RSS

Kassim Selamat Tinggal

Aku minat sangat kat cite kassim selamat ni. Citer p ramlee kan? haaa. Die main saxofon, dengan jalan cerita yang dramatis n melankolik. Haha. Ape la aku mengarut...





Sebenarnya aku juz nak ucapkan Selamat Tinggal Jakarta. Flight aku kul 7.30 mlm ni. tata tanjung duren. haha.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dari bilik awok, kisah Keluang Man

(Posting ni dibuat kat komputer awok yang hensem)

Wat posting ni dari bilik awok. Lepak2, minum2, aku rase cam shiyal penat. Sebab ape? Haa... Layan kepala dak ni r. Mendota, memutsal, shopping, laro2, dan macam2 lagi, rasanya cam dah cuti hampir sebulan. Even aku melarokan diri ini selama yg mungkin, tapi rasa lame la siak nak sampai 26 hb.

Aku malas gler nak update blog sebab mebi hidup pas exam ni kurang menarik bagi aku. Semuanya berjalan seperti yg aku nak, xde kelainan yang ketara. Ada niat nak tulis pasal si OTAI yang ada teknik 'menidurkan diri dalam sesaat.'

Cam biasa, hidup pas habis sem ni dah macam keluang man. Bangun saat embak tengah kemas rumah, mandi saat awek ajak kuar, makan saat otai kuar umah. Segala2 nya boleh dikatakan hidup bahagia tanpa pbl n exm. Kalau keluang man tu boleh tangkap orang2 yg dianggap jahat, kitorang berjaya melawan makhluk2 ciptaan anek kat dalam dota to.

Special thanks to Faceless Void, Pandaren Brewmaster, Raijin Thunderkeg, Traxex dan lain2 sebab berjaya lawan si celaka scorge!

Pas ni nak lepak, makan dan tido, memandangkan berat badan aku dah turun secara mendadak sepanjang cuti ini. Terima kasih Malaysia!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menabung dan laci ajaib.

Pagi tadi bangun, study sket, tgk fb, then bukak laci meja ni. Mak aihh. Punya la bersepah tahap cipan. Macam2 barang ada. Jadual blok 4, Jadual blok 3, minyak angin, tiket2 wayang yg lepas2, duit, alat tulis, remote control dan bermacam2 pendrive. Kepala aku jadi sengal buat seketika, then aku amek inisiatif sendiri. Aku nak kemas laci tu, even pagi ni niat aku nak study.

Mende pertama yg aku kemas adalah duit2 yang bersepah dalam laci ni. Almaklumlah aku ni kalau ada duit lebih pas beli nasi goreng ke, es teh manis ke, naik angkut ke, aku akan letak dalam kocek seluar aku. Then bila sampai rumah, aku keluarkan semua yg ada dalam kocek, aku letak atas meja. Duit2 tu aku tolak je die masuk dalam laci...

Ni lah jumlah duit yang aku dah kumpul, susun n kira pada pagi2 buta ni.

(semua duit ada dalam matawang Rupiah)

20 000 = 3 helai
10 000 = 1 helai
5 000 = 7 helai
2 000 = 5 helai
1 000 = 21 helai

500 emas = 9 keping
500 perak = 15 keping
200 perak = 39 keping
100 perak = 39 keping
50 perak =3 keping

Bila dikira2 balik, jumlah semua duit yg ada kat laci aku (berukuran 60x30x10 cm) ni, semuanya ada 
rp 159 850. Agak terkesima aku. Dalam hati ni, mula lah berfikir yang aku sememangnya pandai menabung duit.



Bukan sahaja aku ni pandai menabung duit, aku juga pandai simpan duit. Hahaha. Ape2 pun, iktibar dari citer aku pagi2 ni, setiap apa yang berlaku (malas kemas laci), pasti ada hikmahnya (banyak duit bersepah).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulat bulu, exam, dan plastik hitam.

(Perhatian kepada peminat ulat bulu...)

Skill lab dah habis semalam. Kejadah anamnesa yang perlu dihafal tu, sememangnya bukanlah subjek pilihan ramai. Kalau kat Malaysia dulu aku pegi jumpa doktor, die tak lah salam aku, tak pulak die bangun then jemput aku duduk, dan jauh pula nak perkenalkan dirinya kat aku. Then soalan pertama yang doktor tu tanya, which is soalan feveret doktor2 se-malaysia, tak lain tak bukan adalah "Sakit ape?". Simple. Doktor tak susah tanya, aku sebagai pasien pun tak pening nak jawap. Kejadah anamnesa? Ni die kejadahnya.

(petikan dari skill lab anamnesa II semalam yang aku masih ingat)

Student A: Ada dalam keluarga yang sakit asma gak?
Student B: Enggak.
Student A: Ada dalam keluarga yang sakit alergi gak?
Student B: Enggak.
Student A: Ada dalam keluarga yang sakit arthritis gak?
Student B: Enggak.
Student A: Ada dalam keluarga yang sakit Tay Bay Say gak?
Student B: Enggak
Student A: Ada dalam keluarga yang sakit Rhematik gak?
Student B: Enggak... gak paham doc!
.....
Student A: Kakek neneknya udah meninggal belum?
Student B: #$%^&*!!!!



Camtu la yang aku ingat. Kejadahnya macam robot habis bateri. Mende same, ayat same, semua dihafal n ikut susunan. Tup2, dapat markah penuh.

Habis je Skill Lab tu, aku lepak r kat tepi2 bangunan. Lepak2. Borak2. Then nampak ulat bulu.




Chet. Ni betul2 ulat bulu kan? Hmm. Xde banyak kaitannya ngan citer aku ni. Juz aku nak amek iktibar dari riwayat hidup sang ulat bulu ni. Time2 die sedang membesar sebagai si pemakan daun, kita suka betul maki hamun die. "Cib** tol la ulat ni. Pokok kaktus aku pun ko nak makan. Nah, rasakan Shieldtox ni!!!". Tu masih ok. Ada gak yang camni, "Aku benci betul la ngan BINATANG ni. Geli shiyal. Ahhh!!!... Benci!!! Benci!!!".

Selepas beberapa ketika sang ulat memanjakan dirinya dengan daun, die lilit badan die jadi kepompong. Still naseb die kurang baik sebab ada orang yang camni, "Hahaha... Mati ko... Bakar ko... Biar ko rasakan neraka dunia ni camne... Hahaha..."----(Astaghfirullah).

Tapi bila sang ulat tu dah jadi rama2 yang colorfull, layanan yang die dapat dari sang manusia ni amat berbeza. Ada yang nak tangkap die, tak tau lah nak wat sup or goreng, sanggup orang tu kejar si rama2 ni, sampai ke hutan belantara, masuk paya keluar paya, masuk semak bersama2, terus x keluar2. Ramai pulak yang nak kat si rama2 tu.

X sedar diri! Dulu time rama2 tu makan daun korang, time dia menggelikan korang, korang maki die, mencarut depan die, langsung xde perasaan malu depan die... Tapi bila die dah jadi rama2, korang usap2 buntut die, korang kejar2 die, korang jadikan die hiasan dinding, korang ajak main dota n korang belanja die makan pizza... Boleh pulak. Ape kejadahnya? Berbulu aku tengok.

Mende?

Tak ada apa yang begitu penting. Juz nak bitaw yang aku dah berbulu dah duk kat jakarta ni. Lusa exam last. Minggu depan shopping week. Ouh. Dah melekit otak aku layan kerenah orang2 tempatan. Aku x sabar nak balik Malaysia. Rindu nak tolong mak aku baling plastik sampah yang warna hitam tu kat dalam tong sampah depan umah aku. Kat sini tak pernah merasa pegang plastik sampah warna hitam tu, sebab kat jakarta ni orang2nya x taw nak gunakan plastik sampah! Macam gampang!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awas, ada Sule!

(Perhatian kepada Mawi, mintak izin jadikan ko sebagai model!)

Kejadahnya. Hari ni hari isnin, ber'pleno' sesuka hati, dari pagi sampai tengah hari. Pagi2 dah bangun awal, lebih awal dari Awok. Hmm. Punya lah aku semangat. Sesampai kat umah Cik Limah, aku pun tunggu die, sambil2 dengar lagu Ramlah Ram feveret mak aku muda2 dulu. Then gerak.

Menaiki angkut 14 ni memang la mencabar keimanan aku. Mana tak nya, kalau dah duduk seat belakang tu, die punya mantul, mak aih, macam gampang! (Tiru ayt orang). Kalau nak dibayangkan, ibarat Cik BM berlari 100x4 lompat berpagar, alamat cam dah keluar la tanda2 awal kiamat. Tu masih boleh sabar. Yang tak tahan sabarnya aku ni, sampai aku keluarkan kata2 carutan tu, bila hati aku berfikir, "Mantul camni punya gampang, boleh pecah dara la shiyal..."

Sampai je kolej, aku serabai2kan rambut aku supaya orang x nampak sangat yang aku ni gaya macam orang rajin belajar. Biasa lah, bukan nak berfesyen, juz nak memenuhi keperluan hati. Masuk 306, duduk tmpat biasa. Bukak balik mp3, sambung dengar lagu Ramlah Ram yang tadi aku x sempat habiskan.

Hmm. Pleno. Teramat ngantuk. 5-6 minit pertama tu boleh la celik sikit. Tu pun sebab ada member sekelompok ni hulur biskut kacang. Time2 ngantuk ni, aku sempat gak toleh kiri kanan, mane taw dosen dok ngendap aku tido, then tangkap gambar aku masukkan kat website melayuboleh, nahas aku. Tak pasal2 nanti orang mara datang minx sain aku.


Ok, sambung citer tido tadi. Aku toleh la kiri. Aku nampak Mawi ni. Sekali imbas cam tengah study. Aku pun biarkan jela. Takkan nak kacau orang tengah study, macam orang x berakhlak! Then, aku sangkut kepala aku kat meja kecik tu, terlelap. Bangun2 je, orang tengah tepuk tangan. Toleh kiri, mawi masih kat posisi yang same. Mak aih! boleh tahan mamat ni study. Giler tergugat aku.

"Wei... wei..." aku kaco die. "Erm..." die reply.

Bapak ah... Rupa2nya, die tengah  _ _ _ _ _ _ _ _ _..... (korang sambung la sendiri ayat tu.)


Nota kaki:
  • Awas.... Sule ada dimana-mana. Prikitiew!
  • Mende ^ sule ni, kalau korang tak taw, korang masuk youtube, korang search 'awas ada sule'.
  • Peace mawi.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabtu yang *****....

(Warning! Posting yang agak panjang. Boleh membuatkan kepala jadi sengal!)

Capik

Capik giler. Tu je la yang aku taw skg nie. Even perut aku dah bunyi cam shiyal, aku still concentrate kat ke'capik'an aku yang sedang menggila ni. Hari Sabtu kali ni memang penuh. Sesak sangat. Banyak aktiviti dilakukan.

Pagi2 je, aku dah dikejutkan dengan panggilan dota. Belum sempat aku nak bukak pintu jamban sebab nak berak, budak2 ni dah ajak, "Wei, dota se'round'...". Aku pun apa lagi, berak dengan cepat, then terus on dota.

DOTA

Habis je dota, berkumpul kat bilik mamat ni, sorang2 bincang pasal dota. Rasa2 aku la, perbincangan dota ni sangat rancak dan mendapat sambutan ramai, berbanding perbincangan main ting2 mase kecik dulu.

Forum agama

Aku pendekkan hari ni, dengan aktiviti malam lak. Si A ni telah membuka suatu forum yang ala2 ke arah keagamaan. Aku dok dengar je, malas nak tunjuk terer, takot diorang panggil aku uztaz zaim laks. Dalam hangat2 forum agama tu, yang aku ingat, dari ape yang aku dengar, cuma 'saint loco', 'imam', 'kiblat' dan perkataan yang sensitif seperti 'sukati aku la!' dan 'memang bodoh'...

Telinga aku makin berasap, dek ustaz 'otai' ni memanjangkan forumnya dengan pelbagai ceritera, sekali dengan lakon layar. Aku ape lagi, pakai baju, amek sikat, then cakap, "otai, jom makan... indomaret..."

Pendekkan lah lagi cerita malam tadi tu, pas aku makan ngan otai, time kayuh honda sepeda merah paan, aku nampak dabell, paan, dan debb, nak pegi klv. Diorang ajak, aku pun follow.

KLV

Kat klv, order canai kosong ngan coca cola. Budak2 ni terus mem'borak'kan diri mereka dengan begitu semangat sekali. Pas dalam sejam, sorang demi seorang blah. Tinggallah aku, dabell, debb ngan amir 'ganteng'. Peh, xboleh belah. Terkeluar lah citer pasal sekolah diorang dlu. 'Perpustakaan', 'saser', 'semasyur', 'ragbi', 'budak lembut', 'rambut', dan macam2 lagi.

Aku diam je, sebab aku taw, sekolah aku tu tak sefeymes mrsm or sbp. Diam punya diam, kitorang pun balik. Btw, canai kosong yg aku order tu aku tak dapat langsung. Cipan tol!

Balik, lepak2 'pes'sing lak. Pastu g main futsal. Capik. Cipan. MJ tu punya la mencapap. Kemana2 sahaja dia membawa 'mata'nya yang baru tu, MEBI semata2 nak mencapap. Orang lain x layan, terus simpan dalam beg.

End of da day. Aku dah mandi. Solat pun dah. And aku sekarang sedang menaip blog yang teramat panjang ni.

Hati...

Even orang nampak aku sungguh enjoy pada hari sabtu kali ni, diorang sebenarnya tak tahu sumting. Aku terasa kosong. Hatiku tak tenang. Hidupku tak sempurna. Aku cuba berfikir sejenak. Apakah salahku? Apa yang aku inginkan ni? Kenapa hatiku terasa kosong?

Oh... Jawapannya senang je. Hari ni berlalu tanpa aku berjumpa kekasih hatiku walau sesaat. YM pun aku off. Aku bukan nak lari dari die. Juz nak belajar, untuk masa depan. Macam mana kalau time KOAS nanti terpisah jauh? Tu masih ok. Macam mana kalau dah keje betul nanti, die shif malam, aku shif pagi? Tu masih ok. Macam mana kalau akan datang, aku or die pergi meninggalkan dunia buat selamanya? Tu yang kurang ok.

Last but not least, aku teramat sungguh rindu kat dia. Hari ini telah membuka kekosongan hidup aku, sebab tiada kehadirannya. Love her. Miss her.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bapak Ah!...

(Sila pronounce frasa di atas dengan slank yg aku biasa guna...'baaaapak ahhh'...terima kasih)

Perhatian!!! Posting kali ni mungkin boleh menyebabkan darah tinggi dan kegagalan otak secara total, kepada sesiapa yang terasa...

Bapak ahh...
- Apsal ramai orang g ukrida pas solat jumaat nih? bukan main rajin diorang...


Bapak ahh...
- Aku nampak si A, A, dan H, bersama teman2nya yang lain, N, H dan A. Apa diorang buat? Remed ye?

Bapak ahh...
- Nampak lagi mamat macho baju tradisional, borak2 dengan teman, A, B dan lain2... Apa kejadahnya? Aku tanya, die jawap. Soalan aku, "remed ke?". Jawapan die, "tak la".

Bapak ahh...
- Aku mundar-mandir kat tingkat tiga tu, terpikir plak. Mana pergi muka2 'biasa'? Apsal ramai muka2 yang 'tak biasa'?

Bapak ahh...
- Aku bersama Jo pergi kat sorang teman ni. Die tanya sumting. Kami jawap sumting gak. Soalan die, "korang ni remed ke?". Kami jawap (dengan selamba), "eh, kami nak hantar kunci.".

Bapak ahh...
- Exam yang ni mmg susah, ptut r diorang remed. Tapi kenapa semalam still ada orang remed?

Bapak ahh...
- Ada gak orang2 bajet star datang petang ni, siap duduk bawah kipas, kertas ditangan dan mulut kumat-kamit. Bajet kalau baca boleh dapat A lah nanti. Ey brader, ko betul semua pun, dapat C gak. Baik ko lepak ngan aku, dengar lagu Taylor Swift.

Bapak ahh...
- Tak tahan aku tadi. Nak gelak pun ader. Dulu bukan main poyo. Aku g remed, die gelakkan. Tapi sekarang, ko remed, KAMI gelakkan. Baru adil. Same2 kne gelak.

Bapak ahh...
- Masih x terasa lagi ke? Xpe2... Layan gambar bawah ni. Bukan aku yang amek. Juz tadi time aku bukak google, aku taip 'REMED', aku search gambar, dapat la gambar2 bawah ni. Bukan nak menghina, bukan nak malukan, bukan nak mencapub, bukan nak carik gadoh. Just nak gelak2 je. Haha.

Si penangkap foto kate, die g ukrida ni macam micheal jackson. Stylo beb!


Kejadahnya. Bace depan WC. Betul2 capub!


Peh... dah macam orang U.K. ni. Sip!!

Nota kaki: -
  • Kalau ada yg terasa, sori ye.
  • Kepada Micheal Jackson, sudah2 la mencapub! Pompan x pandang ko doe.
  • Kepada oma, memang ko patut berlakon citer 'New Moon' la.. kompem gadis2 UKRIDA ni jerit2, "Edward Cullen!!!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips: Nasi Goreng Kambing

Berdasarkan posting aku sebelum ni, aku ada cakap pasal 'nasi goreng kambing' kan? So, aku berminat nak publish cara2 nak masak nasi goreng kambing tu.

Bahan-bahan
1 pinggan nasi yang sudah masak
3 ulas bawang putih, tumbuk sampai 1/2 hancur
2 biji bawang kecik, hiris sampai cantik
minyak masak letak dalam botol air mineral, 2-3 picit
hirisan kambing yang dicucuk macam sate (memang sate pon)
sup kambing
ajinomoto
garam
tempurung kelapa yang diikat dengan kayu panjang,
arang, tripod stand
kuali
kipas kecik

Cara2 masak
1. Bakar arang tu, then kipaskan dengan kipas kecik. Letak tripod stand.
2. Pas arang dah terbakar, letak kuali tu atas tripod stand. Masukkan minyak 2-3 picit.
3. Masukkan semua bawang2 yang dah ditumbuk ngan dihiris tu. Eh lupa, masukkan cili/lada/cabai yang dilenyek ye.
4. Gunakan tempurung kelapa yang dah diikat dengan kayu panjang tu sebagai sudip korang.
5. Masukkan ajinomoto 4 sudu kecik, garam 1 setengah sudu kecik.
6. Tunggu sampai kuali berasap, then masukkan daging kambing, selang berasap lagi, masukkan sup kambing 1/2 cawan kopi.
7. Tutup. Selang sampai penutup tu 'melompat2', then abru masukkan nasi. Letak kicap pekat Bango dengan hayunan yang tinggi.
8. Kacau punya kacau. Sampa lagi sekali agak berasap, terus angkat kuali.
9. Hidangkan.



nota kaki: 
  • jangan lupa pasangkan kipas kecik tu kat sumber elektrik.
  • arang tu guna 1 gayung je cukup.
  • time kacau2 nasi, tangan kiri mesti memegang apa2 tiang yang terdekat.
  • kuali mesti diletakkan 50 cm bawah paras abdomen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Check... Check... Customer!!!

Pada hari semalam, aku chat ngan abg aku, pasal company die, n of course, aku ni marketing executive utk company tu. Pas abg aku wat interior design kat sorang customer ni, yang kalau korang nak taw, customer ni contact web company, (ikon-impian-decoration) nak soh wat design. Soh, mase ang aku g usha2 umah mamat tu, barulah die taw, yang mamat tu is seorang doktor.

So, diorang g la berborak2 kosong, abg aku cakap la yang wat website tu adik die (aku), belaja medik kat ukrida.

2, 3 hari pastu, time abg aku nak g ukur umah si doktor tu, dia ditegur oleh sang doktor, "Saya dah check dah, Ukrida tu MASIH diiktiraf MMC."



Haa??? Cuba korang fahamkan balik ayat si doktor tu. "Masih diiktiraf.". Means??? Means mebi ukrida ni akn datang tak diiktiraf ke? Atau ada pihak yang dah bosan dengan rungutan sang pengembara kat Ukrida ni? Or aku je yang salah tafsir?

Ahh... ape2 hal pun, makan nasi goreng kambing ngan hirup air kelapa ais mase panas2 ni lagi keren, daripada aku dok fikir mende yang x boleh bagi aku income.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REMED cintakan aku.

Tadi pas exam biochem blok 4, makan2 kat kantin, pastu chow gi puri. Semangat gler. Gara2 nak tgk wayang. Padahal kat kepala otak ni dok kemaruk fikir pasal remed.

Wahai sang remed, kenapa ko suka sangat kat aku? Hensem sangat ke aku ni sampai ko tergila2kan kat aku, wahai sang remed? Aku x mengerti lah. Kenapa mesti aku?

Diorang g kelas, aku g jugak. Diorang makan kat kantin, aku makan kat warteg. Diorang kencing berdiri, aku x. Diorang tgk blue, aku tegur habis-habisan. Tapi kenapa? Kenapa sang remed suka menempel dalam hidup aku skg ni? Ahh... nak cari jawapan watpe. Dah aku ni diminati dia. Syukur jela.

Ape2 hal pun, citer 'From Paris With Love' memang sempoi habis. Leg's thumbs up. And akuharap sangat filem Harold and Kumar 3 ni, kuar cepat2.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Reblogged: Travel Guide to Bandung


Ni aku reblog dari tumblr aku. Sebab ada orang mebi nak g bandung cuti sem nanti. Ni just minimum requirement yang aku guna untuk sampai ke sana. Yang korang kena betul2 taw juz 1 bende je… Ape tempat menarik yang korang nak g kat sane…
  1. Nak naik Bandung, aku naik Cipaganti Shuttle. Tiket cuma rp 75 000. Naik bas yang chumel. (kalau nak dapat seat yang paling selesa, amek seat num 1, yaitu yang paling depan. Sejuk. Seat tu luasnya utk 2 orang.) Kitorang bertolak jam 9 30 pagi.
  2. Kat Bandung tu, bas cipaganti akan turunkan korang kat Jalan Cihampelas. Kat sebelah tempat bas tu berhenti, ada medan makan yang teramat syok. Makanan die murah2. Average nasi goreng/bakar/gudeg just rp 13 000++. Air cendol baru rp 6 500.
  3. Kat Jalan Cihampelas tu ada la baju2 murah. Cam baju ‘I Love Bandung’. Average cuma rp 20 000. Ada gak souvenier yang dijual secara langsung (penjual datang kat korang time korang makan2). Contohnya, cam replika panah 100 x 40 cm tu, si penjual mula2 letak rp 50 000. Korang kena la wat2 bodo even korang berminat. Then si mamat penjual tu akan turunkan harga sikit2. Last2, kitorang pernah di offer rp 8 000 untuk set panah replika tu. Hahaha…
  4. Pas penat usha2 barang kat Jl Cihampelas tu, korang kena lah cari hotel2 murah. Kat Cihampelas tu ada kot hotel murah, juz kitorang ter-miss pandang la. Kitorang naik teksi wira, ckp nak cari hotel murah. Tup2, sampai kat Hotel Gurame.
  5. Hotel Gurame. Executive Room. 2 single bed. A/c. TV. 1 almari. 1 meja kopi. 2 kerusi kopi. Langsir yang menarik. Breakfast (sejenis makanan tempatan. Nasi warne kuning + rendang). Cuma rp 185 000 untuk 1 malam. Boleh duduk untuk 3 org. (korang jangan amek bilik 210 sebab shower die rosak. Hahaha)
  6. Pas check-in, kitorang gerak gi Rumah Mode. Naik angkut, nak jimat punya pasal. Last2, sesat kat Paris Van Java. Tanya si supir yang lepak2 kat situ, Rumah Mode, diorang tunjuk. Ayat last dari diorang, “lemayan tuh kalau jalan”.
  7. Rumah Mode. Branded pny pakaian. Rambang mata + mata keranjang kalau dok lame2 kat situ. Harga baju rp 50 000 - rp 125 000. Hugo, Ralph Lauren, Burberry, Adidas, and more. Balik dari rumah mode, naik teksi (rp 40 000), plus cadangan tempat pijat2 badan (urut badan). Menurut pak teksi tu, ada 2 jenis tempat pijat, satu yang positip (urut2 yang cemerlangkan rasa badan), lagi satu yang negatip (urut2 + sex = bertempat di Braga).
  8. Yang kat atas tu juz hari pertama. Hari kedua, kitorang bercuti ngan bantuan Pak Arif, seorang pengusaha pelancongan persendirian. 1 hari bersama Pak Arif, cuma rp 400 000, cakap je nak gi mane2 kat bandung, kereta Daihatsu Gran Max die boleh muat 7-8 orang.
  9. Pagi kitorang gi Kawah Putih (strauberi 1 bekas rp 10 000). Masuk sorang rp 13 000. Turun dari Kawah Putih, kitorang mandi manda kat kolam air panas (45 celcius ++), kena bayar, tapi aku lupa berapa sen rupiah.
  10. Turun dari kolam air panas tu, kitorang dibawa ke Pasar Besar, kat Braga. Pasar Besar ni cam Tanah Abang n Pasar Pagi Mangga Dua. Ada macam2 benda. Cam Hazim, die ada beli tikar, yang dikatakannya teramat cantik, berharga rp 300 000++.
  11. Pas pasar besar, kitorang gi Toko Tiga, kat Jalan Dago. Tempat jeans yang branded. Ada gak baju Hard Rock Cafe yang cool2 belaka.
  12. Penat shopping kat toko tiga, kitorang teruskan ke toko Perfume. Harga untuk 100 ml spray perfume juz rp 95 000. Kalau untuk 150 ml perfume (yang x campur alkohol) cuma rp 280 000. Seriusly, bau die tahan lame. Tempat tu kat Jalan Dago gak.
  13. Malam tu kitorang menginap kat rumah tumpangan TNI (Tentara Nasional Indonesia). 1 malam, kalau x silap aku, cuma rp 350 000. Katil ada 5, bilik air besar cipan, dapat sarapan, n dapat tgk askar indo yang beruniform.
  14. Malam n pagi esknya kitorang shopping kat satu tempat ni, semua streetwear yang ori, cam Vagard, Streetwear, BlackLabel, n banyak lagi.
  15. Nak balik, kitorang naik Agro Gede punya train, business class, cuma rp 60 000.
  16. Sampai stesen gambir kat jakarta, korang jangan kena tipu ngan teksi. Ada teksi main tibai rp 80 000 sampai tj duren.


Cipaganti shuttle bus.

Rumah Mode.


Jalan Cihampelas.

p/s-
- korang bawak la duit minimum rp 1 200 000 untuk menikmati percutian ke bandung. 1.2 juta tu lebih dari cukup la. Boleh shopping agak2 dua helai tshirt kat Rumah Mode, 3 helai baju kat Jl Cihampelas, sehelai seluar jeans levis kat Toko tiga, 1 botol perfume, n makan malam mc donald + kfc utk dua malam.
- jangan kena tipu dah la.
- kat bandung tu x sejuk sangat, melainkan kat kawah putih.
-kalau nak g bandung, contact2 la senior ke, dak2 yang dah pegi ke, cari info.
-yang penting, korang enjoy… (kalau janji kul 2.30 ptg, jangan bangun lambat… ni pesana utk dabell..)
Sekian…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kayu jati

Malam tadi mase lepak2 depan tv, sambil tengok citer home alone, bapak tukang kayu umah stroberi ni datang dengan mengangkat katil sorang2. Then aku pun tolong seikhlas yang mungkin. Pas beberapa ketika, berlaku konversasi antara mbak ngan aku.

Mbak: Katil ini pake kayu jati dong, lebih kuat...
Aku: Beneran sich??
Mbak: Iya-iya lah. Kayu jati.
Aku: Terus, yang lain2nya gimana? pake kayu apaan?
Mbak: Kayu Korek!

Tak faham? haha. no problem. biar aku translate.

Mbak: Katil ni dibuat guna kayu jati doe, kuar gler...
Aku: Biar betul??
Mbak: Betul doe, kayu jati.
Aku: So, katil yang len tu, kayu ape pulak?
Mbak: Kayu MANCIS!


[][][][][][][][][][]




Malam tu, ada beberapa pertanyaan menerjah ruang fikiranku. Kenapakah cuma dia yang dapat? Apsal katil aku pakai kayu mancis, katil dia tu pakai kayu jati? Mana perginya keadilan dunia???

BTW, yang dapat katil yang diperbuat oleh kayu jati tu is DABELL. Mebi mbak pikir si dabel ni badan batu, bagi katil yang dah modified tiang2nya dengan kemasan besi pun x dapat nak tampung, kaki asyik patah. Tapi, puas hati sebab kalau nak main pes, xde dah bunyi2 katil yang bikin aku panas... "Nyeeett...nyeett..."

Ni lah rupa kaki katil 'kayu jati' tu.






Peringatan, lelaki yang di atas ini adalah model jemputan. Sedang 'berlakon' main DOTA.


Hex until Perfect.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Datuk K Jual Sate

Malam tadi, setelah datang angin kebosanan, aku jadi xtaw nak wat ape... Nak makan ape pun aku xtaw... So, pikir punya pikir, dapat idea... Nak makan sate r...

Aku: Weh, makan sate r malam ni.
Paan: Sate? Nanti r.. (Paan sedang concentrate main PES -game bola-, langsung xde mase nak layan aku)
Aku: Sate ape best r?
Paan: (Letak gamepad, toleh memandang aku dengan seribu perasaan). Siot r... Kan dah bolos!!!
Aku: Jom r!
Paan: Ok!
Aku: (terus pelik)

Sebelum pergi dah tanya, nak g beli sate kat mane, Paan cakap dekat2 tomang. Ye r, ikut jela.

Sampai je tempat sate tu, kitorang terus order sate ayam 50 cucuk, nasi 2, ngan pau ayam 1. Lepak2 jap. Sambil aku tunggu, aku usha2 r warung sate tu. Ternyata, menarik gak!





Pak kumis? Haha. Seriusly. Bapak pembakar sate tu ada kumis cam Datuk K!

Nota kaki:-

-       Dalam pas 5 minit aku ngan paan sental si sate tu, emi plak kuar. Semata2 nak beli sate. Die balik, bawak 10 cucuk.
-       Mase lepak2 depan tv, pas 2 jam kitorang makan, emi cakap kat awok, "wok, belikan sate!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Layout baru

Memandangkan aku lambat sket dari Alma, tapi plan tukar layout ni, aku dah ada lama.
Finally, layout baru blog aku ni. Bagi aku, agak simple n cool.
Dah xde iklan2 ni. Senang untuk navigate. Tak ada disturbance.




Korang klik je menu kat atas tu kalau nak navigate blog aku. Muahahaha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ekspresi emosi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…
Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Camni la emosi aku aku sekarang ni. Teriakan sang pelajar, yang terhimpit dengan pelbagai dugaan, cabaran dan macam2 lagi. ..

Muka tengah serabut...

Selamat tinggal realiti... Aku mau terbang ke alam fantasi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Vermak

Tadi balik dari kolej, naik basikal, then terjumpa sorang mamat ni, naik basikal... Haha... Multi functional punya basikal ni, dah macam mcgyver dah aku tengok. Ni bukan lah kali pertama aku tgk mamat ni n sekutu2 nya berlegar-legar kat tj duren, dah banyak kali, juz kali ni, ada function sket ngan die...



Hurm, beg aku koyak, macam nak tebarai dah. Kalau tengok dari depan, xnampak, sebab korang akan ternampak aku. Tengok dari tepi, dah macam roti prata. Kalau ujan, jadi roti prata 'banjir'... Camtu la...

Mamat ni teror gak r. Agak kompleks jugak tengok die jahit beg POLO aku... gunting sane, cucuk sini, gerak2 kaki, then gunting lagi. Mak aih, x sampai 5 minit, dah siap. Aku tny berapa, die jawap, "gopeng"... Oh man... murah gler... Aku pun dengan selamba hulur rp 10 000, then aku cakap, "kembaliannya disimpan ya, doakan saya tak remed subyek embrio sama kimia..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS