RSS

Talk to Picture [4]

Sometimes.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jodoh Sesaat


Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
Dalam sujud taubat, hajat, istiqarah, syukur dan dhuha
Dalam kekeliruan mencari cinta
Lantaran usia kian mengejar
Apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
Yang bukan lagi di gelar dara rebutan!

Dalam kata mereka, ku terima sebagai nasihat
Dan senyum bonda, senyum berhajat
Ku selami erti tersirat
Mahu aku punya pembimbing kampung akhirat

Bukan aku tidak mahu
Bukan hanya tunggu menanti seru
Tapi aku terkeliru
Dalam usaha itu
Adakalnya tersasar dari jalan Mu




Lantas aku undur langkah
Dalam taubat ku mohon keampunan
Dalam hajat ku mohon pertolongan
Dalam istiqarah ku mohon pilihan
Dalam syukur ku mohon pemeliharaan
Dalam dhuha ku mohon kurniaan!

Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
Kalau kau tu baik sangat…
Kenapa belum punya teman?

Bagaimana harus aku bicarakan
Jodoh bukan untuk orang yang baik… sahaja
Orang tak baik pun ada jodoh juga
Sudah termaktub janjiNya
Lelaki baik untuk perempuan baik bergitu juga sebaliknya
Yakin lah…
Ajal. maut, jodoh, pertemuan ada hikmat
Bila masanya datang, pasti takkan berganjak walau sesaat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Talk to Picture [3]

Terus berjalan dan jalan lagi.


Katakanlah, "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar: 53) 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat Wanita


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada.
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita" 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedetik Lebih

Sedang kita terbayangkan, terfikirkan dan termimpikan masa akan datang, apa yang kita akan jadi, siapakah diri kita, kemanakah kita akan pergi.

Sedang kita teringat, terkenangkan masa-masa lalu, segala macam rasa dan perkara yang kita telah lalui, berbagai rona hidup seakan pelangi.



Dan perlahan-lahan ia bergerak.

Kedepan, menerbangkan yang berjaga dan meninggalkan yang alpa. Ia tidak menunggu. Ia tidak akan berhenti. Hmm. Ia harus dijaga. Ia harus dihormati.


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran."
[ al-Ashr [103]: 1-3 ]

Hargailah. Hargai masa.
Hidup adalah anugerah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Talk to Picture [2]

It his word.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nora Elena dan Tudung Merah

Kuliah, exam, exam, exam, puasa, raya. Hurray... Nak hepi2 boleh, tapi jangan lebih2. Nak lepak2 boleh, tapi jangan lebih2. Nak makan2 boleh, tapi jangan lebih2. Nak gurau2 boleh, tapi jangan lebih2. Huhuhu. Just want to share something from Nora Elena. Oh my... Oh Nora Elena... Oh... Oh... Oh...



Kita tak leh lari dari buat salah. No one can. Huuuuuuuuuuuu. Kalau dah tersalah tu, masih ada peluang nak betolkan balik. Kan3. Sungguh semua masalah itu ada penyelesaiannya. Oh penyesalan. Mampu nak menyesal lame2?... Erm. Amek iktibar ley, jangan buat lagi. Dan terakhir, keputusan. Berjaya atau tidak, itu lain cerita. Yang penting usaha dan jalan untuk mendapatkannya. Ahhaaaaa....

Oh rasanya cam nk wat apa yg Alma n ana wat tu... Ha ha. Mende ni... iA nnt boring buatlah tu.... hekhekhek...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Talk to Picture [1]

This is my word.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS