RSS

Indahnya Kata Jika Dibaca

Ada satu benda pelik yang selalu terjadi waktu malam2 sebelum ujian. Cuma kadang kita ni sendiri tak perasan benda tu jadi, then masa nak jawab soalan, barulah teringat kenapa otak jadi terlalu bebal, bermacam hal pun tak teringatkan.


Malam ujian - malam dimana segala benda yang biasa boleh jadi menarik. Tak percaya? Cuba tekan something link or gambar or apa2 yang ada kat internet ni. Mesti all jadi best.

Malam ni gak aku baca post2 lama kat blog ni, macam2 ada. Memang kadang terfikir gak kenapa ada posting2 tertentu tu boleh wujud. Mungkin pada masa dahulu kala, aku terlalu ikutkan naluri jari-jemari sampai rajin nak tulis berbagai rupa posting. Ada benda buat aku tergelak, ada gak wat aku rasa hampeh total. Walau raya dah lama habis, aku saje nak mintak sorry la kat sape2 ada tercuit hati pas baca postingan lama aku tu. Sila untuk abaikan. Ini waktu yang sesuai untuk declare yang lately aku suka tulis something tersirat, something berbunga. This is totally my instinct nak tulis, kadang tu bangun2 tido, dpt ilham, pas dengar lagu dapat idea, or maybe tengah2 lonely yoll dah tido pun boleh tergerak nak tulis.

What about this long post? Sebab lama tak tulis cara camni. Bermonolog sorang2 sambil dengar lagu. Layan kepala kottt.

Salah satu video yang menarik masa usha2 blog ni. Now aku namakan video ni as 'otai yg terlampau acting'

video

Dan aku baru terperasan satu komen ni, thanks to you ler, sebab secara tak langsungnya blog aku jadi cam anon tu punya komen.


Lastly, disebabkan blog ni terbina dari tulisan peribadi, so apa2 yang ada dalam blog ni jugak lah risalah dari hati aku, mungkin ada ditujukan untuk seseorang, sesiapa sahaja tapi memang aku tak letak nama kalau benda tu terlalu sensitif. 

Soal hati, soal perasaan, biarlah benda tu tersirat sebagai tulisan. Selagi masih ada keinginan untuk berkarya, aku cuba la sikit2 tulis yang best. Apa2 pun yang terjadi, jangan biarkan perkara tu jadi basi. Usahakan jalan keluar, jujurkan isi hati, dan luahkan yang terbaik. Tak kisah la nk luahkan kat batang pokok sena ke, kat kipas laptop ke, or maybe kat botol kicap, tak ada orang nak marah.

Dengan ini aku lampirkan sikit kata,

"Tersebut kisah sisa-sisa, kata putusku cuma sisa-sisa, mengapa bertemu? Kau bukan untukku."

"Kau buta pancainderaku, kau hancur dalam dunia, kau layu wahai bunga."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Risalah Hati



Hidup ini indah,
Orang yang berfikir positif selalu berusaha melihat sesuatu dari perspektif yang positif, dari dalam segala situasi sekalipun. Tiada perkataan negatif dalam kamus hidupnya.

Dia suka membicarakan kebaikan dari pada keburukan yang lain,
dia lebih suka berbicara tentang harapan daripada keputusan,
dia lebih suka berbicara soal cinta daripada perpisahan,
dia lebih suka mencari solusi daripada frustasi,
dia suka mengamalkan prinsip kekeluargaan daripada bersendirian,
dia lebih suka tersenyum daripada bermasam muka.

Nota ini adalah perasaanku tentang perasaanku kepadamu, wahai hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seuntai Kata Untuk Dirasa (5)






Gantunglah impian setinggi langit.

Andai tidak dapat menggapai langit,

setidak-tidaknya sudah menyentuh awan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bait Sang Rangga

Cinta itu kita yang rasa, bila sengsara hati kan merana.

Terpisah aku dengan kau dalam ruangan dan waktu, terhubung hanya seketika kala. Biarlah badai menyapa lautan, biar lautan membelah tanah, biar tanah membedakan kita kerana ia bait puisi cinta yang terindah. Ada apa dengan cinta, berbeda aku dan dia.

Menapak jalan yang menjauh, tentukan arah yang ku mahu, tempatkan aku pada satu peristiwa yang membuat hati bertaman indah.

Wahai pujangga cinta, alunkan irama kalbumu agar dia dapat merasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujan Rintik RIntik



Sebuah puisi pendek untuk dia.

Aku duduk sendirian,
di pelukan petang, di pangkuan senja, 
hanya dingin yang setia,
pada hati ini yang setengah lupa.

Sudah ku tunggu sejak setengah musim terakhir,
ada perjumpaan yang aku impikan,
ada pertemuan yang aku rencanakan,
tapi masih ada rindu yang tidak bertuan.

Hujan senja ini sangat tenang dan indah,
sehingga aku tidak bisa mengeja bahasanya,
titis air seperti penantianku, penantian rasa,
sedangkan tempiasnya menyesakkan dada.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS