RSS

Salam lebaran DOK...

PBL dan Skill Lab,
Tak boleh lari,
Tak boleh lepas.

PBL dan Skill Lab,
Pakai Snell Jas,
Tak pakai Jas Lab.

PBL dan Skill Lab,
Bagai nak gila,
Tiap blok ada.

PBL dan Skill Lab,
Kena cakap banyak,
Ketuk pun ada jugak.

LOL. Obses terhadap PBL dan Skill lab ler... Semangat cam menggila doe td... And ada pulak peristiwa yang aku akan ingat sampai bila2:-

-aku telah menegur seorang dokter sebab die salah sebut nama aku. Camni... "JEM"...wtfs~~
-lepas aku tegur dia, aku ajar dia camne nk sebut nama aku, "ZA... IM..."
-hasillnya, "JA-AY-M"... fuu!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya itu indah bila ada AWAK




Selow giler babeng nk update pasal sambutan raya batch 2009 bersama 2010... Betul kata sorg tu,




Nice job to all, hepi2 always kat jakarta ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang lelaki memang hot kalau memasak kat ruang tamu

Mengambil inspirasi dari Chaf Wan, chef kami di sini sedia untuk masak satu menu khas berupa tepung nipis yang panjang, kalau omputih cakap rice stick, tapi orang kita panggil bihun (mee halus)...



Yang baju hijau tu tukang jaga api, supaya bihun yang dimasak amatlah sempurna rasanya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah kasih hujung minggu bersama seorang PECINTA WANITA

Bukak sebungkus, masukkan mi dalam mangkuk, masukkan perencah, buang plastik...


Bukak lagi sebungkus, masukkan mi dalam mangkuk, masukkan perencah, buang plastik...

Bukak lagi sebungkus, masukkan mi dalam mangkuk, masukkan perencah, buang plastik...

Bukak lagi sebungkus, masukkan mi dalam mangkuk, masukkan perencah, buang plastik...

Dan inilah yang terjadi...


(memang beruntung dapat jadi bini naim sbb kalau makan megi, amat banyak... kenyang beb...)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari jumaat, hari yang tiada kelas dan tekanan...

Hari ni xde kelas, hari bermanja dengan diri sendiri n laptop tercinta. Xde peluang nk keluar date ngan sesape, awek ke, member ke, or sape2 je...

Plan hari ni nak study dengan gila, habiskan subjek2 yg tertinggal hari isnin lepas... Tapi niat tak kesampaian... Hati tak mengizinkan... Buku modul diculik awek aku (katanya nk pakaikan baju plastik yg baru)... Ahaa... 

Katanya sistem exam kt ukrida ni dah berubah... Ada 2 exam integrasi jer... Gabung semua subjek dlm 1 paper... omg... ukrida memang betol2 nk sedut duit sp la ni... tamak!

Tadi pas solat isyak, aku usha2 blog naim, aku nampak ni..



Aku sendiri tak pasti nape blog ni di bold kan... haha... kenapa naim tulis 'Zaim's no 2 Blog'... sungguh tak feymes... haha... dan kenapa naim tak delete je link blog lame aku??? oh man...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila aku rasa naik teksi yang murah-murah ni amat menakutkan sangat lah

Naik teksi, 12k, bayar 13k. Terus kne maki. Sheet.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku nampak macam rompakan kat bilik anatomi husada...

Sedang bersiap sedia nk chow awal mase praktikum anatomi tadi, aku nampak ada sorang berpakaian putih dan bersepatu hitam tengah jalan2 kat ruangan menunggu bilik anatomi husada tu... Lenggok langkahnya macam aku kenal...

Aku nampak orang tu pegang setiap beg yang die boleh capai... Dia belek2... Kadang2 dia senyum... Kadang2 dia geleng kepala... Ada satu masa tu aku nmpak dia bukak zip salah satu beg tu... Otak die... Aku tegok kiri sikit, nampak beg aku... Peh, xboleh jadi ni... kena selamatkan...

Aku datang dekat, pelan2, sambil mata aku curik2 tengok kat orang tu... Sape ek die??? Apsal student lain yg dekat2 situ x brani tegur die???

Skali dia toleh kat arah aku, sambil senyum2, dan cakap "Wahh... yang ini bagus nih...", aku terus terkejut bapak la siak... rupa2nya Dr Darm***o!!!!

Aku cakap,
"Ngapain dok??? liat2 tas nya mahasiswa??? Mau maling kaa???"

Die jawab,
"Enggak lah... Saya mau beli tas baru... Coba liat yang ini... Bagus kan??? hehe... (sambil sengih2 manja)"

ok, 'orang' tu bukan nk curik... die tgh usha beg dak2 ni, nak beli baru... Mebi die x suka tengok katalog kat majalah, tapi dia suka yg 3d punya katalog... haha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang cakap kalau raya berat badan naik, tapi aku cakap tak

Wallaweh amat semart tajuknya. Biarlah, bukan tiap hari aku letak tajuk panjang bergaya camni...

Ok, back to bisnes... Orang cakap kalau raya berat badan naik, tapi aku cakap tak... sebab...

Sebab aku rasa timbang kat kampung tu rosak... Senang sangat jarum tu pusing laju2 bila aku timbang badan... Mebi spring dalam penimbang tu dah longgar kot...

Sebab masa buka puasa tu, makan banyak sampai berkilo2... Then sambung makan pas terawih... Malam2 sambil tengok bola pun mengadap makanan... Last2 time sahur mengadap nasi berpinggan2, alasan xnk lapo time siang... Same je lah mase raya tu, makan banyak, tapi bezanya ngan puasa tu cuma makan siang lah... So, apsal cakap badan naik??? Jumlah makanan masuk PERUT x berubah... means berat badan tu maintain ler...

Sebab mase raya hari tu, aku buktikan aku tak tersangkut kat gelongsor... Huahuahua... Dulu mase kat unity, nk luruskan dua2 kaki kat gelongsor tu pun amat mustahil bagi aku... Aku just cangkung dari atas kebawah... sekarang??? haha... muat beb... tu maksudnya berat badan x naik! Ni buktinya~~



Aku dapat tulis 3 sebab je... Sebab aku rasa darah aku naik, banyak makan kfc semalam mase kat klia...

Salam Semester baru...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konfrontasi Ayat

Aku nk kasi clear balik pasal posting aku yg DULU...



Sebenarnya, posting ni dibuat untuk laptop Acer Aspire 4920-G aku tu... Skg aku dah clash ngan die dah... Just tiap balik Malaysia nnt je boleh jumpa dia...

Sekarang ada kekasih baru... Agak hot sebab lupa beli kipas penyejuk... Hihihi... Thanx Compaq... Sayang awak...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Otak aku la!!!

Baru sampai malam tadi, n x sampai pun 12 jam, aku dah rasa homesick... Peh... Nak balik Malaysia!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku nak dua2... Boleh tak???

Esok balik jakarta... Banyak benda aku tinggalkan kat Malaysia... Termasuklah 'dia' yang aku sayang sangat... Siapa dia??? Anggap lah nama dia CQ45-130TX... Aku sayang sangat kat dia... Sebab dari dulu aku nakkan dia... Sejak dari sekolah lagi...

Time2 raya ni, barulah aku dapat jumpa dia... Aku lepak dengan dia... Sampai Muar beb... Aku pergi sane semata2 dia!...

Bila akak aku tanya, si Aspire-4920 (kesayangan aku yg lagi satu) ni nk letak mane, aku jawab la yang aku sayang dia gak. Takkan nak tinggalkan die camtu je... Aku x sanggup beb... Tu pasal aku nakkan dua2...

Mungkin lagu yang sesuai sekarang ni cuma 'Aku Cinta Kau Dan Dia'...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Report Raya ke-6

Orang kate, raya ni sebulan. So, jangan sia2kan peluang la minx maaf kat semua orang yg kita kenal (klau boleh la). Semua lah kalau boleh. Kawan sekolah tadika, rendah, menengah, matriks, foundation, indon n lain2... Kawan2 yg terjumpa kat pasar raya, pasar pagi, kfc, mcd, atau kelab2 malam berhampiran. Minx maaf kat semua.

Umo dah bertambah ni, duit raya sepatutnya dapat lebih, ni tidak, ada tu langsung xdpt. Xkn la kne pinggirkan org2 yg nmpk besar, tapi hati masih muda cam aku ni???

Tadi mase lepak2 isap kretek bapak aku, aku nampak la jiran umah sebelah aku ni. Dah mula sambung bercucuk tanam. Oh. Punyalah rajin diorang nih. Nak jimat duit sayur la katekan. Dari jauh aku nampak pokok cili, terung n kacang panjang. Peh... Betul2 jimat tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dalam Hati Ada Taman

Ada orang cakap aku ni nmpak ganas. Adoi. Parah ni. Sikit nak habaq, even muka nampak ganas, tapi dalam hati ada taman. Ok, biarkan gambar membuktikan segalanya.



ok, shut the mouth off... ini bukan anak aku... salam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya dan Polis

Hangin satu badan bila tengok jalan raya depan umah nenek aku totally jam. Oh man. Tengok berita, front page, pasal kes pembunuhan jutawan kosmetik n the gang. Aku ada lah sikit simpati kat keluarga diorang. Kesian2...

Agak2 nak puasa mase tu, heboh pasal ariel peter pan punya video blue. Lagi kesian, raya2 die xdapat kuar lokap sebab kesalahan peguam die. Kesian2...

Aku dengar time2 raya polis xde wat penangkapan la kan. Abang aku bawak kereta laju2 kat highway pun, langsung xkena saman. Polis tu kejo je soh die selowkan kereta. Wah3. Rajin siak nk main kejo2 time raya. haha. Kesian2...

Balik dari selangor tadi, banyak pulak orang terbabas kat highway. Kereta avanza, nissan fair lady, ferrari, nissan fair lady, waja , lori... yep. Lori tu tinggal tayar depan je. Yang lain hancur lebur. Aku fikir, punyalah laju si lori ni pecut, sampai terbabas tinggal tayar je. Agak susah bagi si polis untuk wat siasatan. Kesian2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Morib, Banting dan Raya

Ok, raya2 ni umah nenek aku kat kanchong darat, banting tu, banyak la pulak kereta polis forensik. kejadahnya orang tengah beraya main mercun je. xkn pasal tu nk tangkap kitorang. huhu.

Dikatakan abu susilawati tu jumpa kat tj leman, morib. haha. baru semalam aku jalan raya area sane. siap nk singgah lagi kat pantai morib tu. kejadahnya pasal abu pun boleh jalan jam depan umah nenek aku.

Aku curik2 online ni kat umah wak aku. yelah, time2 raya ni, orang tua sibuk citer pasal langsir le, baju raya le, kuih raya le, naik berhampas kepala aku layan.

Pas ni sambung raya, sambung kumpul duit raya. Insyaallah dapat. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir & Batin.

(entri agak nerd sbb pnt makan ketupat)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

gfcgjdkhfi#$%^&

hjauyfweja kjs sjay rihs7b jsu gvawr...
zjshyubwopjkm;8 kndu ,lbhyfw;,, suygd...

jbdfybs..usdjsy67y5iibk.bsu b kbuzbkydq lhzuoenl..
zsby jsguwsb kzsfb ,,djzihszr385j2 zknfsjurbwa...
jzsdfiankz98 ihwb6832jb se ywbmmzjhs..
jgiuaw4bjba...
\
Sori beb, gua demam, tp nak update blog...
Selamat Hari Raya. salam kemaafan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tinggal Kekasih

Aku rasa, dah cukup lah aku ngan dia. Hampir 2 tahun hubungan aku ngan dia, bertahan sebegitu lama, yang akan berakhir tak lama lagi.

Kalau nk cakap pasal hati, memang lah sedih tak terrhingga. Yelah, dah kenal 2 tahun. Banyak hitam putihnya bersama, kenangan manis n kurg manis. Aku taw kenangan2 aku ngan dia xkn mudah untuk dilupakan tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk merelakan, karena aku harus untuk menempuhi hari2 mendatang tanpanya.


"Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati hambaMu ini..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedikit luahan hati boleh? (part 2)

Aku nak curhat sikit kat blog kesayangan aku ni, dengan harapan aku dapat enjoy raya kali ini dengan bahagianya. Ini bukanlah sambungan secara langsung dari posting yang lalu, tapi ianya lebih kepada luahan sang pencinta bersama hatinya yang lara.

Sekarang ni aku terperangkap dalam hati aku yang meracau tak menentu, barangkali hati aku mahukan semuanya yang terlalu mustahil untuk dimiliki. Iyalah, hati, kadang kita sendiri tak boleh nak kawal. Macam2 keinginannya. Diberi satu, nak dua. Diberi yang baik, nakkan yg jahat. Diberi peluang, tak nak.

Wahai dikau sang hati, tidakkah engkau bersyukur dengan insan yang engkau miliki sekarang? Tidakkah engkau tahu bahawa engkau telah diambil oleh seseorang yg amat mencintaimu? Tidakkah engkau puas dengan seorang yg terlalu baik untuk dirimu? Segala2nya diberi jawapan 'YA', kalau hati ini tidak dijaga dengan sempurna.

Oh memori, aku sangat mengharap dikau dapat jalankan tugasmu dengan hanya menjadi sebuah memori, baik atau tidak, itu bukan masalah. Masalahnya, sekarang ini engkau sedikit berubah dari sebuah memori kepada segunung harapan. Aku langsng tidak mengerti. Even hati sudah setuju akan perananmu, tetapi engkau masih menyuntik harapan kepada sang hati.

Wahai insan yang bernama Zaim Syazwan, tolonglah sedar. Asyik melayan si memori xhabis2. Sudah2 la tu. Biarkan ia berlalu. Sekarang kau ada Cik Siti Halimah, anak dara lagi, still single, bergetah, n baik pulak tu. Bersyukurlah... 

"Oh, betul la. Aku kalau boleh, nak je klik kanan, tekan shift, n delete sume memori aku yang melalaikan tu. Aku tak tahan. Tetapi, Memori tu akan jadi kenangan, n kenangan tu aku patut jadikan sebagai satu anugerah yang tak ternilai harganya, bukan sebagai harapan yang tiada sebarang erti."

Ok, sekarang aku sudah mengerti. Mengerti dalam kefahaman aku sendiri. Tanpa dipengaruhi oleh apa2 unsur2 bangsat yang merosakkan aku. Get thru the life, and my heart will go on. Salam sayang aku kat hati aku, memori indah aku, dan jiwa aku yang sekarang ini dilindungi oleh bayang2 si dia, Cik Siti Halimah. Terima kasih Tuhan, kerana engkau masih memberi cahaya kebenaran kepada hambamu ini untuk sedar dari lamunan hatinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melayan nafsu...

Sebelum bace posting ni, pastikan iman korang kuat

Bismillah...
Malam tadi agak syok melayan nafsu dengan si dia. Bukan apa, dah lame x layan nafsu ni (memandangkan bulan pose). Apa salahnya sesekali kita layan nafsu kita kan...

Ceritanya camni:-
Aku dah lame x layan nafsu. Tapi malam tadi, aku dapat port baek punya, aku bawak dia. Tempatnya agak bersemak sikit (cover line), tapi aku still semangat memandangkan aku datang dari batu pahat, yg agak jauh la ngan felda tu. Mula2 kami duduk. Duduk dekat2 lah kan, sebab nafsu dah naik.

Then, aku bukak baju dia, aku renung dia dalam seminit dua. Oh, masih mantap lagi badan dia. Langkah seterusnya aku pegang pinggang dia erat2, aku dekatkan badan dia ngan badan aku. Oh, indahnya dunia. Pastu aku basahkan dia, bukan dengan air aku, tetapi dengan air yg lain, sehingga tali pinggangnya basah sekali. Badannya aku tidak basahkan (sebab nanti susah nk main).

Layan punya layan, sampai satu masa, badannya agak sedikit menggeletar, aku pun henjut dengan sepenuh hati aku. Keringat jantanku mula mengalir. Dia masih boleh melawan. Naik, turun, naik, turun. Kami dalam posisi yang paling biasa la kan, dia kat depan, n aku kat belakang (cam naik moto beso).

Last sekali, bila permainan aku ngan dia berlangsung kurang lebih 20 minit, hormon sudah berkumpul banyak kat badan, dia pun surrender, aku menang. Penat beb. Puas. Ahhhhhh~~~. Best jugak ek barang yg abg aku bawak tu. Bergetah, kuat, layan...

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Peh. Dapat jugak aku naikkan ikan keli 5kg. Beso beb. Agak2 beso die cam 1 kaki aku. Panjang die 2/5 tinggi aku. Haha. Aku main ngan joran abg aku la. Gi mancing. Bukan beromen ngan bohsia. Peace.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia nak capub, aku pun nak

Ok... aku nak capub...








Seriusly doe... aku x tipu...







Yelah... sabo2... bukan senang nak capub...








Oh, ok... ni dia...











Nama penuh: Zaim Syazwan bin Zulkafi...

hahaha....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Naik berbulu otak aku

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Illahi, dengan limpah kurnia dan keizinannya, sampai gak aku kat bp... haha... Banyak benda aku nk citer ni... Xpe2 aku wat list je...

  1. Blue bird memang mantap. Kat highway pecut sampai 150km/j. Cool. (kete laju, meter pun laju cam air, siot.)
  2. Dah check in, dah lepas imigresen, dah lepas Starbuck, and... Sial!!! Laptop tertinggal kat kaunter sebelum masuk imigresen. Mati la aku. Kalau ada org kebas, habis la kantoi gmbo2 seksi aku. Haha. Selamat sempat amek balik.
  3. Masuk2 dalam kabin MAS je, perkataan pertama kat mulut aku ialah "shit, damn!!!"... Seriusly kabin MAS tu busuk, bau hapak. Cam gampang.
  4. Kat imigresen KLIA, beratur la aku pnjang2. Tggu. Selang 10 minit, baru aku pasan aku beratur kat line "foreign passport". LOL.
  5. Carik2 line "local passport" xjumpa. Hangin 1 badan aku. Tanya pak guard, dia ckp xyah beratur. "Tuuu haa... xkan xtaw kot.. Masukkan passport kat mesin, then letak ibu jari". Camtu je???. Oh man... ke-indon-an aku terserlah. Sial gler.
  6. Masuk jamban kat KLIA, bnyk mamat bangla n indon. sheet. jamban satu standard cam kat puduraya. hampeh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS