RSS

Baca Pelan-pelan

*sila baca dengan penuh perasaan, (kalau boleh) baca lambat-lambat*




Aku pernah memiliki bintang,


Aku pernah memiliki bulan,


Namun diriku masih dalam kegelapan..




Kini, aku ingin memiliki matahari,


yang menerangi hidupku,


Engkaulah dia..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sape yang tak bace blog adik beradik?

Wah... lately bace blog si budak dodol ni, cambest gak tgk gambar2 yg meka amek time jalan2 bagai... Takde apa nk cerita, just nak komen.

Pasal kamera.
Huh. Kamera kau tu ada jenama, mahal2, kau fkir boleh buat org kenyang??? huh. Dulu zaim ada mintak kat mama & babah kereta kontrol yang dalam botol tu, yang harganya dulu rm25. Um, mama tak pun terus belikan. Dan tiada pun meka beli untuk zaim... -.- lastly beli sendiri guna duit hadiah upsr... xD

Dan kau, rina, akan cakap, "eleh, tablet tu pun bukan boleh buat org kenyang..."
Dan zaim pun dah prepare jawapannya, "zzz... sapa cakap tabole??? online lah order mcd guna tab tu... sng citer... semua pun kenyang... gambar pun bole tgkp..." huh.

Pasal blog kak dayu.
Haaaa.. Pendek dak berkesan. Wakaka. Syabas2.. tu je...haha...

Lasly, aku tak tahu macam mana lagu ni boleh muncul mase aku shuffle2 lagu kat laptop. Oh.. Misteri.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cantik




Terdampar sebuah peradaban
Bermandikan kemilau harta
Terbutakan kekayaan dan kuasa
Terasingkan kesopanan
Terusik Kejujuran

Andai
Kata awalan dalam sebuah mimpi
dapat menjadi kenyataan, bukan hanya sebuah impian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tunggu Sekejap

Salam.
credit banyak2 kat blog budak gemok ni.

"teda apa lagi mau dikata,
hanya tulisan dan gambar peneman jiwa."

Aww kiut. Rina kate kucing kat umah dah ada 13orang. Baguslah.
Wani!!! hukhukhuk... jangan ketawa katak banyak2... oink3...
Shoulderbag rina. Um. Duit mama ke, duit sape ke, tetap bazir. huh!
=) legend born here.

Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh

Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dan Selepas 37 Hari



Last aku tulis mase lepas raya hari tu, 14 september. Then aku busy memanjang. Balik kampung lah. Pergi BTG la. Call imigresen la. Hurm. Hampestos imigresen sni mmg bnyk cekau duit family aku. HUH. But berkorban untuk family is the best... =)



Anyway enjoy cuti2 malaysia even xsmpai seminggu. Penat nk tulis banyak. Aku kasi gambau jek. secara kronologis. wkwk.

Urusan passport +- rm100. Naik bajai kne pandai nego. Dari 25k sehala, jadi 30k pergi-balik. ^_^

Haha. Kali ni seat paling mahal. rm400 one-way. wkwk.
-.-

Ni sehari sblm majlis. Dok sebok make up dewan. Dan itu adalah bunga manggar. Kenapa bunga manggar itu tak kilat???!!!

Meja feveret kat mamak. 


Wakawaka. Susah beno nak carik gambar kat pelamin. Last2 jumpa gambar ni *even bukan kat pelamin*.
LOL

LOL. with along. along hui hui hui angah xde kat majlis ni... wakaka...
ni je gambar yg ok aku pakai tanjak...
=P


Actually sempat gak aku cilok bawak kereta ni. Haha.
(best duh drive mende alah ni gi mamak)

Tabole blah time ni.... Lepak2... Minum2... Karraoke2... best2...

Last word. Harap2 bulan 12 ni ada org sponsor balik malaysia... YEAY...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tentang Kehidupan dan...


Ini tentang kehidupan
Sendiriku di tengah keramaian
Sepiku menyelimuti kekeliruan

Bukan...bukannya aku senang menyendiri
Bukan pula hendak menjauh pergi
Tapi ada satu alasan yang membuatku tahan berdiam diri
Dengan begitu aku mendapatkan sesuatu yang aku ingini




Dalam diam, aku memperoleh ketenangan
Dalam diam, aku mendapat apa yang aku inginkan
Dalam diam, aku mampu mewujudkan impian
Dalam diam pun aku berjaya mendapat kebahagiaan

Aku ingin berteriak keras
Tertawa lepas
Hingga hilang semua beban
Dan kembali menjadi apa yang kuinginkan


Dah. Sudah pun aku kembali ke jakarta. Dengan membawa semangat study dan dota, aku kuatkan kaki melangkah kesana-sini, sampai satu masa, aku kembali pulang ke tanah air oi. huhu. Harap2 sgt lah lepas ni ada idea nk tulis apa. Haha. Selamat beribadah. (^_^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nora Elena binti Nordin

Assalamualaikum, salam ramadhan, salam syawal.

Aku rasa sure sekarang ni ramai dok sebok gi shopping kat kamdar,
dok sebok nak beli ayam golek madu ali kat bazar tu,
sebok gak gi potong rambut kt mamak belakang carrefour.
Semuanya sebab raya. Especially raya. Dan juga raya lagi. kekeke.

ini seth. dia ni jelmaan aku. kekeke. xD


Dalam menempuh ramadhan yang terakhir-akhir ni,
masih jugak fikir2 nak makan apa lagi...
asam pedas, sate, sambal kcg, ayam bakar, tomyam, masak lemak, etc2 sume dah mkn...
oh... masih belum cukup. kekekeke.

Ape2 pun, beringat dan sentiasa bersederhana dalam berbelanja. (^_^)v


p/s:-
  • aku free smpai mlm sblm raya untuk mendota. xD
  • tajuk lngsung tak ada kena mengena dengan posting mahupun raya. =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Greatest Wait Ever Made [2]

Oh, ni nak tambah sikit dari post lame aku dulu tu, pasal tunggu menunggu nanti menanti. xD.

1. 7 Eleven

Aduh3. Ni dia lah bila ada 7e baru bukak kat jalan angkot tu. Haish. Dari pagi smpai pagi (esoknya), tak pernah lengang. Haish. Beraturnya dah le panjang an, sambil pegang2 slurpee dan jajan. Agak seksa ah dgn bau2 hotdog bakar + kopi... Peh... But still leh thn sbb ada ekon. Haha. Gambar bawah ni baru 'early stage' sos n cheese bertempek kat situ. Ada lagi yg lebih parah. Sangat2 parah 'bentuknya'. xD


: : Waiting time : 30 sec > 45 min : :

2. Exam kat UKRIDA

Oraittt...  Tak perlu nak citer panjang lebar ah. Semua pun dah tau. Sangat hebat penantian kita nak exam ni. Sangat-sangat hebat. Kalah lagu ni.

: : Waiting time : not less than 2 hours > infinity xD : :

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dari Sujud ke Sujud


Bersimpuh ku di depanMu, terjagaku dalam kelam yang penuh hening, dalam gelap malam ku bersimpuh didepanMu ya Robb penguasa alam. Dalam sujud penuh haru, ku memuja namaMu.

Tertunduk aku di hadapMu dengan sesalku menggebu, tangisku menderu. Dosa dalam jiwa yang penuh sesak dalam raga, tak mampu lagi ku bawa, hingga ajal ku tiba.



Indahnya menyapaMu di hening malam, membuat aku datang dengan pasrah mendalam. Menyedari langkahku dalam kelam yang telah membuatku tenggelam.

Tak ada lagi yang kubanggakan, semakin tak berarti aku dalam cahaya keagungan. Aku hanya mampu berharap ampunanMu ya Allah semoga Kau berkenan mengabulkan, dari hambaMu yang tersesat jalan. Inginkan hatiku kembali tenteram, hidup dalam keredhaan.

Ku kan menghamba pada Pemilik Malam
Ku kan bersujud dalam remang rembulan
Pada Nya lah ku serahkan seluruh harap
Pada Nya lah kusandarkan segala resah

Semoga Ramadan ku kali ini penuh makna. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Talk to Picture [4]

Sometimes.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jodoh Sesaat


Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
Dalam sujud taubat, hajat, istiqarah, syukur dan dhuha
Dalam kekeliruan mencari cinta
Lantaran usia kian mengejar
Apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
Yang bukan lagi di gelar dara rebutan!

Dalam kata mereka, ku terima sebagai nasihat
Dan senyum bonda, senyum berhajat
Ku selami erti tersirat
Mahu aku punya pembimbing kampung akhirat

Bukan aku tidak mahu
Bukan hanya tunggu menanti seru
Tapi aku terkeliru
Dalam usaha itu
Adakalnya tersasar dari jalan Mu




Lantas aku undur langkah
Dalam taubat ku mohon keampunan
Dalam hajat ku mohon pertolongan
Dalam istiqarah ku mohon pilihan
Dalam syukur ku mohon pemeliharaan
Dalam dhuha ku mohon kurniaan!

Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
Kalau kau tu baik sangat…
Kenapa belum punya teman?

Bagaimana harus aku bicarakan
Jodoh bukan untuk orang yang baik… sahaja
Orang tak baik pun ada jodoh juga
Sudah termaktub janjiNya
Lelaki baik untuk perempuan baik bergitu juga sebaliknya
Yakin lah…
Ajal. maut, jodoh, pertemuan ada hikmat
Bila masanya datang, pasti takkan berganjak walau sesaat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Talk to Picture [3]

Terus berjalan dan jalan lagi.


Katakanlah, "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar: 53) 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat Wanita


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada.
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita" 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedetik Lebih

Sedang kita terbayangkan, terfikirkan dan termimpikan masa akan datang, apa yang kita akan jadi, siapakah diri kita, kemanakah kita akan pergi.

Sedang kita teringat, terkenangkan masa-masa lalu, segala macam rasa dan perkara yang kita telah lalui, berbagai rona hidup seakan pelangi.



Dan perlahan-lahan ia bergerak.

Kedepan, menerbangkan yang berjaga dan meninggalkan yang alpa. Ia tidak menunggu. Ia tidak akan berhenti. Hmm. Ia harus dijaga. Ia harus dihormati.


"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran."
[ al-Ashr [103]: 1-3 ]

Hargailah. Hargai masa.
Hidup adalah anugerah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Talk to Picture [2]

It his word.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nora Elena dan Tudung Merah

Kuliah, exam, exam, exam, puasa, raya. Hurray... Nak hepi2 boleh, tapi jangan lebih2. Nak lepak2 boleh, tapi jangan lebih2. Nak makan2 boleh, tapi jangan lebih2. Nak gurau2 boleh, tapi jangan lebih2. Huhuhu. Just want to share something from Nora Elena. Oh my... Oh Nora Elena... Oh... Oh... Oh...



Kita tak leh lari dari buat salah. No one can. Huuuuuuuuuuuu. Kalau dah tersalah tu, masih ada peluang nak betolkan balik. Kan3. Sungguh semua masalah itu ada penyelesaiannya. Oh penyesalan. Mampu nak menyesal lame2?... Erm. Amek iktibar ley, jangan buat lagi. Dan terakhir, keputusan. Berjaya atau tidak, itu lain cerita. Yang penting usaha dan jalan untuk mendapatkannya. Ahhaaaaa....

Oh rasanya cam nk wat apa yg Alma n ana wat tu... Ha ha. Mende ni... iA nnt boring buatlah tu.... hekhekhek...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Talk to Picture [1]

This is my word.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manisnya Kurma Ini

Sungguh indah ciptaan Tuhan. Lihatlah awan yang berlari bebas, unggas yang menyanyi riang, gunung yang berdiri gah di hujung lautan, sambil pohon melambaikan daunnya, ditiup sang bayu. Sepasang suami isteri kelihatan sedang asyik anaknya bermain-main dipinggir ombak. Senyum. Gembira. Diselangi gelak tawa.




***
Hari ini hari yang paling penting buatnya. Segala persiapan sudah dilakukan, dari segi mental mahupun fizikal. Namun begitu, hatinya terus berdegup kencang. Inilah saatnya dia harus bersungguh-sungguh mengingati segala apa yang sudah dipelajarinya, agar dapat dia menjawab semua soalan yang diberi, dengan mudah, tiada cacat cela.

***

Sejuta kemaafan kalau apa yang aku sudah buat ini ada salahnya. Agak pelik2 aku tulis kali ni. Aku cuma menulis apa yang ada di dalam kotak fikiran aku. Aku cuma nak sampaikan satu perkara, kesihatan adalah salah satu nikmat Allah yang besar. Bak kate dalam lagu raihan, "ingat lima perkara, sebelum lima perkara". Sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, dan hidup sebelum mati.

Yelah, kalau kita sakit, terlantar kat katil hospital, boleh ke kita lepak kat tepi pantai, release tensen ngan member??? Then kalau kita sakit, lepas kena operate, boleh ke kita santai2 ngn family kita, kat tepi pantai gak, maybe ngn isteri kita, anak kita, mak bapak kita, an etc. Boleh ke???  Then kalau kita demam menggigil, kepala pusing2, boleh ke kita g exam, jawab exam, jawab semua betul... Boleh ke tidakkkk ni?????? Haa, lu pikir la sendiri.

Akhir kata, tenangkan hati, fikiran, tubuh dan segalanya.... Manisnya kurma iniiiiii~~~~~~~~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

(=.=)"

Today I just want to declare one thing.


"Aku tak boleh ler nak wat cam biasa. Dah naluri hati. Aku akan cuba sedaya upaya nk ubah."

Ada sorang teman aku ni kata, if kita ada problem, kita kne hadapinya, kena sedar, dan jangan lepas tangan. Yups. Totally agree dude.Tapi realiti nya lah kan, seriusly aku tak tahu nak wat apa. Nak buat2 tak tahu pun mane boleh. Tu dikira lepas tangan. Masalah takkan selesai. Then dia tny lagi kat aku, adakah perkara ini ujian untuk kau  or adakah ini ujian untuk dia, supaya dpt belajar sumting? Soalan tak terjawab.

Ok no more curhat.  Sejuta maaf kat sape2 yg terasa ngn kata2 aku. Aku ada beberapa quote yg aku rasa sesuai dgn apa yg aku nak sampaikan.



"How do I say goodbye to someone I never really had? Why do my tears fall so endlessly for someone who was never really mine? Why is it I miss someone I was never really with? And why do I love someone whose love was never really mine?"

"Why am I afraid to lose you when you're not even mine."

"If you asked me how many times you have crossed my mind I would say once because you never really left."

"You will always be the answer, when somebody asks me what I'm thinking about."

"I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone." 


Ya, betul kata orang tu, "kau fikirkan dye lebih dari kau fikirkan diri sndiri". Thats me. Apa2 hal kalau nak contact aku, ym aku sentiasa on. Fon sentiasa ada bateri. Jangan risau, aku akan cuba terima teguran n pendapat orang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awwwwwwwwwwww-dicted

Selamat pagi all. Ini pagi belum kelihatan lagi matahari. Dingin. Huhu. Penat ah nak tulis ayat berbunga cam 2 3 post lepas. Now straight to the point. Even 24 hour bukak lagu2 nora elena kan, tak salah sesekali bukak lagu lain. Cam lagu arab yg bermelodikan lagu hindustan ke, lagu rock yg bertemakan alam sekitar ke, atau lagu jiwang yang tak berlirik, dsb.



Kkk. Kali ni lagu Never Too Late. (gambo and tajuk xde kena mengena ngan lagu... =.=")




"Maybe we'll turn it around
'cause it's not too late
It's never too late"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesuatu Yang Berbeza

Hari ini tiada kata-kata aluan, tiada yang berbunga, tiada pun yang tersirat. Hari ini ada sesuatu yang berbeza. Hari ini hanya ada sebuah lagu yang datang menemani.

Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hati

Bermain di dalam rahasia cinta ku
Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini




Kepada sesiapa disana, yang dikehendaki, yang dimaksudkan... Lagu ini... Lagu ini... Lagu ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Bulan dan Bintang

Akan ku gapai bintang di langit, kerana terlalu indah buat aku. Memang dirasakan redup hati memandang, diselangi bulan yang mengambang. Tetapi, malam tidak selalunya berdiri sendirian. Sang awan pasti akan mengintai langit, mencari setiap detik terluang untuk melabuhkan sayapnya, dan angin pun melambai.

Bintang adalah impian, langit adalah tujuan, malam adalah teman, awan adalah dugaan, angin adalah ketentuan dan bulan adalah perhiasan. Dalam mengejar impian, tujuan tidak seharusnya diabaikan, kerana baik buruknya impian tersebut terletak dibawah naungan si tujuan. Juga tidak alpa dengan 'perhiasan' yg datang sewaktu kita berlari, dan anggaplah ia sebagai pemberian dalam menempuhi segenap penjalanan.



Selalu ingat, kadangkala kita harus ke depan bersendirian, tiada teman, bukan berarti meninggalkan, bukan berarti mengabaikan, tetapi lebih kepada keyakinan. Setiap dugaan akan hadir bersama ketentuan, terasa amat berat, dah hanya dengan kesabaran, usaha dan tawakal, pasti akan dapat ditempuhi.

Tidak salah untuk berharapan, tidak salah untuk berprasangka, tidak salah untuk bertanya, asalkan niat dan tujuan berada pada tempat yang sepatutnya.

Masih belum terlambat...

Gantunglah impian setinggi bintang... Andai tidak dapat kau gapai bintang itu, setidak-tidaknya kau sudah menggapai bulan... Janganlah berpaling pada awan, kerana dia yg akan menemani saat kita terbang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mimpi Yang Sempurna

Dalam sebuah mimpi yg tersulam indah, diharunginya bersendirian, hanya bertemankan suara sang kipas, dan selimut terbentang kaku. Ia tidak pernah dicari, apatah lagi dipohon, namun ia muncul dengan tidak disangka. Satu jam dirasakan seperti seminggu lamanya. Oh sungguh bermakna mimpi yg diberikan itu.



Mimpi kadangkala mainan, kadangkala tidak. Benar? Pernah sekali itu bila kita memohon untuk diberikan secebis petunjuk, sebuah tanda, selepas segala kudrat kita tiada pun berhasil, selepas harapan berlalu pergi meninggalkan kita, selepas fikiran dan hati berpisah tidak sehaluan, lalu mimpi itu pun muncul ibarat sinar pagi yg membasahi bumi. Aku bercerita soal pilihan, soal keyakinan, tentang urusan yg kelihatan tidak ada penyelesaian.

Mimpi apa?

Mimpi yang sempurna.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seuntai Kata Untuk Dirasa [2]

Pagi yang gelap, kini sudah menampakkan cahaya cemerlang sang matahari. Jenguk luar, sebuah pokok orkid berdiri lemah, yg dulunya banyak kelopak2 bunga ungu yg mekar lagi segar, tapi sayangnya sekarang itu semua sudah tiada; ia sudah berlalu pergi buat sementara. Sambil angin melambaikan jasadnya, terbang melewati helai2 daun menghijau orkid, membersihkan debu2 yang bertempiaran lari.

Jangan dihitung banyaknya helai2 daun coklat yang berguguran, kerana masih banyak yg menghijau di atas sana. Begitu juga diri kita, dirisaukan sangat dengan dugaan yg menimpa, tetapi kadangkala lupa akan nikmatNya. Stress, sakit, jiwa kacau, dsb, mengaburkan rasa hati yang luas tak terkira.



Indah dunia ciptaan Illahi menemani perjalanan kita menuju ke 'destinasi', tak selalunya kita melewati highway lurus yang tiada halangan, tetapi jalan hutan yg penuh ranjau berduri; gelap, sejuk, bersendirian. Sudah bersedia dengan bahtera amalan kita untuk hadapi itu semua? Ingat, selalu ingat, tiada dugaan yg diberi melebihi kemampuan kita.

Wahai sahabat, wahai teman, lihat lah ke atas, langit sungguh cantik bukan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benci

Benci orang itu, benci orang ini.

"Aku bukan benci, tapi tak suka dia."
Oh ya? Bagi aku benda tu lebih kurang jek, tak banyak beza.

Benci dia or benci salah yang dia buat? 
Perbetulkan balik paradigma, jangan sampai tersilap, sebab dah dikatakan
"jangan membenci orang yang berbuat salah, tetapi hanya membenci kesalahannya saja."

Yups thats true. Kena selalu mamaafkan kesalahan sesama mukmin. Ini adalah sifat orang muslim yang muhsinKena tunjuk ah keramahan, even kita sgt terlalu tak suka orang tu pun. Tak salah. Tak rugi.

Sampai bila nak hidup dalam kebencian?

Lastly, ini adalah sekadar peringatan juga untuk diri sendiri. Tidak bermaksud apa2 kepada sape2 pun. Sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Think the Unthinkable. Trust the Untrustable.

Salam.

Benar memang senang menuding jari mencari salah seseorang tetapi agak sukar untuk kita untuk memaafkan. Thats reality. Manusia. Sungguh begitu sekali. Even if kita cakap cukup sudah kita tidak menyimpan dendam, tetapi adakah tidak memaafkan itu berbeza dengan dendam??? Ye lah, kenapa kita tidak memaafkan??? Sakit hati??? Ke??? Tak sama dengan dendam???

Let me think. Oh ya, by the meaning of word, its totally different, surely, but lets just think something that we dont think before. Something different. Maybe.





Urm...





Hurm...



Ya ya ya... its booooorrriiinnngggg... macam lah tak ada benda lain nak fikir. Benda yang senang2 ke kan, benda yang tiap2 hari kita lalui, hurrrr, macam berapa biji nasi yg kita makan hari ni, berapa liter udara yang kita sedut tadi pagi, dan berapa kali jantung berdegup waktu kita tidur semalam... Hurm. Simple. Kita terlepas pandang itu semua. Kan3. Ya la, mungkin tak penting kot. Tapi benda tu lah antara faktor kita masih idop.

Oh, last wordsssss (in russian, thanks to v1lat)...

"Pover mniy , shizen niy vaselo , niy niynavistnikov."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya suka itu. Any problem???

salam.
lame tak update. bukan malas tapi busy.
so esok ada seminar ye.haha.sebuah paksaan yg tak macho pun.


ouh, btw, ni testing post dari tablet. haha. later boleh ler aku blogging kat mana2 pun. huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Itu, Itu, Dia Gadis Bertudung Merah

Salam,
Selamat siang, selamat buat semua bakal2 cikgu diluar sana. Hak hak.


Inilah aku mase... er... mase tahun 2000... kutttt...




Yang itu mak aku, yang sebelah tu adik aku, dan yg tu pun adik aku. Btw ni tgh saparan pagi mase kat mersing kalau tak silap aku mase tu follow bapak aku, dia jadi judge for pertandingan lagu asli *kalau xsilap aku lah*...haw haw haw...


Dalam beramah mesra dengan hari sabtu yang agak mendung2 ayam ni, ada bagusnya jugak layan lagu buat release tensen. huahuahuahua.


"dia gadis bertudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha

Dia gadis bertudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perbedaan itu Indah

Salam,
Selamat petang,
wahai ibu2, bapak2, teman2, ikan2, pohon2, dan semua makhluk Tuhan...

Tuhan menciptakan manusia itu berbeda-beda sebab ada alasannya. Agar kita bersatu dalam perbedaan itu, dan menerima kekurangan orang lain. perbedaan-perbedaan yang ada di sekitar kitalah yang buat hari-hari kita menjadi indah.  Yang tinggal hanyalah bagaimana kita mengadaptasi dengan perbedaan itu?Kalau kita boleh memahami perbedaan-perbedaan tersebut dengan baik, automatik hubungan kita dengan masyarakat, dengan alam sekeliling, dengan semuanya akan jadi indah. InshaAllah.



Dan kenapa aku masih sms kau??? Sebab kau berbeda dengan aku. Oh. Alasan kurang bagus, erm, sebab kalau bukan diri kau, aku tak sms kau. Eh, setidak2nya aku jujur. LOL. Xde kena mengena dengan post.

Alangkah indahnya bila dapat cepat2 habiskan study kat sini nih, bukan nak merungut tak tahan hidup sini, tapi ada sesuatu yang ingin aku kejarkan sebenarnya. Bukan kemewahan, bukan nama, tapi sesuatu yang lebih bernilai dan tak terbandingkan harganya.


"Ya Allah jika aku masih belum bertemu cintaku..janganlah Engkau membuka hatiku utk mencintai seseorang..kerana aku tidak mmpu memberikan yg terbaik untuk dia... Dan jika ada seseorang yg ingin mendekati hatiku, jgn lah Engkau mmbiarkan dia melupakanMu setelah dia memiliki cintaku nanti.... Amin Rabbal Alamin..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Ini dan Semalam [2]

Yesterday is history,
tomorrow is a mystery,
but today is a gift.
That is why it is called the 'present'

Salam.
Selamat pagi semua, selamat pagi dunia.
Moga2 hari ini akan lebih baik dari semalam, dan sentiasa mendapat keberkatan dariNya. InshaAllah. =)

Dua tiga hari sebelum semalam punya semalam, punyalah rajin teramat pergi dinner kat shangri-la hotel tuh. Dengan beberapa kerat teman yg pergi, actually not so ramai yg ada, since dinner hall u kecik ciput jek. Makan pun biasa2 jek except dia punya egg tart, pehhhh, sedap menjilat pipi duh... Lepas2 dah hampir2 nak balik, semua orang pun sedang amek gambar. Waktu tu, tak ada benda yg menarik perhatian aku sangat nk amek2 gambar, kecuali satu benda ni...

Erm... sushi, not sushi, sushi, not sushi, sushi, not sushi.... ok, not sushi.
Ok, hal makan2 tu dah jadi sejarah. Lepas solat jumaat semalam, pergi bank, sorang2, sampai ter'korban'kan kelas2 ipd. Apa boleh buat, hidup orang bujang. haha. Actually jalan kaki g bank tu teramatlah ujian, aku rasa agak2 macam aku jalan kaki dari pudu smpai lrt masjid jamek tu. Fuh. Dugaan beb. Apa2 pun, harus diteruskan jua perjuangan untuk sampai ke~~~~~~~~bank. lulz. =.=" Nak dipendekkan cerita sejarah semalam, aku simpulkan dengan beberapa perkara yg menarek. =)

Keratan akhbar *teeeet*. Front page. Baca sampai habis, then tersenyum simpul. =)
ORANG DEPRESI BISA BUAT KEPUUSAN LEBIH BAIK. Erm. tak tahu betul or tidak, aku bace dan bace dan bace lagi. Sambil pun aku bace, ada lah aku tahu  orang ni buat experiment dengan menggunakan 50 orang sebagai sample. Majoritinya, yg mcm tajuk tu, depresi, and mereka wat keputusan lebihhhhhhh baik dari orang normal. Oh ya, katanya, yg 'dah pernah' depresi then dia jadi normal balik, itu dikira cam orang normal gak (buat keputusan kurang baik). Erm. Kalau rasa2 nak cuba, nanti time exam jangan segan silu depresikan diri anda, dan jawap lah kau soalan2 yg seratus tu. Adakah keputusan akan lebih baik or sebaliknya, itu aku tak dapat nak sure-kan. haha.

Mendung. Kerja. Usaha.
Menarik bukan, gambar ni? huhu. Entah dari mana aku dapat inspirasi yg cakap gambar atas ni menarik. Actually aku snap masa tengah melintas jalan, dengan angkot biru tu asek2 pun kasi horn kat aku. huahuahua. Pengajarannya, bekerja dengan ikhlas itu adalah suatu ibadah, serupa jugak dengan belajar. Erm, jangan fikir yg tak datang kelas tu pemalas, haha, sure2 ada alasan yang baik kenapa tak datang kelas. LOL.

Akhir ayat, tidak semua yg terpinggir itu tidak menarik atau tidak bagus or etc. Ia berkaitan dengan peluang. Selagi ada kesabaran di hati, janganlah pernah berhenti untuk berusaha lebih. Peluang itu sentiasa ada, percayalah. Oh ya, sebelum terlupa, kepada adik2 aku yg kat bp n kl tu, janganlah berputus asa ya, belajar, belajar dan terus belajar. Anda adalah harapan keluarga! hehe.

Alang2 entri ni panjang, apa kata korang dengar lagu ni. Dengar betul2 liriknya. Cantik bukan? =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS