RSS

My phone collection. Until Now.

Salam, selamat malam. Tergerak hati nak update blog ni lagi. Walaupun gambar2 raya dah lama delay posting atas sebab2 kemalasan si sorang budak dodol ni email all the gambar raya.


Ok, nak cerita sikit pasal sejarah fon yang aku pernah pakai, dari zaman sekolah, sampai lah sekarang.

Zaman sekolah. Zaman dimana fon sabun sangat digilai or at least fon berkaler yg ada kamera tengah hot.

Motorola C350 
Ini fon aku guna bila keluar rumah lama2. Actually ni fon abg aku, just pinjam dari dia jek, but biasalah, bila member tanya, aku jawab 'ni fon aku aaaaaa'.

Motorola C380
Fon mak aku. Tapi disebabkan dia terlalu baik hati, aku dapat guna fon ni bila nak keluar rumah. Huehue.

Samsung ***** (lupa apa version)
Pernah pakai fon ni, tak ingat sangat waktu bila. Harga RM90 je.


Zaman foundation kat Damansara. Waktu ni, kira2 fon wajib ada screen kaler, ada kamera, dan dengar lagu sure nak ada bunyi 'bass' kuat2. wew.

Nokia 2630
Wew, fon banyak kenangan. Gambar sana, gambar sini, lagu setiap masa.

Sony Ericsson K530
Sekali lagi, fon abg aku. Rasanya dulu aku dok tuka fon ni ngan fon nokia aku tu kot. Alasan tukar: dengar lagu kat fon ni sangat muantappp.

Sony Ericsson K530
Fon ni aku rasa sangat macho. Dan juga nipis. Dan juga kilat.

Sony Ericsson W888
Dulu beli fon ni 2nd hand je. Sebab harga fon baru dalam rm800++. Nothing much.


Now zaman study kat jakarta. 

Blueberry 9350
Suka fon ni sebab ala2 blackberry, dan button bulat tengah2 tu sgt sedap dipegang. Ha ha ha.

Samsung S5230 Star
Lepas fon blueberry rosak, beli fon ni kat Roxy. Suka sangat dia punya ringtone utk sms.


Nokia E71
Antara fon mahal yg aku guna. But fon ni trade in je ngn akak aku. Samsung star for nokia E71. Sangat untung kan?

Samsung Galaxy Mini S5570
My 1st android phone. Agak sedap la fon ni memandangkan murah (rp 1.4jt) and useable.

Huawei U8860 Honor
Then bila rasa2 bosan pakai galaxy mini, aku pun cuba fon ni. Screen besar 4". Harga boleh tahan dodol gak la.

Samsung Galaxy W I8150
Tuka ngan babah. Harga sama ngan fon huawei tu. Just nak alih selera. Kejap je pakai ni. Ada problem sikit kat antena dia.

 
Nokia Lumia 800
Wew. Trade in galaxy w, dapat fon ni. So far so good. Screen lawa, windows phone os laju, no lag, no need high end spec. Overall, puas hati even fon ni tak guna android.


Ok done. Total 14 phone. Mungkin bertambah lagi waktu depan. Sekarang tengah usha2 fon nokia 820.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gaming Gear

Atas permintaan ramai peminat2 dota aku kat luar sana, aku akan cerita sikit pasal 'gaming gear' / keperluan aku untuk berdota. Apa korang ingat nak main dota tu senang macam skill lab rectal toucher ke???


Laptop/pc - Teras dari apa2 jua game online, tak kisah lah 8 teras ke, 4 teras ke, or 2 teras ke. Alaaa, ada pc bagus pun tapi main macam tahi, tak ada gunanya juga. Laptop aku sangat hensem. tQ. So even kalah, ia tetap hensem.

Ye mouse. Ini mouse ye. Mouse ini baru beli. Masih bau kedai. Tak perlu ngumpat yg aku nk poyo2 ngn mouse baru. Dah mause lama tu aku simpan elok2 dalam kotak, yang ada atas meja nya mouse ni je, so tgk diam2. Aku dah setting button copy & paste kat mouse ni... So sgt senang nk wat assignment.

Bila mouse dah mahal, mousepad pakai yg biasa2 je... Ni harga dalam rp15 k...  Jangan pandang mousepad ni sebelah mata. Walaupun dia dah tak hensem macam dulu, tapi dia tahan lasak... water and heat resistant... Yang penting mousepad ni banyak berjasa kat  meja aku ni... Dia selalu tahan air dari tumpah ke lantai.


Tengok ni... Kedudukan laptop, mouse dan tab aku time aku main dota. Kenapa aku letak tab antara laptop ngn aku??? Oh ye, tu nak senangkan aku usha utube kalau2 aku bosan ngan game tu... Dan juga boleh usha fb dengan aman.

The Unsung Hero. Tu ler panggilan paling sesuai untuk kipas ni. Tanpanya, aku menggeletik kepanasan dalam bilik time main dota dan buat assignment...lulz. Dan tanpanya juga, aku tak dapat menikmati tidur malam yang indah sambil ditemani bidadari cantik dari syurga.

Rujukan:

  1. Laptop Asus K53SV
  2. Mouse Roccat Kova [+]
  3. Mousepad 15ribu (sila cari sendiri info di pasar berdekatan.)
  4. Samsung Galaxy Tab 8.9
  5. Kipas Berdiri Jenama MIYAKO

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Family Folder: Jauh Jalan Kaki, Banyak Peluh Dihasilkan

First of all, skill lab kali ni boleh tahan dia punya thrill. Dari ukrida, sampai ke puskesmas tanjung duren selatan. Dari tanjung duren selatan, sampai lah ke kedoya. Semata-mata aktiviti Family Foldere. Ok fine, nasib kurang nak baik, 1st dapat alamat, is rumah kosong dekat2 ngn sabana. Thanks to akak koas yg salah salinkan alamat. 2nd, kena marah ngn makcik rumah sorang tu time nk minx izin tgkap gmbar dalam rumah dia. Aseeeeemmmmmmmmmmmmmmmm.


"Jalan Duren Asem, 6/8. 11"

Itu alamat pesakit yang sebenar. Nama: Eka. Umur: 24tahun. Now the biggest problem is, kat daftar pesakit, just ada nama dia, Eka, kerja dia, nama suami, alamat tadi tu, and nombor telefon suami dia. No other info. So nice eh. Thanks la to dr clara lah sbb tolong call and track lokasi alamat rumah tu, which is, dekat2 ngn pasar patra. omai. Jauh tak beragak-agak la pulak.

Sampai je kat indomaret yg dekat2 ngn pasar patra tu, tanya pakcik jual gorengan, jalan duren asem tu katne. Jawapan dia sungguh simple.

"Disini ga ada namanya jalan duren asem"

Oh i'm done. Menitik sedikit demi sedikit peluh jantan aku dari dahi. Takkan lah pulak tu alamat tipu.

Selamat tadi ada simpan nombor telefon si suami pesakit tu, so dapat lah aku call dia, confirm kan yg rumah dia tu betul2 wujud. Mujur Tuhan itu Maha Mengasihani, dalam dihujani sinar matahari yang terik, aku call lah si bapak tersebut, and, in the same time, dia tgh betul2 hampir dekat indomaret tersebut. Fuhh lega hati. So aku follow la motor bapak td dari belakang, melalui jalan berliku, makin lama makin sempit rasanya jalan raya tadi. -.-

Ok, aku pendekkan apa yg terlalu panjang. Overall, rumah pesakit ni tak lah besar mana, agak2 dalam 4x2 meter je (plus jamban tuh). Bersih. Orangnya baik. Kerjasamanya pun muantapppp.

Alhamdulillah, habis je buat tugasan tu, tiba-tiba dalam ruangan hati aku terdetik, "Rupanya Tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan kita dengan pelangi"

No picture on this post. So lazy to copy from my phone. Hopefully semua yg kita rancang akan berjalan dengan lancar. Oh btw, mungkin raya nanti aku akan menyunting bunga di taman.
(>.<)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seuntai Kata Untuk Dirasa (3)

"Mengapa tidak lalui hidup secara mudah iaitu terima apabila datang, sabar apabila tiada."  - DR. HM TUAH ISKANDAR



Thats all for today. Selamat melakukan ibadah seharian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pagi sampai ke Petang

Bismillah... Harap pagi ni dapat bertahan sampai kepetang. Muak, bosan, penat, sadis. Itu kata2 aku kepada apa2 kejadian irasional yg berlaku baru2 ni.

So, aku rasa tak perlu menaip panjang pasal isu2 terkini, pasal orang-orang lain atau pasal apa2 pun yang terjadi kat tempat lain. Cuma mencurah ilham hati diri pada salah satu wadah yang aku rasa sesuai, dan boleh aku baca ulang suatu hari nanti.

Persoalannya, dapatkah aku membalas hanya dengan air mata tanda syukur menerima?
Ataupun harusnya aku  berpegang pada bait "aku terima dan jua memberi seikhlas hati?

Ah, persetankan itu semua. Segala macam aku dah cuba, - atleast cuba, buat apa yang aku rasa terbaik. Outcome? Terlalu mencemburui aku. Perkataan yang mudah > failed. Ya, memang itu yang paling sesuai.
Its a bit annoying if almost all hardwork we have done, failed on the middle of its summit.

Oh ya, satu persoalan terakhir yang perlu diperjelas - Adakah masih aku diperlukan?



"Tuhan, tolong tunjukkan padanya tentang apa yang ku fikirkan"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahun Ini adalah Kicap Lah... Jangan Banyak Tanya.

Its monday morning, and i already missing sunday and also missing saturday and also friday night... &*@^%@ so long ^@%^&@ wait ?'.;;'" another sunday.
oh, ok, fart, lupakan english. jadi huduh bahasa tu nanti aku kerjakan...

so, tahun ni . . .

. . . tahun ni belajar, exam susah. cam biasa, belajar doktor umum, exam macam specialist.
. . . tahun ni banyak cerita pasal kawin. ok, cam biasa, aduhainya pun adoi sudah datang.
. . . tahun ni harap2 la dapat banyak cuti. bole baring guling2 kat katil sepuasnya sambil layan utube sambil makan keledek rebus (kalau dpt le).
. . . tahun ni patutnya pilihan raya umum kan. zzzzz... big reversal??? maybe.
. . . tahun ni, 1st time beli kicap dalam pek hemat 225ml. ada autolock lagi. jimat 20%.
. . . tahun ni je dah ada 6 botol shampoo. bekas yg kosong masih lagi tersusun rapi dlm bilik air buat santapan mata sewaktu berak.

oh. hahaha. baru bulan 6. lama lagi nk habis tahun ni. ok. selamat hari isnin.

kicap yang boleh membuatkan kata-kata jadi manis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku menjadi aku

Agak lama blog tak terupdate, gara-gara alasan yang menggunung tinggi sampai tak tercapai akal. Hari ni dengan kudrat lelaki aku berjaya gak la kemas sikit sana sini.

Long story to be short - hari ini hari ahad, 3 Jun 2012.


Sesungguhnya aku lebih dari apa yang kau tahu, warnanya kehidupanku bukanlah terletak hanya pada sesuatu yang telah berlaku. Baik buruknya sesuatu, wajib selalu difikirkan dahulu. Bila difikirkan semula, apa yang kita buat, fikir, dan lakukan - mudahnya merosak dari membina, mencemarkan dari memulia dan tak menghiraukan dari mengendah.

Thats all for today.

"Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini, namun takkan ku berubah pendirian yang membuat aku menjadi aku."



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pulau Pandan So Far Ke Tengah








Pulau Pandan So Far Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Triple,
Benda Mungkar Together Kita Cegah,
Dosa Maksiat Jangan Ambil Simple.

Buah Cempedak Outside The Pagar,
Take The Galah Tolong Jolokkan,
Larangan Agama Dont Dilanggar,
Pesan Ulamak Dont Di Momokkan.

Two Three Kucing Berlari,
Mana Nak Sama The Kucing Belang,
Make Sure Istighfar Setiap Hari,
Just In Case Ajal Menjemput Senang



Credit to atyza

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apakah aku masih...



Sedikit ingatan masih tersimpan di relung yang paling dalam, dan sekeping kisah sederhana ingin ku curah.
Tentang mimpi-mimpi kita yang kini hanyut bersama deras rintik hujan,
Tentang angan-angan yang kini hanya tinggal debu-debu berterbangan.
Dan tentang khayalan yang kini berserakan di jalanan.


Sekiranya malam datang, akan aku mencari sang bulan, memberi salam, dan memberinya pena untuk melukis sedikit cahaya di sebalik redup bintang.
Supaya mimpi menjadi kenyataan,
Supaya impian menjadi terang,
Supaya hidupnya harapan.


Suatu hari ingin kutanyakan,
Apakah aku masih bisa?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[MUST WATCH] Epic cat!!!

This is EPIC!!!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


^ NYAN CAT original ^

^ NYAN CAT 30 minutes ^

^ NYAN CAT 2 hours ^

^ NYAN CAT 10 hours ^

^ NYAN CAT 24 hours ^

^ NYAN CAT 50 hours ^

^ NYAN CAT 100 hours ^


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sampai mana aku mampu berjalan?


Sampai mana aku mampu berjalan?
di kala tubuh ini tak lagi berbalut angan.
di kala kaki ini tertusuk duri-duri jalanan.
di kala jiwa yg rapuh ini bersimbah paksaan.

Sampai mana aku mampu berjalan?
di kala gelap tak lagi hadirkan asa.
di kala hati yg dulu sudah berkaratan.
di kala aku berusaha mencari makna.

Cinta... sampai mana harus aku berjalan?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS