RSS

Manisnya Kurma Ini

Sungguh indah ciptaan Tuhan. Lihatlah awan yang berlari bebas, unggas yang menyanyi riang, gunung yang berdiri gah di hujung lautan, sambil pohon melambaikan daunnya, ditiup sang bayu. Sepasang suami isteri kelihatan sedang asyik anaknya bermain-main dipinggir ombak. Senyum. Gembira. Diselangi gelak tawa.




***
Hari ini hari yang paling penting buatnya. Segala persiapan sudah dilakukan, dari segi mental mahupun fizikal. Namun begitu, hatinya terus berdegup kencang. Inilah saatnya dia harus bersungguh-sungguh mengingati segala apa yang sudah dipelajarinya, agar dapat dia menjawab semua soalan yang diberi, dengan mudah, tiada cacat cela.

***

Sejuta kemaafan kalau apa yang aku sudah buat ini ada salahnya. Agak pelik2 aku tulis kali ni. Aku cuma menulis apa yang ada di dalam kotak fikiran aku. Aku cuma nak sampaikan satu perkara, kesihatan adalah salah satu nikmat Allah yang besar. Bak kate dalam lagu raihan, "ingat lima perkara, sebelum lima perkara". Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, dan hidup sebelum mati.

Yelah, kalau kita sakit, terlantar kat katil hospital, boleh ke kita lepak kat tepi pantai, release tensen ngan member??? Then kalau kita sakit, lepas kena operate, boleh ke kita santai2 ngn family kita, kat tepi pantai gak, maybe ngn isteri kita, anak kita, mak bapak kita, an etc. Boleh ke???  Then kalau kita demam menggigil, kepala pusing2, boleh ke kita g exam, jawab exam, jawab semua betul... Boleh ke tidakkkk ni?????? Haa, lu pikir la sendiri.

Akhir kata, tenangkan hati, fikiran, tubuh dan segalanya.... Manisnya kurma iniiiiii~~~~~~~~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

(=.=)"

Today I just want to declare one thing.


"Aku tak boleh ler nak wat cam biasa. Dah naluri hati. Aku akan cuba sedaya upaya nk ubah."

Ada sorang teman aku ni kata, if kita ada problem, kita kne hadapinya, kena sedar, dan jangan lepas tangan. Yups. Totally agree dude.Tapi realiti nya lah kan, seriusly aku tak tahu nak wat apa. Nak buat2 tak tahu pun mane boleh. Tu dikira lepas tangan. Masalah takkan selesai. Then dia tny lagi kat aku, adakah perkara ini ujian untuk kau  or adakah ini ujian untuk dia, supaya dpt belajar sumting? Soalan tak terjawab.

Ok no more curhat.  Sejuta maaf kat sape2 yg terasa ngn kata2 aku. Aku ada beberapa quote yg aku rasa sesuai dgn apa yg aku nak sampaikan.



"How do I say goodbye to someone I never really had? Why do my tears fall so endlessly for someone who was never really mine? Why is it I miss someone I was never really with? And why do I love someone whose love was never really mine?"

"Why am I afraid to lose you when you're not even mine."

"If you asked me how many times you have crossed my mind I would say once because you never really left."

"You will always be the answer, when somebody asks me what I'm thinking about."

"I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone." 


Ya, betul kata orang tu, "kau fikirkan dye lebih dari kau fikirkan diri sndiri". Thats me. Apa2 hal kalau nak contact aku, ym aku sentiasa on. Fon sentiasa ada bateri. Jangan risau, aku akan cuba terima teguran n pendapat orang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awwwwwwwwwwww-dicted

Selamat pagi all. Ini pagi belum kelihatan lagi matahari. Dingin. Huhu. Penat ah nak tulis ayat berbunga cam 2 3 post lepas. Now straight to the point. Even 24 hour bukak lagu2 nora elena kan, tak salah sesekali bukak lagu lain. Cam lagu arab yg bermelodikan lagu hindustan ke, lagu rock yg bertemakan alam sekitar ke, atau lagu jiwang yang tak berlirik, dsb.



Kkk. Kali ni lagu Never Too Late. (gambo and tajuk xde kena mengena ngan lagu... =.=")




"Maybe we'll turn it around
'cause it's not too late
It's never too late"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesuatu Yang Berbeza

Hari ini tiada kata-kata aluan, tiada yang berbunga, tiada pun yang tersirat. Hari ini ada sesuatu yang berbeza. Hari ini hanya ada sebuah lagu yang datang menemani.

Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hati

Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini




Kepada sesiapa disana, yang dikehendaki, yang dimaksudkan... Lagu ini... Lagu ini... Lagu ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Bulan dan Bintang

Akan ku gapai bintang di langit, kerana terlalu indah buat aku. Memang dirasakan redup hati memandang, diselangi bulan yang mengambang. Tetapi, malam tidak selalunya berdiri sendirian. Sang awan pasti akan mengintai langit, mencari setiap detik terluang untuk melabuhkan sayapnya, dan angin pun melambai.

Bintang adalah impian, langit adalah tujuan, malam adalah teman, awan adalah dugaan, angin adalah ketentuan dan bulan adalah perhiasan. Dalam mengejar impian, tujuan tidak seharusnya diabaikan, kerana baik buruknya impian tersebut terletak dibawah naungan si tujuan. Juga tidak alpa dengan 'perhiasan' yg datang sewaktu kita berlari, dan anggaplah ia sebagai pemberian dalam menempuhi segenap penjalanan.



Selalu ingat, kadangkala kita harus ke depan bersendirian, tiada teman, bukan berarti meninggalkan, bukan berarti mengabaikan, tetapi lebih kepada keyakinan. Setiap dugaan akan hadir bersama ketentuan, terasa amat berat, dah hanya dengan kesabaran, usaha dan tawakal, pasti akan dapat ditempuhi.

Tidak salah untuk berharapan, tidak salah untuk berprasangka, tidak salah untuk bertanya, asalkan niat dan tujuan berada pada tempat yang sepatutnya.

Masih belum terlambat...

Gantunglah impian setinggi bintang... Andai tidak dapat kau gapai bintang itu, setidak-tidaknya kau sudah menggapai bulan... Janganlah berpaling pada awan, kerana dia yg akan menemani saat kita terbang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mimpi Yang Sempurna

Dalam sebuah mimpi yg tersulam indah, diharunginya bersendirian, hanya bertemankan suara sang kipas, dan selimut terbentang kaku. Ia tidak pernah dicari, apatah lagi dipohon, namun ia muncul dengan tidak disangka. Satu jam dirasakan seperti seminggu lamanya. Oh sungguh bermakna mimpi yg diberikan itu.



Mimpi kadangkala mainan, kadangkala tidak. Benar? Pernah sekali itu bila kita memohon untuk diberikan secebis petunjuk, sebuah tanda, selepas segala kudrat kita tiada pun berhasil, selepas harapan berlalu pergi meninggalkan kita, selepas fikiran dan hati berpisah tidak sehaluan, lalu mimpi itu pun muncul ibarat sinar pagi yg membasahi bumi. Aku bercerita soal pilihan, soal keyakinan, tentang urusan yg kelihatan tidak ada penyelesaian.

Mimpi apa?

Mimpi yang sempurna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seuntai Kata Untuk Dirasa [2]

Pagi yang gelap, kini sudah menampakkan cahaya cemerlang sang matahari. Jenguk luar, sebuah pokok orkid berdiri lemah, yg dulunya banyak kelopak2 bunga ungu yg mekar lagi segar, tapi sayangnya sekarang itu semua sudah tiada; ia sudah berlalu pergi buat sementara. Sambil angin melambaikan jasadnya, terbang melewati helai2 daun menghijau orkid, membersihkan debu2 yang bertempiaran lari.

Jangan dihitung banyaknya helai2 daun coklat yang berguguran, kerana masih banyak yg menghijau di atas sana. Begitu juga diri kita, dirisaukan sangat dengan dugaan yg menimpa, tetapi kadangkala lupa akan nikmatNya. Stress, sakit, jiwa kacau, dsb, mengaburkan rasa hati yang luas tak terkira.



Indah dunia ciptaan Illahi menemani perjalanan kita menuju ke 'destinasi', tak selalunya kita melewati highway lurus yang tiada halangan, tetapi jalan hutan yg penuh ranjau berduri; gelap, sejuk, bersendirian. Sudah bersedia dengan bahtera amalan kita untuk hadapi itu semua? Ingat, selalu ingat, tiada dugaan yg diberi melebihi kemampuan kita.

Wahai sahabat, wahai teman, lihat lah ke atas, langit sungguh cantik bukan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benci

Benci orang itu, benci orang ini.

"Aku bukan benci, tapi tak suka dia."
Oh ya? Bagi aku benda tu lebih kurang jek, tak banyak beza.

Benci dia or benci salah yang dia buat? 
Perbetulkan balik paradigma, jangan sampai tersilap, sebab dah dikatakan
"jangan membenci orang yang berbuat salah, tetapi hanya membenci kesalahannya saja."

Yups thats true. Kena selalu mamaafkan kesalahan sesama mukmin. Ini adalah sifat orang muslim yang muhsinKena tunjuk ah keramahan, even kita sgt terlalu tak suka orang tu pun. Tak salah. Tak rugi.

Sampai bila nak hidup dalam kebencian?

Lastly, ini adalah sekadar peringatan juga untuk diri sendiri. Tidak bermaksud apa2 kepada sape2 pun. Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Think the Unthinkable. Trust the Untrustable.

Salam.

Benar memang senang menuding jari mencari salah seseorang tetapi agak sukar untuk kita untuk memaafkan. Thats reality. Manusia. Sungguh begitu sekali. Even if kita cakap cukup sudah kita tidak menyimpan dendam, tetapi adakah tidak memaafkan itu berbeza dengan dendam??? Ye lah, kenapa kita tidak memaafkan??? Sakit hati??? Ke??? Tak sama dengan dendam???

Let me think. Oh ya, by the meaning of word, its totally different, surely, but lets just think something that we dont think before. Something different. Maybe.





Urm...





Hurm...



Ya ya ya... its booooorrriiinnngggg... macam lah tak ada benda lain nak fikir. Benda yang senang2 ke kan, benda yang tiap2 hari kita lalui, hurrrr, macam berapa biji nasi yg kita makan hari ni, berapa liter udara yang kita sedut tadi pagi, dan berapa kali jantung berdegup waktu kita tidur semalam... Hurm. Simple. Kita terlepas pandang itu semua. Kan3. Ya la, mungkin tak penting kot. Tapi benda tu lah antara faktor kita masih idop.

Oh, last wordsssss (in russian, thanks to v1lat)...

"Pover mniy , shizen niy vaselo , niy niynavistnikov."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS