RSS

Kisah kesesatan kawan-kawan kita...

"Cerita ini adalah bukan rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan makhluk yang sudah hidup atau pun mati..."

Dikisahkan dari seorang teman yang hanya mahu dikenali sebagai Bill (bukan nama sebenar), seorang jejaka yang teramat kacak dan macho, berasal dari utara KL  kepada penulis (yang memang hensem), untuk kebahagiaan teman-temannya, Yeos, jejaka juga, tetapi romantik orangnya sebab suka menonton drama-drama Korea, Raosyam, seorang mahasiswa Fak Kedokteran yang punya badan yang berketak-ketak dan otot "six pack" yang teramat sempurna, dan juga Pinpin, seorang lelaki, kurus, tinggi, dan amat meminati mawi sehinggakan punyai gaya rambut yang sama dengan artis pujaan hatinya itu. Ceritanya bermula ketika penulis sedang asyik masyuk melayan sinetron Angel's Diary di stesen televisyen tempatan.

Penulis : Peh, kacaknya pemuda yang berlakon di dalam sinetron ini. Sudah pasti BM terkesima melihatnya dan amat tergila-gilakan kekacakan dan ketampanan wajah pemuda itu.

Bill : Ko pehal ni? Teramatlah syahdu bahasa yang ko guna. Boleh retak doe dinding umah stroberi ni. Hahaha.

Raosyam : Biarlah dengan si Penulis tu, otak die dah memang telebih skru kot. (Raosyam pun beredar dari situ dengan tangannya kanannya menggosok-gosok six pack di perut)

Penulis : Aku bukan apa, ni lah kesannya kalau makan pecel lele secara berlebihan. Haha.

Bill pun tergelak sedikit je. Selang 25 saat pas tu, si Yeos ngan Pinpin keluar dari bilik mereka secara serentak dan terus menuju ke parkir sepeda sambil memberi isyarat tangan (yang teramat kompleks), juga secara serentak kepada Bill dan Raosyam supaya follow diorang kuar.

Penulis : Weh, korang ni nak gi mane ni ramai2? Gi taklim ke?

Yeos : Dok ah. Kitorang nak gi makan ni. Ko nak follow tak?

Penulis : Malas doe nak gerak punggung. Pas ni ada bola la, nak nengok.

Yeos, Bill, Pinpin, Raosyam : Ok!!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau tak silap penulis lah, dalam sejam selepas itu, pulanglah keempat-empat teruna tadi, dikepalai oleh Bill. Dengan keadaan fizikal mereka yang agak berpeluh, juga ada tompok-tompok kebasahan di ketiak mereka, Penulis pun menjadi bingung yang teramat. Maka, Penulis dengan pantas dan tuntas ingin mengetahui sebab musabab keempat-empat temannya jadi sedimikian basah.

Penulis : Pesal berpeluh? Korang g makan katne?

Bill : Hahaha. Makan kat Playtinum CEY ELL. Syok doe.

Penulis : Pelik la shyial, aku ingat korang g makan kat pakcik dorongan nasi goreng "menari" tu.

Bill : X ar. Sebenarnya kitorang takde niat pun nak makan kat situ. Ko nak taw tak camne boleh sampai kat CEY ELL?

Penulis : Haa. Camne?

Bill : Begini ceritanya...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, budak-budak empat orang tu nak pergi makan kat dorongan Sate Amir. Tempat tu adalah cadangan Bill. Dikatakan sate kat situ punyai rasa yang amat lazat dan berkhasiat, lagi-lagi die punya ketupat. Penulis sendiri telah merasakan sendiri kelazatan sate Amir tu sehingga dia sanggup melabur untuk makan sate Amir itu. Tambahan pula, sate Amir dibuat menggunakan teknologi yang terkini yakni teknologi dari German, dan ditambah dengan aroma Sampoerna Hijau "Nggak ada loe nggak rame..." yang sungguh merdu dan berkrim tinggi. Dikatakan, Pemilik dorongan sate Amir memang mantap dalam bidang IPTEK semasa di sekolah dulu.


Bukti kukuh bahawa sate Amir tu wujud!


Kecanggihan dorongan sate Amir

Mereka pun kayuh basikal mereka bersungguh-sungguh dengan harapan dapat ketemu dengan dorongan sate Amir yang diidamkan oleh perut mereka. Akan tetapi, selepas dalam 3 minit setengah mengayuh, mereka tidak ketemu dengan dorongan sate Amir. Yoes yang mempunyai tembolok perut yang amat besar, merasakan bahawa dorongan sate Amir itu hanyalah ilusi Bill sahaja (hobi Bill adalah berangan-angan sambil meniarap depan laptop). Dengan kata carutan tersemat di dada, dan kelajuan basikalnya diperlahankan, Yeos pun mengeluarkan kata-kata yang sopan lagi santun kepada Pinpin. (Sopan dulu, pastu ada niat nak mencarut).

Yeos : Mane dorongan tu... Dah lame dah kayuh beskal ni, tak jumpa-jumpa pon dorongan tu. Shyial laa. (kan dah mencarut).

Pinpin : Tah ler. Aku mane la nak taw kat mane dorongan tu.

Bill : Weh, aku rase, kita kayuh beskal ni laju sangat kot, n mebi kita dah terlepas dorongan tu. Tu lah ko, aku ada cakap dulu, kelajuan maksima kat sini cuma 60 km/j jer. Yang ko speed habis watpe? Kan dah terlepas sate Amir pujaan hatiku.

Yeos : Hek eleh. Tak pasal-pasal aku yang kena. So, kita nak makan katne ni?

Pinpin : Haah la, nak makan katne?

Raosyam : Mane-mane je. Asalkan halal la.

Bill : Kita g pasar malam yang dekat-dekat ngan CEY ELL nak?

Pinpin : Ok gak tu.

Yeos : Aku ikut je. Lagipun perut aku ni dah nyanyi lagu Geisha dah.

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka mencari makanan. Lokasi seterusnya adalah pasar malam CEY ELL. (Sori la, Penulis langsung tak tau kewujudan pasar malam ni, so, tak ley describe lebih-lebih).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mereka pun... (Blogspot had to delete this section of the story because it was really-really boring)...dan makan di CEY ELL.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Balik kepada situasi dan kondisi di rumah stroberi...

Penulis : Laa, korang ni memang dah tak de keje doe. Pelik-pelik jer.

Bill : Tu lah pasal. Rancang-rancang nak makan sate Amir je, terlepas, then ada niat nak gi pasar malam. Boleh pulak kitorang sesat tak jumpa pasar malam tu. Yang kitorang jumpa tu cuma CEY ELL jer. Tersergam indah kat depan kitorang tadi.

Penulis : Basikal korang parking kat mane? Bawah ke? Or korang bawak masuk CEY ELL tuh?

Bill : Kitorang parking kat tempat letak motor. Nak taw sumting tak?

Penulis : Hmm...

Bill : Ko nak taw tak?!!! Ni lawak giler ni!!!

Penulis : Hmm...Nak...

Bill : Kitorang masuk ikut pintu masuk yang kat depan tu. Then nak balik, kitorang keluar ikut pintu masuk yang kat depan tu. Pintu masuk tu pintu depan doe. Hahahahahahahaha.

Bill pun ketawa sendirian dengan terbahak-bahak atau dengan erti kata lain, ketawa termehek-mehek. Boleh dikatakan adegan ketawa oleh Bill tu agak lama, kurang lebih 45 saat. Selepas itu, suasana menjadi sunyi sepi, senyap, tiada bunyi, even artis-artis sinetron kat tv (seperti Nia Ramadhani) pun men"join" budak-budak umah stroberi tu jadi senyap. Senyap giler. Tak terkata. Selepas beberapa ketika yang teramat sangatlah sepi, Bill pun dengan berani membuka mulut, dengan harapan ke"malu"an nya terhadap lawak gilernya dia tadi (yang tak dapat perhatian) dapat ditutup, sekaligus mengembalikan maruahnya sebagai seorang lelaki yang hensem dan macho.

Bill : Konklusinya, kitorang makan kat Playtinum.

Penulis : Tak habis-habis Platinum.

Pinpin : Syok doe. (Dengan harapan dapat mendapan popilariti akibat kesenyapan tadi)

Raosyam : Aku nak bancuh teh.

Perbualan mereka terhenti di situ kerana Raosyam berlalu dari situ dengan uncang teh Saostro berada erat di genggamannya. Yeos dengan Pinpin terus masuk ke dalam bilik masing-masing dan Bill pula kepenatan. Akibat daripada badan keempat-empat pemuda tadi yang basah lencun dengan peluh mereka, aroma udara ruang bioskop umah stroberi tu sudah berubah, menjadi semakin kurang menyenangkan dan mungkin, aroma itu dapat membunuh 1.5 ekor lipas yang lalu lalang kat depan tv tu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis dah citer sesat diorang ni. Tu jer yang Penulis nak bitaw kat korang. Hahaha. Penulis ada la gak tambah-tambah sikit citer tu supaya citer tu kelihatan hensem, menawan, dan juga seksi. Hahaha. Untuk pengetahuan teman-teman, si Raosyam ni seorang yang pendiam la, suka wat sit up pagi-pagi kot, tu pasal dia tak banyak berbicara dalam citer ni. Penulis nak ucapkan banyak2 trima kasih kat Bill sebab sudi citer kat Penulis tentang kisah diorang sesat n makan kat Playtinum CEY ELL sebab Penulis rasa, citer ni teramatlah sesuai dijadikan cerpen, ataupun paling teruk pun, dijadikan sinetron yang sampai 300 episod. Hahaha. Sori ye A, Y, F, R. Aku tak de niat nakhensemkan or popularkan or malukan korang. Salam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment