RSS

Macam Mana Bunyi Musang?

Salah satu haiwan pelik yang pernah aku bela, musang buah, or basically kami panggil musang. Yea, dulu kalau tak silap tahun 2002 or 2003 la, pagi hari jadi kak dayu, jumpa musang ni sendirian kat belakang rumah. Nak tak nak, bapak aku selamatkan la musang tu then kami bela boleh tahan lama tak ingat berapa lama tapi lama la.




Yea, baru perasan, semua gambar musang ni, *semuanya*, ada rina. So zzz. 


Berbalik pada tajuk, macam mana bunyi musang? Nah, camni bunyi musang.



Soalan kaki: Fox = musang/serigala?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indahnya Kata Jika Dibaca

Ada satu benda pelik yang selalu terjadi waktu malam2 sebelum ujian. Cuma kadang kita ni sendiri tak perasan benda tu jadi, then masa nak jawab soalan, barulah teringat kenapa otak jadi terlalu bebal, bermacam hal pun tak teringatkan.


Malam ujian - malam dimana segala benda yang biasa boleh jadi menarik. Tak percaya? Cuba tekan something link or gambar or apa2 yang ada kat internet ni. Mesti all jadi best.

Malam ni gak aku baca post2 lama kat blog ni, macam2 ada. Memang kadang terfikir gak kenapa ada posting2 tertentu tu boleh wujud. Mungkin pada masa dahulu kala, aku terlalu ikutkan naluri jari-jemari sampai rajin nak tulis berbagai rupa posting. Ada benda buat aku tergelak, ada gak wat aku rasa hampeh total. Walau raya dah lama habis, aku saje nak mintak sorry la kat sape2 ada tercuit hati pas baca postingan lama aku tu. Sila untuk abaikan. Ini waktu yang sesuai untuk declare yang lately aku suka tulis something tersirat, something berbunga. This is totally my instinct nak tulis, kadang tu bangun2 tido, dpt ilham, pas dengar lagu dapat idea, or maybe tengah2 lonely yoll dah tido pun boleh tergerak nak tulis.

What about this long post? Sebab lama tak tulis cara camni. Bermonolog sorang2 sambil dengar lagu. Layan kepala kottt.

Salah satu video yang menarik masa usha2 blog ni. Now aku namakan video ni as 'otai yg terlampau acting'

video

Dan aku baru terperasan satu komen ni, thanks to you ler, sebab secara tak langsungnya blog aku jadi cam anon tu punya komen.


Lastly, disebabkan blog ni terbina dari tulisan peribadi, so apa2 yang ada dalam blog ni jugak lah risalah dari hati aku, mungkin ada ditujukan untuk seseorang, sesiapa sahaja tapi memang aku tak letak nama kalau benda tu terlalu sensitif. 

Soal hati, soal perasaan, biarlah benda tu tersirat sebagai tulisan. Selagi masih ada keinginan untuk berkarya, aku cuba la sikit2 tulis yang best. Apa2 pun yang terjadi, jangan biarkan perkara tu jadi basi. Usahakan jalan keluar, jujurkan isi hati, dan luahkan yang terbaik. Tak kisah la nk luahkan kat batang pokok sena ke, kat kipas laptop ke, or maybe kat botol kicap, tak ada orang nak marah.

Dengan ini aku lampirkan sikit kata,

"Tersebut kisah sisa-sisa, kata putusku cuma sisa-sisa, mengapa bertemu? Kau bukan untukku."

"Kau buta pancainderaku, kau hancur dalam dunia, kau layu wahai bunga."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Risalah Hati



Hidup ini indah,
Orang yang berfikir positif selalu berusaha melihat sesuatu dari perspektif yang positif, dari dalam segala situasi sekalipun. Tiada perkataan negatif dalam kamus hidupnya.

Dia suka membicarakan kebaikan dari pada keburukan yang lain,
dia lebih suka berbicara tentang harapan daripada keputusan,
dia lebih suka berbicara soal cinta daripada perpisahan,
dia lebih suka mencari solusi daripada frustasi,
dia suka mengamalkan prinsip kekeluargaan daripada bersendirian,
dia lebih suka tersenyum daripada bermasam muka.

Nota ini adalah perasaanku tentang perasaanku kepadamu, wahai hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seuntai Kata Untuk Dirasa (5)






Gantunglah impian setinggi langit.

Andai tidak dapat menggapai langit,

setidak-tidaknya sudah menyentuh awan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bait Sang Rangga

Cinta itu kita yang rasa, bila sengsara hati kan merana.

Terpisah aku dengan kau dalam ruangan dan waktu, terhubung hanya seketika kala. Biarlah badai menyapa lautan, biar lautan membelah tanah, biar tanah membedakan kita kerana ia bait puisi cinta yang terindah. Ada apa dengan cinta, berbeda aku dan dia.

Menapak jalan yang menjauh, tentukan arah yang ku mahu, tempatkan aku pada satu peristiwa yang membuat hati bertaman indah.

Wahai pujangga cinta, alunkan irama kalbumu agar dia dapat merasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujan Rintik RIntik



Sebuah puisi pendek untuk dia.

Aku duduk sendirian,
di pelukan petang, di pangkuan senja, 
hanya dingin yang setia,
pada hati ini yang setengah lupa.

Sudah ku tunggu sejak setengah musim terakhir,
ada perjumpaan yang aku impikan,
ada pertemuan yang aku rencanakan,
tapi masih ada rindu yang tidak bertuan.

Hujan senja ini sangat tenang dan indah,
sehingga aku tidak bisa mengeja bahasanya,
titis air seperti penantianku, penantian rasa,
sedangkan tempiasnya menyesakkan dada.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Level of Amazingness

Salam, selamat malam. Tergerak hati nak update blog ni lagi. Walaupun gambar2 raya dah lama delay posting atas sebab2 kemalasan si sorang budak dodol ni email all the gambar raya.


Ok, nak cerita sikit pasal sejarah fon yang aku pernah pakai, dari zaman sekolah, sampai lah sekarang.

Zaman sekolah. Zaman dimana fon sabun sangat digilai or at least fon berkaler yg ada kamera tengah hot.

Motorola C350 
Ini fon aku guna bila keluar rumah lama2. Actually ni fon abg aku, just pinjam dari dia, but biasalah, bila member tanya, aku jawab 'ni fon aku aaaaaa'.

Motorola C380
Fon mak aku. Tapi disebabkan dia terlalu baik hati, aku dapat guna fon ni bila nak keluar rumah. Huehue.

Samsung ***** (lupa apa version)
Pernah pakai fon ni, tak ingat sangat waktu bila. Harga RM90 je.


Zaman foundation kat Damansara. Waktu ni, kira2 fon wajib ada screen kaler, ada kamera, dan dengar lagu sure nak ada bunyi 'bass' kuat2. wew.

Nokia 2630
Wew, fon banyak kenangan. Gambar sana, gambar sini, lagu setiap masa.

Sony Ericsson K530
Sekali lagi, fon abg aku. Rasanya dulu aku dok tuka fon ni ngan fon nokia aku tu kot. Alasan tukar: "musiknya sgt nge-bass gan!!!"
Sony Ericsson K530
Fon ni aku rasa sangat hensem. Dan juga nipis. Dan juga kilat.

Sony Ericsson W888
Dulu beli fon ni 2nd hand je. Sebab harga fon baru dalam rm800++. Miskin time mode on... Nothing much.


Now Jakarta's time. 

Blueberry 9350
Suka fon ni sebab ala2 blackberry, dan button bulat tengah2 tu sgt sedap dipegang. Ha ha ha.

Samsung S5230 Star
Lepas fon blueberry rosak, angkat fon ni. Suka sangat dia punya sms tone. Ne Ne Neeee Nennnnn.


Nokia E71
Antara fon mahal yg aku guna. But trade in je ngn akak aku. Samsung star for nokia E71. ++profit.

Samsung Galaxy Mini S5570
My 1st android phone. Agak sedap la fon ni memandangkan murah (rp 1.4jt) and useable.

Huawei U8860 Honor
Then bila rasa2 bosan pakai galaxy mini, aku pun cuba fon ni. Screen besar 4". Harga boleh tahan dodol gak la.

Samsung Galaxy W I8150
Tuka ngan my dad. Harga sama ngan fon huawei tu. Just nak alih selera. Kejap je pakai ni. Ada problem sikit kat antena dia.

 
Nokia Lumia 800
Wew. Trade in galaxy w, dapat fon ni. So far so good. Tak dapat bertahan lama, jual kat kaskus.



HTC Sensation
A very experimental phone... Now kat tgn mak aku... again, kaskus.


Lenovo S890
My 1st 5inch phone. One of the hottest phone at indonesia... Can resell with same price as 1st hand phone, or even higher!

After this??? maybe i'll pick nokia back because of the level of amazingness... LOL bahasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Malam, gelap, dingin dan sepi. Awal sungguh hari ini melabuhkan tirainya. Kuletak cermin mataku disebelah, ku tutup mataku pelan-pelan, lalu ku biarkan fikiranku terbang melayang, ibarat angin menghembus sayu...

Hari ini hari yang indah. Walau cuma jari jemari yang pantas menari, tetapi sang hati tetap merasai...

Semoga ini bukan hanya mimpi,
Semoga ini menjadi realiti.

Selamat malam wahai kekasih gelapku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seuntai Kata Untuk Dirasa (4)

Suka. Aku suka dia. Suka tengok dia. Just suka. Any other explaination? Just think any possibilities it can be. Terserah pada kita macam mana nak mengisi ruang erti bagi perkataan suka ni. Bagi aku, apa pun yang kita suka, kita akan sentiasa cuba usaha nak dapatkannya. Its a pleasure rite?


Setelah berbulan menyepi, aku hadirkan secebis coretan hati untuk sesiapa sahaja yang baca entry ini.
(^_^)v

Aku bukanlah sang malam,
yang menghilangkan cahaya mentari, selimuti bumi dengan kegelapan.

Aku bukanlah juga sang bulan,
yang suka menyinari malam, mempersona hati dan perasaan.




Aku hanyalah sebuah bintang kecil di sudut langit,
yang mampu berkelip, hilang timbul dipermainkan awan.
dan suara kecilku selalu bertanya
apakah kita berkongsi langit yang sama?

Ya Tuhanku,
izikan aku meminjam matahariMu sesaat lebih cepat,
agar aku bisa menghangatkan hatiku ini,
yang sedang hanyut dibuai mimpi.




~Tribute to si cantik~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Update

At last... Something to post...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS