya kasi? Hu Hu Hu. Selamat pagi, =).
Kadang tu kan, kita sorang2 dalam bilik, laptop pandang kita, kita jeling saja. Kita duduk, kadang bukak my computer, tutup balik, bukak facebook, tutup balik, then tgk ym, tgk2 sape yg online, then tutup balik. Erm... Haaaa Itulah petanda orang bosan setengah mati. Bosan bila kepala dah tepu sangat dengan tulisan2 kedokteran yang bagi aku, bahasanya kadang sangat lah memeningkan.
Ok lah, just nak hilangkan sedikit bosan, nak kasi taw kat 'jiran atas' kenapa ada bunyik orang gelak2 tengah malam2 buta, mahupun pagi2 buta.
^^this always give me biggggggggggg smile.^^
(>_________________________<)
Lastly........ nyan2....nyan2...
Credits to Affierul
Subscribe to:
Posts (Atom)