RSS

Secebis Rasa Hati

     Siap lepas aku amek air sejuk, botol sepray stella odour neutralizer aku capai, dengan bertemakan bau 'fresh', aku sembur dua tiga kali, keliling bilik. Haruman itu... hmm... membangkitkan secebis rasa yang aku betul2 yakin dah pupus dalam ruang hati aku satu ketika dulu... Seharusnya tidak...

     Puas aku picit2 tetikus samsung pleomax aku ni, gerak kanan, gerak kiri, menjelajah ruangan maya harddisk yang tiada sempadan, tidak juga aku jumpa. aku termangu seorang. Memikirkan mana hilangnya fail lagu mp3 tu. Inilah akibatnya kalau terlalu sibuk melayan dota, smpai fail2 sendiri pun aku tak terkemaskan, tetapi aku langsung tak amek hal pasal tu sebab memang dah naluri hati aku sebati ngn dota ni, orang nak ckp ape pun ckp la, janji aku selesa ngn apa yg aku buat.

     Ah, , aku cpt2 bukak youtube, puas carik satu2. malas nak sambung klik2 folder yg bertimbun menggunung. aku pun menaip bait2 judul lagu yang selama beberapa minit tadi aku cari, actually tak panjang mane pun. Aku menunggu dengan sabarnya page youtube tu loading, smpai lah dia keluar senarai hasil pencarian aku, langsung aku klik pada yang berkenan. Volume speaker ditinggikan, kedudukannya aku adjust sikit2, kasi bunyik sedap sikit.




     At last, what i've been searching for, something yang sangat sepadan bila diserasikan dengan aroma perfume stella ni... Seperti yang aku kata tadi, aroma itu membangkitkan secebis perasaaan masa lalu, dan ditambah dengan alunan muzik yang amat sempurna untuk dinikmati. Aku duduk dengan rasa sebak dihati. Ya Allah alangkah baiknya kalau aku dapat kembali ke masa lalu. Aku tak nak ubah apa2 pun, tapi aku nak rasakan saat2 itu sekali lagi, kerana aku tahu tidak mudah bagiku untuk merasakannya lagi saat waktu ini.

     Aku tersedar seketika. Setidaknya aku masih ada member umah2 ni yang masih boleh ajak main dota (even diorang liat nak mampu* bila ajak main same2). At least ada lah sikit entertainment bagi diriku ini. Oh ya, tidak lupa si dia yang tak habis2 buat aku ketawa, tak habis2 ajak aku mkn hokben bila lapar. Hihi. (Even dia tak habis2 soh aku g kelas time aku malas gler nk g kelas. omg sungguh degil diriku ini). Last but not least, ini lah aku bila dalam certain2 waktu tiada siapa disisi, dan tiada apa didalam hati, emosi menjadi amat fragile tidak menentu, menunggu masa untuk ia terbang mencari sesuatu yang mampu mengubati.

Salam mengarut dari aku,
1st time wat cerpen ngarut ni.
GGnet.Azen.
lol.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment