RSS

Autoshow dengan bunian

Alkisah, malam tadi dok melepak kat UTHM, yang dulunya feymes dengan panggilan kuittho. Watpe aku kat sane? Aku bukan dok usha minah tudung yg bersepah kat u tu, tapi aku lepak ngan brader aku tengok autoshow.

AUTOSHOW

Kalau ada orang cakap, manusia zaman sekarang ni suka buang tebiat wat keje tunggang terbalik n pelik2, kereta pun dah terjebak buang tebiat. Mane tak nya, tengok satu kereta wira ni punya la hensem, body cantek, potongan mantap, tapi boleh duduk dua orang jek. Bukak bonet, ada speaker besar. Bukak pintu belakang ada speaker lagi. Selamat aku x bukak tempat isi minyak. Mane taw diorang sumbat speaker dalam tu supaya jimat sket guna minyak.



Lagi satu tu, ada member abang aku ni, kepala botak, tapi x habis licin n berkilat, bawak kereta kuning die, pusing2 kat tempat autoshow tu. Aku pun pelik, camne Bumblebee dari transformers tu boleh sampai batu pahat? Oh, mungkin decepticon n autobot terperasan ada serpihan sparks kat perigi batu pahat tu, tinggalan parameswara. Gile beb, aku cakap cam bumblebee sebab apa, sebab warna dah same, bentuk same, n siap kuar api lagi dari ekzos die. Bezanya cuma yg ni die guna kereta waja n minyak petronas ron92, langsung xde pikap.

ROADBLOCK

Time lepak2 pas tengok autoshow, kitorang lepak. Ada sorang mamat ni mulut die celupar nak mampus, cakap ada roadblock kat depan simpang yong peng tu, selepas divider yang kedua. Aku x faham jadah pun, yang aku taw, diorang malas nak lalu kat roadblock tu, n diorang nak lalu jalan alternatif, baik punya jalan, tapi...

CERITERA

...tapi kan, brader yg nek kereta bumblebee tu cakap, jalan alternatif tu ialah tempat orang bunian. ye beb. Die cerita x hengat dunia. "kalau ada nampak macam majlis kawen, jangan tegur"... "kalau ada orang lari2 tengah jalan, jangan selow"... "kalau bla...bla..bla... jangan bla.. bla... bla,.."

Entahlah. Aku diambang dilema. Lastly, aku amek keputusan wat2 percaya jek. So, kitorang pun lalu la jalan alternatif tu. Gelap, lorong untuk 1 kereta. Ada 4 buah kereta je yg lalu situ. hmm. Mula2 tu, baru x sampai 5 minit gerak, dah habis ayat kursi 4-5 round aku baca, untuk keselamatan sikit. Then bukak radio, ada iklan citer hantu niyang rapik. Peh, berbulu aku dengar. Tapi aku cool jek. Wat2 bodo suda.

Agak2 dalam 11 minit setengah, sampai lah ke destinasi yaitu kat simpang traffik light sri gading. Sepanjang perjalanan, x nampak pun ape2 yg pelik. Yang aku nampak tu pokok sawit, rumah orang, n pejabat Barisan Nasional. xde pun majlis makan2, xde pun orang lari2. Hmm. Nampaknya member abg aku tu saje nak kencing kat kitorang. Mebi sebab die nak kenakan member die supaya langgar je roadblock tu.. Siuut jek...



ni mase autoshow kat bp mall dlu...
xtaw nak cakap ape... belum siap lagi ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment