RSS

Tips hilangkan ngantuk semasa kelas

Kali ni aku nak bagi tips percuma kat korang, cara-cara nak hilangkan ngantuk dalam kelas. Memandangkan kes-kes tido dalam kelas semakit serius, termasuk diri ini yang saban hari mengantuk je kat kelas, lagi2 kelas embriologi. Aku juz senaraikan beberapa teori yang mebi korang boleh guna untuk kehidupan sehari-harian korang kat kolej/universitas, supaya diri korang tak dimalukan apabila tido dalam kelas.





  1. Tido semasa kelas - Ye, cara paling efektif untuk hilangkan ngantuk dalam kelas adalah tido, dalam kelas korang. Cara ni mungkin akan menyebabkan kesengalan pada bahagian tengkuk n pinggang, tetapi siapa kisah,??? Janji pas tu 28 jam tak ngantuk. Dijamin Halal.
  2. Tenung muka pensyarah/tutor/cikgu dengan tajam - Mase belajar, kalau tiba2 je rase mengantuk, korang cepat2 bulatkan mata, tenung muka pensyarah/tutor/cikgu korang. Wat muka serius. Kalau boleh, jangan cakap sepatah. Tapi, cara ni hanya sesuai jika pensyarah/tutor/cikgu korang adalah seorang yang hensem, macho, cantik, ayu ataupun seksi.
  3. Picit puting buah dada - Aku tidak bermaksud untuk mengeluarkan artikel yang lucah, juz nak kongsi idea aku. Cara ni dah banyak kali digunakan kat Jepun, terutama sekali pelajar2 lelaki Jepun, yang kalau korang tengok, susah nak mengantuk dalam kelas, sebab diorang guna cara ni. Kalau nak efek lebih dramatik dan instant, korang boleh suruh member korang kat sebelah picitkan puting korang laju2.
  4. Konsumsi kafein - Adoi, cara ni macam dah biasa jek. Tapi xpe, masih boleh dipraktiskan. Keluar kelas kejap, pergi ke kantin, order kopi setengah cawan, then minum laju2. Kenapa laju2? Sebab ia boleh memberi stimulus kat otak korang, yang korang bersungguh-sungguh xmau ngantuk dalam kelas.
  5. Tido kat luar kelas - Korang keluar kelas dalam 5 minit, cakap nak g berak, then korang tido. Kalau x boleh tido pun, at least korang ngantuk kat luaar kelas, bukannya ngantuk dalam kelas!
Aku rase cukup sampai sini je. Sebab aku nak solat subuh. Then aku mau study. Selamat mencuba. Pesanan aku, baca la doa sebelum korang blaja. Bace yang simple je, yang macam korang bace ramai2 mase kat sekolah rendah dulu. Lepas tu, korang tetapkan hati n keimanan korang, yang korang nak bertahan 3-4 jam belajar dalam kelas korang tu, even kelas korang tu panas cam sauna.

Peace, no cheese...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment