Ada satu benda pelik yang selalu terjadi waktu malam2 sebelum ujian. Cuma kadang kita ni sendiri tak perasan benda tu jadi, then masa nak jawab soalan, barulah teringat kenapa otak jadi terlalu bebal, bermacam hal pun tak teringatkan.
Malam ujian - malam dimana segala benda yang biasa boleh jadi menarik. Tak percaya? Cuba tekan something link or gambar or apa2 yang ada kat internet ni. Mesti all jadi best.
Malam ni gak aku baca post2 lama kat blog ni, macam2 ada. Memang kadang terfikir gak kenapa ada posting2 tertentu tu boleh wujud. Mungkin pada masa dahulu kala, aku terlalu ikutkan naluri jari-jemari sampai rajin nak tulis berbagai rupa posting. Ada benda buat aku tergelak, ada gak wat aku rasa hampeh total. Walau raya dah lama habis, aku saje nak mintak sorry la kat sape2 ada tercuit hati pas baca postingan lama aku tu. Sila untuk abaikan. Ini waktu yang sesuai untuk declare yang lately aku suka tulis something tersirat, something berbunga. This is totally my instinct nak tulis, kadang tu bangun2 tido, dpt ilham, pas dengar lagu dapat idea, or maybe tengah2 lonely yoll dah tido pun boleh tergerak nak tulis.
What about this long post? Sebab lama tak tulis cara camni. Bermonolog sorang2 sambil dengar lagu. Layan kepala kottt.
Salah satu video yang menarik masa usha2 blog ni. Now aku namakan video ni as 'otai yg terlampau acting'
Dan aku baru terperasan satu komen ni, thanks to you ler, sebab secara tak langsungnya blog aku jadi cam anon tu punya komen.
Lastly, disebabkan blog ni terbina dari tulisan peribadi, so apa2 yang ada dalam blog ni jugak lah risalah dari hati aku, mungkin ada ditujukan untuk seseorang, sesiapa sahaja tapi memang aku tak letak nama kalau benda tu terlalu sensitif.
Soal hati, soal perasaan, biarlah benda tu tersirat sebagai tulisan. Selagi masih ada keinginan untuk berkarya, aku cuba la sikit2 tulis yang best. Apa2 pun yang terjadi, jangan biarkan perkara tu jadi basi. Usahakan jalan keluar, jujurkan isi hati, dan luahkan yang terbaik. Tak kisah la nk luahkan kat batang pokok sena ke, kat kipas laptop ke, or maybe kat botol kicap, tak ada orang nak marah.
Dengan ini aku lampirkan sikit kata,
"Tersebut kisah sisa-sisa, kata putusku cuma sisa-sisa, mengapa bertemu? Kau bukan untukku."
"Kau buta pancainderaku, kau hancur dalam dunia, kau layu wahai bunga."