RSS

Tukar skin/template facebook korang...

Adakah korang bosan ngan layout kat facebook korang?
Adakah korang bosan bila tengok warna2 kat facebook korang yang biru n putih tu????
Adakah korang ada masa 2 minit untuk bace posting ni?


Silakan baca wahai teman2. Posting kali ni beza sikit dari posting aku sebelum2 ni, sebab yang ni aku tunjukkan trik n tips nak bagi facebook korang nampak stylish n lawa. Aku yang menulis posting ni pun kurang berminat nak tukar2 style facebook aku, sebab blog aku pun macam facebook. Tapi aku penah try, n ia teramatlah menjadi.

Wahai teman2 ku, korang try la trik n tip ni kat laptop/netbook/komputer korang je.  Senang sikit. Hahaha.
1.     Sambungkan internet kat laptop/netbook/komputer korang. Yela, kalau xde internet, camne nak bukak fb kan3?... )
     2.  Guna browser mozilla firefox. trik yang ni perlukan Firefox Addon ... Kalau xde lagi mozilla firefox, klik sini ...
     3.  Pas buka firefox, klik disini ( atau copy paste  url nya :  https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/2108 )
     4.  Korang akan nampak page Stylish 0.5.9 , then korang kena klik button Add To Firefox, then klik InstallNow
     5.  Pas habis install, die mebi akan mintak restart browsers firefox korang. Ape lagi, ikut jela. Tutup browser firefox korang, then bukak balik.
     6.  Next step, klik sini  (sebelum korang klik, korang kena la login dulu akaun facebook korang.)
     7.  Pas tu, korang pilih la style feveret korang. 4 ur info, x sume style ada screenshot, so, rajin2 la korang try satu2. Hahaha.
     8.  Pas penat pilih style,untuk aktifkan style tu, korang klik button  Load Into Stylish, dan pilih save.
     9.  Dengan segala hormatnya, korang dipersilakan tengok page facebook korang. Ahaks.
     10. Kalau nak uruskan korang punya style,korang tengok kat bahagian paling kanan bawah browser korang, ada ikon cam kertas. Klik ikon tu, and pilih Manage Style.

Contoh skin yang ada:


klik gambar di atas untuk TUMBESARAN gambar yang cemerlang


Cukup lah sudah aku punya tips kali ni. Penghargaan kepada laptop aku sebab x meragam time aku wat research pasal mende ni. Hahaha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berbudi Bahasa...

Kali ni aku nak sampaikan perkara yang agak mulia sikit dari biasa. Untuk makluman korang, aku ni sememangnya seorang lelaki yang berbudi bahasa. Yelah, kalau orang berbudi, kita kena lah berBAHASA. Tak kira bahasa apa pun, pujian or makian, perlulah kita berBAHASA setelah orang berbudi.

Camni, tadi aku g makan ngan Cik Limah kat dorongan biase la. Kitorang dah order. Tunggu. Pakcik tu masakkan untuk orang lain dulu. Yela, kena tunggu antrian. Mase tunggu tu, aku suka la tengok ape yg berlaku kat sekeliling. Aku ngan Cik Limah pun perhatikan fenomena sekeliling (sambil kitorang borak2 pasal masa depan)...

Cik Limah ada nampak sumting yang -berbudi bahasa-. Aku pun join tgk..>>> Pakcik gorengan tu nak amek air kat umah seberang jalan, sambil 2 baldi dipegangnya. Pas melintas je, die g bukak pintu pagar. 2 buah baldi diletakkan di bawah kepala paip, n paip dibuka. Then... Pakcik tadi keluar dari kawasan umah tu, menuju ke pagar, n keluar. Die tutup pintu pagar tersebut. Matanya masih lagi tajam melihat air yang mencurah2 memenuhi baldi tadi. Agak2 baldi tu nak penuh je, die bukak pintu pagar, n die tukar baldi. Baldi yg dah penuh ngan air tu di bawa pulang ke dorongan nya.

Pas letak baldi berisi air tu kat tepi dorongan kesayangannya, die pun g melintas jalan, menuju ke rumah tadi untuk mengambil baldi lagi 1. Tapi, sampai je kat pagar, pakcik tu stop, die x masuk, tapi die tunggu baldi tu penuh ngan air, kat luar pagar baru die amek. 4 ur info, time tunggu air penuh, posture bdn pakcik tadi amat hensem,... Berdiri ngan selamba, kepala ditunduk kebawah 20 darjah, memegang kedua2 belah tangan yang disandarkan kat pangkal pehanya n bermain2 mata ngan kakinya sendiri...

Aku ngan Cik Limah punya la entertainment. Syok... Ayat last yang aku lontarkan kat Cik Limah dengan bersungguh2 setelah melihat pakcik tadi adalah....



BERBUDI BAHASA!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Executive Musolla...

Baru balik dari Senayan City Mall. grand. ramai orang. amat sesak. xpe. aku xkesah. janji rock.

Nak citer sikit, pasal musolla a.k.a. surau yg kat mall ni la. Kalau tgk kat sainboard, musolla kat sni namenye Executive Musolla. Sebab ape name die jd exekutif ni, Wallahualam aku pun x taw. Mebi suasana kat musolla ni kowt. Cam biase la, waktu2 kuar jalan2 ngan Cik Limah, akan terjangkau at least 1 waktu solat. Xsah kalau x camtu. Almaklumlah, aku ni jenis yang suka mengunjungi tempat2 yang syok lame2, tambahan pula, habit aku suka mengimarahkan surau or masjid yang ada kat mall2 sekitar jakarta ni.

Kebiasaannya, setelah usai mengerjakan ibadah ni, aku kena la tunggu cik limah. bukannya aku tunggu die sebab aku semayang laju cam roket, yang korang semua taw, semayang roket ni biase dipraktiskan zaman2 sekolah dulu. aku siap cepat sebab aku x perlu la lipat telekung, adjust tudung n makeup tebal2 bia tutup jerawat ni, aku lelaki, teramat simple. terus g capai kasut, n tunggu...

Time2 tunggu cik limah ni, ada la beberapa fenomena alam yang boleh dikatakan agak kurang menjangkau kesadaran umum umat manusia la...


  1. "Kalau masa solat itu, di ikutin, diam2 aja, gak perlu goyang2. mau jadi setan ka apa? solat kena khusyuk!!"- nasihat si bapa  kepada anaknya yang x khusyuk...  yang menarik perhatian mata hati aku, juz gaya bapak kepada budak kecik tu. tshirt hitam ala2 black metal, seluar jeans ada koyak kat lutut, cincin besar tahap cipan kat jari hantu tgn kanan, n rambut ala2 edgar davids!
  2. Sorang cewek bertudung biru yang tutup dada, jubah panjang bersulamkan bunga, berstokin n berkasut tutup. cara jalan ada ala2 wardina sikit, suara selembut amy mastura.... yang menarik perhatian mata hati aku, balak die ni... -yang aku kompem sangat sebab diorang ada bergesel2 telapak tangan, n ada gak terdengar diorang memanggil kalimat 'sayang'- balak kepada 'minah sopan sangat' ni,  simple. tshirt putih kosong, tanpa lengan, seluar pendek bawah lutut, ngan tatoo sebesar anak ikan yu, kat tangan kiri die!
By the way, aku respek r kat mamat tatoo tu, sebab die boleh cairkan hati si 'minah sopan sangat' ni. tapi bagi aku, x sesuai aku gelarkan minah tu, 'minah sopan sangat'... lagi sesuai aku gelarkan 'minah tudung' je...

Pesanan aku untuk semua, jangan buta mata, jangan jugak buta hati!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Luahan hati sang pria idaman...

Hari ni memang bahagia. Aku dapat makan asam pedas. Even asam pedas tu bukan mak aku yang masak (which is asam pedas paling syok n soodap), aku teramatlah besyukur sangat. Pagi2 aku dah semangat g pasar ngan Cik Limah. Ikan kembung, cili blend, segala jenis bawang, sayur kangkong, dan tempe kami beli. Yang xde cuma daun kesum, bunga kantan, n daun limau purut. xpe. time tu aku cari alternatif lain,... belimbing buluh...



Tunggu punya tunggu, akhirnya asam pedas ngan sayur kangkung siap dimasak. Aku pun makan.


Time2 tengah makan tu, ada lah satu kenangan silam menyapa aku....


+++++


Jam dah kul 1. 45 tgh hr. Aku baru balik sekolah ngan bapak aku. "Assalamualaikummm...." Masuk2 je rumah, terus aku cari mak aku, aku tanya die (soalan wajib), "mama hari ni masak ape?". "Hari ni mama masak asam pedas... wooo... sodap2..." mak aku reply. Pas tanya tu baru aku salam die (memang aku anak mithali).




Aku cedok nasik, penoh satu pinggan. Aku g kat kuali, amek ikan sekor, tuang sikit kuah asam pedas tu atas nasik sikit. Pinggan tadi aku letak kat meja makan. Aku g dapur balik, amek mangkuk, penuhkan mangkuk tu ngan kuah asam pedas tadi. Aku duduk. Tadah tangan, bace doa....


"Bismillah.....bla3...bla3...amin..."


Aku hirup dulu kuah asam tu... 2 3 sudu gak la... baru aku makan.... mase makan, aku ada dengar azan... tapi aku still makan. makan n makan. habis kuah semangkuk, aku tambah lagi. amek kat periuk.


Makan kena sorang2...xnak kongsi...asam pedas punya pasal..sanggup gadoh...n kalau makan asam pedas, xsuka makan dpn tv, xconcentrate nnt...hahaha...


Habis makan je, lepak jap... tunggu nasi turun... main2 ngan tulang ikan kembung jap... borak2 ngan wani, adik sindrom down aku, borak2 gosip panas...huhuhu...


+++++


cam tu la... aku teringat balek... mase aku makan asam pedas tadi... by the way, asam pedas ngan sayur kangkung tu, Cik Limah yang masak. huhu.. rasa die boleh tahan la. x sakit perut. sodap la jugak. tp still kena berguru ngan mak aku lar...


Kepada Cik Limah, thanks ye sebab masakkan untuk pria idaman kamu ni. dah 4 hari straight saya makan masakan awak..huhu...


Thanks sume!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebosanan tahap Power Rangers warna merah!!!


hahaha...
ni lah muka2 PUAS mase gi bandung...
mmg PUAS doe...
ahhh....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

western union...

tadi pergi western union... punyalah la diri ini bersabar. kalau ikutkan hati muda aku yg suci ni, nak je aku lemparkan kata2 maki. tapi aku x macam tu. aku ni penyabar sangat.

kenapa?hmmm... punyalah duduk indun ni menguji tahap kesabaran wallet aku... eh, wallet org len gak... bukan ape.. kat malaysia xde la camni... kat malaysia len sikit..

kalau kat malaysia, nak hantar duit gne western union, charge die cuma rm 11 je... kat indon ni, mak aii, charge rp 112 000... seriously... what were they thinkin?!! kalau lah ekonomi kat indon ni sangat la kurang enak, xpayah la nak amek kesempatan...

aku bengang

tapi kesabaran aku dapat mengatasi kebengangan aku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Best+Gilak=Bandung

Percutian kali ini telah membuatkan aku berlima terjerumus di dalam kancah kegilaan apabila aku sedar dengan sepenuh kesadaran, aku berjaya menakluki daerah Bandung. Dengan bermodalkan wang minimum rp 1juta, plan yang ala kadar, jadual yang longgar dan pakaian 1 beg sekolah, aku berjaya mencapai kePUASan yang maksima disamping kebahagiaan yang tak terhingga.

Aku nak terlebih dahulu minx sorry sebab aku tak dapat lah nak tulis semua kePUASan yang kitorang rasakan sepanjang 3 hari 2 malam kat Bandung ni.Terima kasih banyak2 lah kamu ucapkan kepada semua member2 ukrida kami, mahupun pakcik gorengan atau makcik pecel lele, sebab tak menghalang kitorang daripada pergi bercuti ke Bandung.

Dalam blog ini, cuma nak sampaikan kat korang beberapa perkara yang mungkin dapat membantu korang melebarkan bibir korang dengan senyuman, tak kira lah best ke tidak citer ni, tapi bagi aku, ianya teramat cool cam lepak kat kedai mamak tengok bola sambil orang belanja teh tarik...

Kegilaan >>>>>>

  • "Bandung? Dingin tuh, Sejuk." Wallawey... aku yang baik camni pun boleh kne tipu. kat bandar die x la sejuk. xpasal2 kitorang nyanyi lagu makian ramai2...

  • Punya la nak cari hotel murah. Ada 1 hotel ni. Mmg murah gaban r. Tapi... hahaha... House of Wax... seram nak mampush.

  • Aku makan NASI GORENG BUNTUT!

  • N.K.B. (Naseb Kurang Baek)... terjumpa sorang mamat ni jalan2 kat tepi jalan raya, x pakai baju langsung. dalam hati aku respek gak kat mamat ni sebab ada keberanian nk wat camtu, tapi kat mulut cakap, "Orang Gilak!!!"

  • lepak kedai baju berjam2, cuba baju sampai 9-10 helai, beli juz sehelai je... alasan?... x cukup masa nak pilih lg... hahaha...

Malas la weh nak tulis panjang2... Salam... hahaha...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah kesesatan kawan-kawan kita...

"Cerita ini adalah bukan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan makhluk yang sudah hidup atau pun mati..."

Dikisahkan dari seorang teman yang hanya mahu dikenali sebagai Bill (bukan nama sebenar), seorang jejaka yang teramat kacak dan macho, berasal dari utara KL  kepada penulis (yang memang hensem), untuk kebahagiaan teman-temannya, Yeos, jejaka juga, tetapi romantik orangnya sebab suka menonton drama-drama Korea, Raosyam, seorang mahasiswa Fak Kedokteran yang punya badan yang berketak-ketak dan otot "six pack" yang teramat sempurna, dan juga Pinpin, seorang lelaki, kurus, tinggi, dan amat meminati mawi sehinggakan punyai gaya rambut yang sama dengan artis pujaan hatinya itu. Ceritanya bermula ketika penulis sedang asyik masyuk melayan sinetron Angel's Diary di stesen televisyen tempatan.

Penulis : Peh, kacaknya pemuda yang berlakon di dalam sinetron ini. Sudah pasti BM terkesima melihatnya dan amat tergila-gilakan kekacakan dan ketampanan wajah pemuda itu.

Bill : Ko pehal ni? Teramatlah syahdu bahasa yang ko guna. Boleh retak doe dinding umah stroberi ni. Hahaha.

Raosyam : Biarlah dengan si Penulis tu, otak die dah memang telebih skru kot. (Raosyam pun beredar dari situ dengan tangannya kanannya menggosok-gosok six pack di perut)

Penulis : Aku bukan apa, ni lah kesannya kalau makan pecel lele secara berlebihan. Haha.

Bill pun tergelak sedikit je. Selang 25 saat pas tu, si Yeos ngan Pinpin keluar dari bilik mereka secara serentak dan terus menuju ke parkir sepeda sambil memberi isyarat tangan (yang teramat kompleks), juga secara serentak kepada Bill dan Raosyam supaya follow diorang kuar.

Penulis : Weh, korang ni nak gi mane ni ramai2? Gi taklim ke?

Yeos : Dok ah. Kitorang nak gi makan ni. Ko nak follow tak?

Penulis : Malas doe nak gerak punggung. Pas ni ada bola la, nak nengok.

Yeos, Bill, Pinpin, Raosyam : Ok!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau tak silap penulis lah, dalam sejam selepas itu, pulanglah keempat-empat teruna tadi, dikepalai oleh Bill. Dengan keadaan fizikal mereka yang agak berpeluh, juga ada tompok-tompok kebasahan di ketiak mereka, Penulis pun menjadi bingung yang teramat. Maka, Penulis dengan pantas dan tuntas ingin mengetahui sebab musabab keempat-empat temannya jadi sedimikian basah.

Penulis : Pesal berpeluh? Korang g makan katne?

Bill : Hahaha. Makan kat Playtinum CEY ELL. Syok doe.

Penulis : Pelik la shyial, aku ingat korang g makan kat pakcik dorongan nasi goreng "menari" tu.

Bill : X ar. Sebenarnya kitorang takde niat pun nak makan kat situ. Ko nak taw tak camne boleh sampai kat CEY ELL?

Penulis : Haa. Camne?

Bill : Begini ceritanya...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, budak-budak empat orang tu nak pergi makan kat dorongan Sate Amir. Tempat tu adalah cadangan Bill. Dikatakan sate kat situ punyai rasa yang amat lazat dan berkhasiat, lagi-lagi die punya ketupat. Penulis sendiri telah merasakan sendiri kelazatan sate Amir tu sehingga dia sanggup melabur untuk makan sate Amir itu. Tambahan pula, sate Amir dibuat menggunakan teknologi yang terkini yakni teknologi dari German, dan ditambah dengan aroma Sampoerna Hijau "Nggak ada loe nggak rame..." yang sungguh merdu dan berkrim tinggi. Dikatakan, Pemilik dorongan sate Amir memang mantap dalam bidang IPTEK semasa di sekolah dulu.


Bukti kukuh bahawa sate Amir tu wujud!


Kecanggihan dorongan sate Amir

Mereka pun kayuh basikal mereka bersungguh-sungguh dengan harapan dapat ketemu dengan dorongan sate Amir yang diidamkan oleh perut mereka. Akan tetapi, selepas dalam 3 minit setengah mengayuh, mereka tidak ketemu dengan dorongan sate Amir. Yoes yang mempunyai tembolok perut yang amat besar, merasakan bahawa dorongan sate Amir itu hanyalah ilusi Bill sahaja (hobi Bill adalah berangan-angan sambil meniarap depan laptop). Dengan kata carutan tersemat di dada, dan kelajuan basikalnya diperlahankan, Yeos pun mengeluarkan kata-kata yang sopan lagi santun kepada Pinpin. (Sopan dulu, pastu ada niat nak mencarut).

Yeos : Mane dorongan tu... Dah lame dah kayuh beskal ni, tak jumpa-jumpa pon dorongan tu. Shyial laa. (kan dah mencarut).

Pinpin : Tah ler. Aku mane la nak taw kat mane dorongan tu.

Bill : Weh, aku rase, kita kayuh beskal ni laju sangat kot, n mebi kita dah terlepas dorongan tu. Tu lah ko, aku ada cakap dulu, kelajuan maksima kat sini cuma 60 km/j jer. Yang ko speed habis watpe? Kan dah terlepas sate Amir pujaan hatiku.

Yeos : Hek eleh. Tak pasal-pasal aku yang kena. So, kita nak makan katne ni?

Pinpin : Haah la, nak makan katne?

Raosyam : Mane-mane je. Asalkan halal la.

Bill : Kita g pasar malam yang dekat-dekat ngan CEY ELL nak?

Pinpin : Ok gak tu.

Yeos : Aku ikut je. Lagipun perut aku ni dah nyanyi lagu Geisha dah.

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka mencari makanan. Lokasi seterusnya adalah pasar malam CEY ELL. (Sori la, Penulis langsung tak tau kewujudan pasar malam ni, so, tak ley describe lebih-lebih).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mereka pun... (Blogspot had to delete this section of the story because it was really-really boring)...dan makan di CEY ELL.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Balik kepada situasi dan kondisi di rumah stroberi...

Penulis : Laa, korang ni memang dah tak de keje doe. Pelik-pelik jer.

Bill : Tu lah pasal. Rancang-rancang nak makan sate Amir je, terlepas, then ada niat nak gi pasar malam. Boleh pulak kitorang sesat tak jumpa pasar malam tu. Yang kitorang jumpa tu cuma CEY ELL jer. Tersergam indah kat depan kitorang tadi.

Penulis : Basikal korang parking kat mane? Bawah ke? Or korang bawak masuk CEY ELL tuh?

Bill : Kitorang parking kat tempat letak motor. Nak taw sumting tak?

Penulis : Hmm...

Bill : Ko nak taw tak?!!! Ni lawak giler ni!!!

Penulis : Hmm...Nak...

Bill : Kitorang masuk ikut pintu masuk yang kat depan tu. Then nak balik, kitorang keluar ikut pintu masuk yang kat depan tu. Pintu masuk tu pintu depan doe. Hahahahahahahaha.

Bill pun ketawa sendirian dengan terbahak-bahak atau dengan erti kata lain, ketawa termehek-mehek. Boleh dikatakan adegan ketawa oleh Bill tu agak lama, kurang lebih 45 saat. Selepas itu, suasana menjadi sunyi sepi, senyap, tiada bunyi, even artis-artis sinetron kat tv (seperti Nia Ramadhani) pun men"join" budak-budak umah stroberi tu jadi senyap. Senyap giler. Tak terkata. Selepas beberapa ketika yang teramat sangatlah sepi, Bill pun dengan berani membuka mulut, dengan harapan ke"malu"an nya terhadap lawak gilernya dia tadi (yang tak dapat perhatian) dapat ditutup, sekaligus mengembalikan maruahnya sebagai seorang lelaki yang hensem dan macho.

Bill : Konklusinya, kitorang makan kat Playtinum.

Penulis : Tak habis-habis Platinum.

Pinpin : Syok doe. (Dengan harapan dapat mendapan popilariti akibat kesenyapan tadi)

Raosyam : Aku nak bancuh teh.

Perbualan mereka terhenti di situ kerana Raosyam berlalu dari situ dengan uncang teh Saostro berada erat di genggamannya. Yeos dengan Pinpin terus masuk ke dalam bilik masing-masing dan Bill pula kepenatan. Akibat daripada badan keempat-empat pemuda tadi yang basah lencun dengan peluh mereka, aroma udara ruang bioskop umah stroberi tu sudah berubah, menjadi semakin kurang menyenangkan dan mungkin, aroma itu dapat membunuh 1.5 ekor lipas yang lalu lalang kat depan tv tu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis dah citer sesat diorang ni. Tu jer yang Penulis nak bitaw kat korang. Hahaha. Penulis ada la gak tambah-tambah sikit citer tu supaya citer tu kelihatan hensem, menawan, dan juga seksi. Hahaha. Untuk pengetahuan teman-teman, si Raosyam ni seorang yang pendiam la, suka wat sit up pagi-pagi kot, tu pasal dia tak banyak berbicara dalam citer ni. Penulis nak ucapkan banyak2 trima kasih kat Bill sebab sudi citer kat Penulis tentang kisah diorang sesat n makan kat Playtinum CEY ELL sebab Penulis rasa, citer ni teramatlah sesuai dijadikan cerpen, ataupun paling teruk pun, dijadikan sinetron yang sampai 300 episod. Hahaha. Sori ye A, Y, F, R. Aku tak de niat nakhensemkan or popularkan or malukan korang. Salam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lepak jer

"Sesungguhnya, setiap manusia punyai hak yang sama rata untuk merasai apa artinya itu lepak..."- untitled person.



Ni gambar cik putih yang aku amek mase malam minggu lepas... Punyalah stylo cara die lepak , sampaikan kaki lepak tegar cam aku sendiri tergugat ngan cara lepak die... Port lepak yang die carik pun agak strategik sebab kat situ lah tempatnya manusia2 umah strawberi lalu lalang amek air la, SPNB la, g bilik si Shafiq la, menonggeng2 sebab cari baju la... Sambil menyepetkan mata, dan memanjangkan badannya, cik putih pun merelakan matanya, usha manusia2 umah strawberi yang teramatlah sibuk dengan kerja2 diorang kat umah tu (mostly is lepak2 around)...

Citer pasal lepak ni, aku pn teringat mase aku lepak pas makan, sambil tengok citer "bukan sinetron", n rokok ditangan, aku ada terfikir jap... Mane perginya mbak tuti ni? Lame seyh aku x nampak die... Or mungkin die memang sengaja biarkan dirinya menjadi ilusi sebab takut aku soh die kemas bilik aku?... Oh, seriusly, aku memang nak suruh mbak tu kemas bilik aku yang hensem ni... Kalau nak dimetaforakan kehenseman bilik aku, ibarat Rosyam Nor yang bela janggut cam Osama...

Oh, lagi satu... Aku penah nampak satu dorongan ni, minggu lepas kot, die tulis, 'Roti cane, murtabak malaysia, kari ayam', lalu kat jln way seputeh ni... Mula2 tu aku langsung xmempercayai mata aku ni, sebab mungkin mata aku ni suka main trick kat aku, tapi tadi, tepat kat simpang antara jln way seputeh 1 ngan jln way seputeh 3, Yoll mengkompemkan kewujudan dorongan tu... Bukan nak berkata apa, juz aku dapat idea la... Kalau la brader dorongan roti cane tu lepak kat sebelah pakcik dorongan nasi goreng yang teramat feymes ngan tarian gorengnya, amatlah "syok+best+tek terkata+makan je" yang aku rase... Lepak kat situ, then kita sponsor la meja2 kecik ngan kerusi... Letak kanvas xnak kasi kena hujan... Then letak papan tanda "Warung ini ditaja oleh budak2 umah stroberi batch 2009 untuk semua"... Hahahaha... Jauh la shiyal aku punya angan2 ni...

Otak kanan berkata : Peh... Masyuk la seyh... Kekreatifan tahap gaban yang aku ada ni pn, x terfikir nak mengarut pasal brader n pakcik dorongan tu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indahnya dunia kita...

"Andai dapat ku undur masa, akan ku pulang ke dunia yang aku merasa, membawa seribu makna kepada diriku..."



Sebenarnya, post ni aku wat sebab aku rasa, dah lame aku tinggalkan life aku kat Palm Spring ni. Kalau ikut aku punya hati, memang aku rindu sangat kehidupan kat Palm Spring dulu. Even member2 lain ada yang kurang setuju ngan pendapat aku ni, aku akan cakap, life kat Palm Spring xde la seteruk macam kat Jakarta nie.

Lagi satu, pasal UNITY... Aku rela blajo kat mane2 asalkan tempat tu memang syok r bila tido time kelas. Aku highlight unity college sebab kat situ, time2 kelas, syok gler tido ah. Kalau korang x caye, ley tanya kat 'otai' kte yang teramat lah profesional dalam bab tido kat kelas ni. Hahaha.


Seriously, aku tak tipu. Wat ape la aku nak tipu kat korang. Maksud aku, life kat Palm Spring ni sempoi beb. Tak macam kat Tj Duren. Hahaha. Kat post ni aku ada senaraikan beberapa mende yang wat aku rase sangat2 nak balik 'zaman kegemilangan' kat Palm Spring n Unity dulu, pas x sampai 4 bulan aku dok Jakarta.




Bird's View




Peh... syok weh kalau time2 study, dok umah tinggi2 ni. Bagi aku, rase cam dunia ni aku yang punya. Hahaha. Actually, mase exam kan tensen giler bapak kan, (even aku x study pown), so, pergi kat beranda rumah, tengok pemandangan yang ada. Bird's view beb. Sepatutnya kalau ada binocular lagi syok. Dapat release tensen sambil men'skodeng' sorang. Hahaha.


Dunia ni nampak luas. Mata n otak jadi aman. (Telinga bingit sebab kotoran bunyi yang dibuat kat highway sebelah palm spring).


Otak kanan : Kalau kat Jakarta ni, bukak pintu jek, nampak dah jalan raye. Kalau pagi2 tu, ada r bunyi2 orang ketuk tiang. Punyalah pelik perangai orang kat sni. And yang paling x boleh blah tu, ada bunyi "Roti...Roti..." hahaha...




Lepak kat Nasi Kandar Spring (NKS), or (anney)





Hahaha... Kalau korang boleh cari tempat lepak cam nks ni kat Tj Duren, aku memang respek habis doe. Korang boleh cakap lepak warkop time2 bosan, tapi ape je ade kat warkop nie?? Hahaha... Megi xhabis2. Cuba korang tengok dua orang mamat kat atas nie (sekadar gambar hiasan), punyalah hepi dapat minum same2, gelas besaw pulak tu n punyalah manja!. Hahaha....


Otak kanan : Kalaulah orang2 Indon ni amat berbangga ngan warkop diorang, cbe diorang fkir, kita semua dak unity g lepak kat situ pada waktu n hari yang sama. X ke meletup warkop tu nanti...hahaha...




Kawasan rumah ibarat Oasis





Ni memang kebanggaan Palm Spring r. Name pon Palm Spring (walaupun popular ngan pnggilan PS atau Pamping). Fasiliti amat cukup, ada tempat mandi manda, ada gym, ada nks, ada warden yang teramat la penyibuk...(sampai skg aku xtaw name warden yang besar tu). Pokok (cam pokok pinang tu) amatlah syok. Aman. Xde nak kalut2. Yang penting, ada awek. hahaha..(gambar dua orang tu sekadar hiasan je)


Otak kanan : Kalaulah kat tj duren  ada tempat camni, aku tabik spring r...hahaha...




Ruang tidur yang selesa




Ni sume adalah bukti2 yang kukuh bahawa, unity college menyediakan fasiliti utk tido yang lengkap. Hahaha. Syok beb. Sebelum masuk zuhur, pas makan, tggu azan, lepak tido kat dalam "tempat tido" yang dikenali sebagai surau bawah. Hahaha. Mamat baju hitam atas tu hanya mahu dikenali sebagai awok, berkata "peh, syok doe tido sni...ada orang kejut soh balik pamping pn kadang aku susah nak sedar." (dua2 gambar di atas telah diambil tanpa persetujuan tuan punya badan, so, sori ye. nak cakap gak gambar ni hanyalah sekadar hiasan)...Hahaha...

Otak kanan : Tak boleh blah la weyh...wadefish...kalau kat ukrida, nak tido, gila sakit badan doe. Bising, kadang teramat panas. Tapi, mungkin kalau ditanya otai tido (kat gambar kiri, yang paling kiri), die pn xde nafsu kot nak wat maraton tido...hahaha...




Aku rase, cukup setakat ni kot. N subjek ni akan bersambung x lama lagi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ku Menanti Sebuah Jawapan



Kat bawah ni ada beberapa soalan yang belum terjawab... Bagi aku, soalan2 ni melibatkan semua pihak... Dan ada gak soalan yang agak 'pelik' la... Anyway, xsemua soalan perlu dijawab, kerana jawapan yang terbaik ialah biar semua ini menjadi misteri... Peace... 1Malaysia perlukan keadilan semua...



Benarkah hati kita rela dalam melanjutkan pengajian di Indonesia, especially Ukrida ni, ataupun kita mengamalkan konsep "Dah diorang soh pegi sini, ikut jela. Kan diorang nak sponsor kita.." ?


Kemanakah arah tuju kita sebagai rakyat Malaysia yang sama2 menyambung pengajian di Indonesia?


Adakah ini adalah salah satu kesan daripada kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia? Ataupun melibatkan birokrasi dalaman mahupun diplomasi peringkat tertinggi?


Tidakkah korang rasa kita ni dijadikan boneka dari Malaysia yang digunakan untuk memancing Indonesia supaya mengubah persepsi mereka terhadap negara kita Malaysia?


Benarkah apa yang kita akan dapat di sini boleh membuatkan kita punyai lebih daripada apa yang kita dapat di Malaysia?


Apakah sebab paling utama dan sebab2 picisan lain, pihak 'yang bertanggungjawab' menghantar kita ke Indonesia?





+=


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jurnal Hari Raya (jakarta 2009)

Kronologi berdasarkan waktu di Malaysia

6.30 a.m. - Bangun tido, gosok2 mate, gosok gigi sambil mandi, solat...
7.00 a.m. - Pakai baju, betul2kan rambut, minum KUKU BIMA, lepak2 wat bising kat ruang tamu umah...
7.30 a.m. - Bertolaklah ke KEDUBES (Kedutaan Besar) Malaysia, naik teksi Blue Bird, (kete VIOS beb)
8.00 a.m. Sampai2 je, trus g dewan besar. Dok lepak lagi. Sambil2 jmpe akak jage katering tu sebab nak rase lemang.

(Selepas tu, aku x ingat sgt sembahyang raye kul berapa. So, sembahyang je la kat dewan 2. Habis je sembahyang raye, trus serang makanan.)

10.00 a.m. - Habis makan, jumpa bini, tangkap2 gambar. Sume dah terjebak tgkap gambar.

(Mula lah adegan2 hot tgkap gmbar kat KEDUBES tu...)

12.30 p.m. - Balik rumah, bukak facebook, then tido...



Actually raya kat sini meriah la jgak bagi aku... Time malam2 raya tu... Diorang punye takbir siap ada remix, lagu disko... Peh, xbley blah beb... Then ngan mercun2 die... Xnak bnyk plak kan...

Time on da way g kedubes tu, ada la nampak senario sembahyang raya (versi indon)... Ada kat court tenis, n ada gak yang kat atas jalan raya... Kalau tengok btol2,n korang feeling2 sket, mesti korang rase yang korang ni kat satu negara yang tgh perang... Ada pak polisi yang g jaga kat tepi2 jalan 2... Hahahaha... Agak sayu... Agak pelik...


Anyway, dalam banyak2 perasaan yang aku rasa, xmungkin diri aku ni dipisahkan dengan arti kesedihan... Sekalipun ditiupkan seribu keseronokan ngan awek n member2 kat jakarta ni, x mungkin dapat menutup rasa sedih yang mencucuk hati... Ibarat selapis minyak di permukaan air, x mungkin dapat dihilangkan dengan hanya menambah air...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dihargai seorang tokoh blog


"Mengertilah kamu wahai sahabat, sesungguhnya seseorang sahabat itu tidak akan merasa disakiti hatinya oleh sahabatnya yang lain, jika dia memahami erti kata hati sahabat yang bersih suci... Allah itu Maha Mengetahui, dalam segala apa yang kamu kerjakan, mahupun yang kamu rasakan... Dari dalam hati kamu, dalam fikiran kamu, dalam diri kamu... Wahai sahabat, sekalian susah dan senang..."



Raya 1st... Aku start tulis balik post2 kat blog nie... Kalau dulu aku dok sebok post mende2 yang wat budak2 unity kalut, sekarang nie mebi ada len kot... Aku mix2 kan je dalam nie... Kalau aku rase posting tu ley wat aku hepi, aku post...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS